KEK PISANG

Wednesday, October 30, 2013

PUDING KARAMEL KASTAD











PUDING KARAMEL KASTAD



Oleh  :   zaralovebaking



Bahan Karamel :

100  gm   gula kastor
  25  ml    air


Bahan Kastad :

    3  biji   telur 'B'
    1  biji   kuning telur
    1  tsp   esen vanilla
  90  gm   gula kastor  (lain kali buat kurangkan sikit gula sebab manis)
400  ml    susu segar
100  ml    krim


Cara Penyediaan :

1.   Penyediaan karamel :  masukkan gula di dalam periuk/kuali.  Hanguskan gula hingga keperangan.  Masukkan air dengan berhati-hati dan kacau sebati.  Tuangkan ke dalam loyang bulat bersaiz 7 inci.  Ketepikan dulu.

2.   Penyediaan kastad :  satukan kesemua bahan kastad.  Kacau perlahan hingga sebati kemudian tapiskan ke dalam loyang berisikan gula hangus tadi.

3.   Kukuskan selama 45 minit atau hingga masak sempurna.    ENJOY!!

Monday, October 28, 2013

KUIH KASUI/KASWI


Assalam teman-teman!!  Hari ni saya membuat kuih Kasui/Kaswi sekadar menghabiskan masa.  Apalagi saya teringin sangat nak makan selepas sembuh dari demam serta selsema yang agak lama juga saya hidapi. Mengalahkan orang mengidam pula..hihihi..  Sesiapa yang nak mencuba bolehlah tengok resipinya seperti dibawah ini.  Saya membuat setengah dari resipi asal memandangkan tidak ramai orang dirumah.  SELAMAT MENCUBA!!!









KUIH KASUI/KASWI




Oleh  :   zaralovebaking



Bahan-bahan :

       3   cawan   tepung gandum
    1/2   cawan   tepung ubi
 1 1/2   cawan   gula merah
       7   cawan   air biasa
       2   helai      daun pandan
       3   tsp.       air kapur
       3   tbsp.     kicap manis  (untuk warna & untuk menaikkan rasa lemak kuih)


Bahan Salut :

1   biji   kelapa parut putih   )  ( kukuskan sebentar untuk mengelakkan
Sedikit garam                      )   kelapa dari cepat basi )


Cara-cara :

1.   Masakkan gula merah dengan 3 cawan air dan daun pandan hingga gula larut.  Tapis dan campurkan dengan baki 4 cawan air lagi.  Sementara itu panaskan kukusan.

2.   Campurkan tepung gandum dan tepung ubi, gaulkan sebati.  Tuangkan air gula merah sedikit demi sedikit sambil dikacau rata.  Masukkan air kapr dan kicap manis sambil dikacau hingga tiada berbintil.  Tapiskan ke dalam loyang bersaiz 10 inci x 10 inci, disapu sedikit minyak dan dialas dengan plastik.

3.   Kukuskan selama 45-55 minit atau hingga masak sempurna.

4.   Sejukkan sepenuhnya sebelum dipotong dan disalut dengan kelapa.  Sedia untuk dihidangkan bersama secawan kopi/teh panas.  ENJOY!!!!

Friday, October 25, 2013

PAF KRIM PANDAN










PAF KRIM PANDAN 




Sumber   :   Majalah RASA 2007 -  Chef Asma  (sangat sedapppp!!)
dicuba    :    zaralovebaking



Bahan Creme Puff :
Bahan A :

500  ml   air
200  gm  mentega
 1/2  tsp  garam
    1  tsp  gula halus


Bahan B :

250  gm   tepung gandum
 3/4  tsp   serbuk penaik


Bahan C :

    6  biji   telur gred 'A'


Bahan Inti Pandan :

500  ml    susu segar
    2  biji   telur
100  gm   gula halus
 1/2  tsp   esen vanilla
  25  gm   tepung kastad
  30  gm   tepung jagung
 1/2  tsp   perasa pandan
 1/2  tsp   pewarna hijau


