KEK PISANG

Tuesday, August 16, 2011

BISKUT SUJI
sumber : Jamuan Biskut Chef Zubaidah


Bahan A : 90 gm mentega
90 gm minyak sapi
80 gm gula kastor

Bahan B : 50 gm serbuk badam
80 gm tepung suji
320 gm tepung gandum
1/4 tsp. serbuk penaik

Hiasan : kuning telur (dipukul)
badam cincang


Sebatikan bahan-bahan A. Masukkan bahan-bahan B dan uli sehingga adunan menjadi lembut. Canai dan terap doh dengan acuan. Sapukan kuning telur di permukaan biskut dan tabur badam cincang di atas biskut. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah digris dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 30 minit.
SELAMAT MENCUBA
BISKUT ALMOND LONDON
sumber : Citarasa Biskut Popular - Hajjah Noraini Hj. Zakaria


Bahan A : 250 gm butter
130 gm gula halus
400 gm tepung gandum
100 gm tepung jagung
1 tsp. serbuk penaik
1 tsp. emplex
1 biji telur - gred B (50 gm tanpa kulit)
1/2 tsp. esen vanilla
150 biji badam - dibakar
100 gm badam cincang - dibakar sebentar
150 keping cawan kertas berwarna hitam


Bahan B : hiasan coklat

500 gm coklat masakan
1 tsp. mentega koko (coco butter)


Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan emplex. Ketepikan. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih. Masukkan esen vanilla dan telur. Putar lagi hingga sebati. Pindahkan adunan mentega tadi ke dalam mangkuk yang lebih besar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh yang cukup basah. Rehatkan doh selama 30 minit dalam peti sejuk.
Ambil sedikit doh bulatkan dan masukkan badam. Buatkan bentuk bujur. Susunkan dalam dulang pembakar dan bakar selama lebih kurang 20 minit hingga masak.
Untuk membuat coklatnya pula, cincang coklat menjadi ketulan kecil. Masak coklat secara 'double boiler' iaitu mencairkan coklat di atas air panas. Kacau hingga coklat cair. Masukkan mentega koko dan kacau lagi hinnga ia sebati. Celupkan biskut dan angkat dengan garfu. Letakkan dalam cawan kertas dan hiaskan dengan badam cincang. Biarkan coklat beku sebelum menyimpan.
SELAMAT MENCUBA

Thursday, August 11, 2011

APAM POLKADOT (43 biji)
sumber : Hanamemories



275 gm tepung gandum
220 gm gula kastor
150 gm susu cair (saya guna susu segar)
3 biji telur (gred 'A' - dari peti sejuk)
3 tsp. ovalet
3 tsp. serbuk penaik
1 tsp. vanilla
Pewarna ikut citarasa
Inti bluberi (boleh didapati di bakeri)


1) Campurkan semua bahan kering, kecuali pewarna, tepung, gula, serbuk penaik. Setelah itu campurkan susu cair, telur, ovalet dan vanilla.
2) Pukul semua bahan tadi hingga kembang dan ringan seperti adunan kuih bahulu.
3) Ambil sedikit adunan dan dicampur dengan pewarna. Selebihnya dibiarkan warna asal. Masukkan ke dalam beg paiping.
4) Paipkan sedikit adunan putih ke dalam mangkuk. Kemudian sudukan sedikit inti.
5) Tutup semula dengan adunan putih paras 3/4 mangkuk.
6) Selepaskan itu paipkan adunan warna di atasnya. Kukus Selama 10-15 minit dengan api sederhana besar. (Api jangan terlalu besar nanti apam merekah).

Nota : Kertas paperliner letakkan dalam acuan lompang.

Wednesday, August 10, 2011

PUDING COKLAT
sumber : Senangnya Memasak Chef Hanieliza


10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
4 cawan air
1 cawan gula halus
1 tbsp. serbuk koko (dibancuh dgn. 1/2 cawan air & tapiskan)
1 liter susu coklat (4 cawan)
1 tin buah-buahan koktel


1. Masakkan air dan serbuk agar-agar sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan bancuhan koko.
3. Masakkan sehingga mendidih