Cara Penyediaan :

1.   Utuk membuat inti pandan :  masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2.   Kacau di atas api sederhana sehingga pekat.
3.   Sejukkan inti sebelum dimasukkan ke dalam creme puff.
4.   Untuk membuat creme puff :  panaskan bahan-bahan A sehingga mendidih.
5.   Masukkan bahan B dan kacau sehingga tidak melekat di periuk.
6.   Biarkan adunan sejuk.  Apabila adunan sejuk, masukkan telur sedikit demi sedikit dan putar sehingga sebati.
7.   Selepas itu, masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan picitkan adunan di dalam dulang pembakar.
8.   Bakar pada suhu 210'C selama 25 minit.  Apabila masak, sejukkan dan potong creme puff.
9.   Masukkan inti pandan dan hiaskan ikut citarasa.

KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE














KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
(menghasilkan :  6 bekas seperti di atas)




Rujukan  :   yatiememories
dicuba    :   zaralovebaking



Bahan-bahan cream cheese :

250  gm     cream cheese
  60  gm     gula halus
    1  biji     telur  gred 'B'
    1  tbsp   air
    1  tbsp   tepung gandum


Cara-cara :

     Pukul cream cheese dan gula halus hingga sebati.  Masukkan telur diikuti dengan air dan tepung gandum.  Pukul lagi dan gaul sebati.  Biarkan seketika.


Bahan Kek :

    2   biji         telur  gred 'B'
    1   cawan    gula halus
    1   tsp         esen vanilla
 1/2   cawan    air panas didih
 1/2   cawan    susu segar/susu cair
 1/2   cawan    minyak jagung/masak
    1   cawan    tepung gandum *
    3   tbsp       serbuk koko *
    1   tsp         soda bikarbonat *
 1/2   tsp         baking powder *  (kesemua bertanda * diayak dulu)
Sedikit garam


Cara-cara :

     Pukul telur dan gula halus hingga kembang.  Masukkan esen vanilla dan sedikit garam.  Masukkan susu segar/susu cair, minyak dan air panas.  Kemudian masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul sebati.  Biarkan sebentar dan bahagikan kepada 2 bahagian.


Cara Mengukus :

1.   Panaskan kukusan.  Guna api sederhana.
2.   Tuangkan 3 sudu besar adunan kek ke dalam bekas dadih, kukus selama 10 minit.
3.   Kemudian tuangkan adunan cream cheese 3 sudu besar di atas adunan kek, kukus selama 10 minit.
4.   Akhir sekali tuangkan adunan kek 3 sudu besar, kukus selama 10-15 minit atau hingga masak.
5.   Biar betul-betul sejuk dan hiaskan dengan ganache di atasnya jika suka.



Bahan Ganache :

125  gm     dark cooking chocolate (potong kecil)
125  gm     Dairy Whipping Cream (krim tenusu)
    1  tbsp   sirap glukos atau golden syrup
    1  tbsp   mentega
    1  tsp     esen vanilla


Cara-cara :

     Panaskan krim tenusu bersama sirap glukos hingga terbit buih-buih kecil di tepi periuk.  Tuangkan ke dalam bekas berisi coklat, biarkan sekejap dan kemudian gaul hingga coklat mencair.  Tambahkan mentega dan gaul rata.  Jika masih berketul, panaskan sebentar dengan kaedah double boiler hingga adunan coklat licin.  Masukkan esen vanilla, gaul sebati.  Tuangkan ke atas kek yang telah sejuk tadi.

Contoh untuk doorgift


 Kek Lapis Kukus Cream Cheese sesuai dibuat doorgift.


Thursday, October 24, 2013

BANANA LASSI










BANANA LASSI



Oleh  :   zaralovebaking




Bahan-bahan :

   4   biji        pisang emas (sederhana besar)
   1   cawan   greek/plain yogurt
1/2   cawan   susu segar
   1   tbsp      oren sunquick
Gula pasir/madu jika perlu
Sedikit perahan oren/lemon


Cara Penyediaan :

    Satukan kesemua bahan ke dalam blender/pengisar.  Kisarkan/blend hingga halus dan sebati.  Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.  Tuangkan ke dalam gelas.  Hiaskan ikut citarasa.  Sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati.  ENJOY!!

AMERICAN CHOCOLATE CAKE


Hiasan yang agak comot kerana agak susah juga untuk mendeco menggunakan coklat ganache ni, terlalu pekat bila ganache telah kental - apapun akan cuba lagi. Tapi kek ini sangat sedap dan moist.









AMERICAN CHOCOLATE CAKE



Source  :  Oriental Cuisine Magazine
tried by :   zaralovebaking




Ingredients :

A :    65  gm   cocoa powder (sifted)
       235  ml    boiling water

B :   250  gm   SCS butter
       250  gm   castor sugar
        1/2  tsp   salt
           3  eggs  grade 'A'

C :      1   tsp   vanilla essence
       235  gm    plain flour (sifted)
           2  tsp    baking powder


Ganache Ingredients :

500  gm   dark cooking chocolate (chopped)
200  gm   dairy whipping cream

(heat in saucepan until mixture smooth, leave to cool)

9 inch round cake pan


Method :

1.   Grease cake pan with melted butter and line with baking paper.  Preheat oven to 170'C.
2.   Using wire whisk, whisk ingredients A until smooth, set aside.
3.   Cream butter, sugar and salt together until creamy.
4.   Beat in eggs one at a time, beating well after each addition.
5.   Fold in ingredients C and lastly add the cocoa mixture until well blended.
6.   Pour into prepared cake pan and bake for 35-40 minutes or until skewer inserted comes out clean.
7.   Cool cake and slice into 2 layers.


To assemble cake :

1.   Lay a slice of cake on a plate or cake board.
2.   Spread some ganache over and top with the 2nd cake.
3.   Cover the whole cake with ganache, piping a border at the sides or deco as desired.

Sunday, October 20, 2013

AGAR-AGAR SANTAN ROS









AGAR-AGAR SANTAN ROS



Rujukan  :  yatiememories, tqvm
dicuba  :    zaralovebaking



  10   gm        serbuk agar-agar
    1   cawan   gula kastor
    4   cawan   air
200   ml         santan kotak + 50 ml air jadikan 250 ml santan
    1   biji        telur - dipukul sedikit dengan santan tadi
    1   helai      daun pandan - disimpul
Secubit garam
Pewarna pink & perisa ros


Loyang :  8 inci  -  dibasahkan terlebih dulu untuk memudahkan mengeluarkan puding


Cara-cara :

     Di dalam periuk, masakkan air dengan gula dan daun pandan.  Bila gula telah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut.  Kecilkan api.  Masukkan pewarna dan perisa.  Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan teruskan kacau hingga mendidih.  Guna api sederhana dan sentiasa dikacau.  Bila dah siap, tutup api dan tuangkan ke dalam acuan pilihan.  Sejukkan ... barulah disimpan di dalam peti sejuk.

MANGO FROZEN YOGURT ICE POP










MANGO FROZEN YOGURT ICE POP



Oleh  :   zaralovebaking



Bahan-bahan :

   1   biji        mango  (saiz sederhana - dipotong dadu)
   1   tbsp      gula pasir  (kemanisan sesuaikan dengan manis buah - boleh guna madu jika suka)
   1   cawan   greek yogurt atau yogurt biasa
1/2   cawan   susu segar/cream



Cara Penyediaan :

     Masukkan kesemua bahan di dalam pengisar dan kisarkan hingga halus.  Masukkan ke dalam gelas/bekas  atau acuan ice cream.  Sejukkan di dalam freezer lebih kurang 2 jam atau semalaman.
     Sedia untuk dinikmati.

MOIST CHOCOLATE CAKE











MOIST CHOCOLATE CAKE  (9")



Sumber :  citarasawan
dicuba  :   zaralovebaking



Bahan-bahan :

280  gm   tepung gandum
    1  tsp   soda bikarbonat
    1  tsp   baking powder
250  gm   mentega/minyak masak
300  gm   gula kastor
250  ml    susu pekat manis
    1  tsp   esen vanilla
    6  biji   telur  gred 'B'
    2  tsp   cuka masakan

Pes Koko :

100  gm   serbuk koko
  60  gm   gula kastor
250  ml    air panas

(satukan kesemua bahan pes koko dan kacau hingga menjadi pes).


Cara-cara :

1.   Ayakkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder.  Ketepikan dulu.
2.   Pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji, putar rata.
3.   Masukkan susu pekat, esen vanilla dan cuka masakan.  Putar hingga sebati.
4.   Masukkan tepung berselang-seli dengan pes koko, gaulkan hingga rata dan sebati.
5.   Tuangkan ke dalam loyang 9 inci (digris & dialas) dan bakar pada suhu 170'C selama 1 jam atau hingga masak sepenuhnya.


Toping Coklat Ganache :

300  gm    whipping cream
500  gm     coklat masakan (dipotong kecil)
 1/2  tbsp   mentega
    2  tbsp   madu/sirap glukos


Cara-cara :

     Panaskan whipping cream secara double boiler.  Tutup api, masukkan coklat masakan dan mentega - kacau hingga coklat cair.  Sejukkan sedikit dan tuangkan ke atas kek coklat yang diletakkan di atas redai.  Ratakan coklat hingga coklat merata keseluruhan kek.  Baki coklat simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam atau semalaman untuk buat border/hiasan.

RED VELVET CAKE



 deco yang kurang memuaskan sebab lama tidak mendeco



 Untuk majlis makan-makan sempena majlis gathering Bani Hashim-Aminah di Kg. Pandan,
 (19/10/2013 - Sabtu).







RED VELVET CAKE




Source from  :  magazine ( lupa nama magazinenya)
tried by  :   zaralovebaking



Cake Ingredients :

120  gm    butter
250  gm    castor sugar
 1/2  tsp    salt
    2  eggs 'Grade A'
    1  tsp    baking powder
300  gm    plain flour (sifted)
    1  tsp     bicarbonate of soda
    2  tbsp   cocoa powder (sifted)
    1  tbsp   red wilton food colouring
    1  tsp     vanilla essence
250  ml  +  1  tbsp  vinegar  (let sits for 10 minutes)


Icing Ingredients :

  250  gm     cream cheese (at room temperature)
  100  gm     butter  (at room temperature)
    80  gm     icing sugar  (sifted)
1 1/2  cups   non-dairy whipping cream (refrigerated)

9"  round cake pan (greased & lined)
1 box Fresh strawberries (or any fruits of your choice for decoration)


To prepare cake :

1.   Pre-heat oven to 180'C.
2.   Cream butter, sugar and salt until creamy.  Beat in eggs one at a time until fluffy.
3.   Fold in sifted flour, baking powder and bicarbonate of soda with the cocoa powder.
4.   Slowly mix in red colouring, vanilla essence and the milk mixture until just combined.
5.   Pour into prepared pan and bake in pre-heated oven for 35-45 minutes or until done.
6.   Remove and leave to cool before slicing into half.


To prepare icing :

1.   Using an electric beater with a whisk attachment, whisk the cold cream until stiff.  Set aside.
2.   Using the same beater, beat the cream cheese, butter and icing sugar until fluffy.
3.   Combine the beaten cream with the cream cheese mixture and use this to sandwich and deco the cool cake.  Decorate with fresh strawberries, chill before serving.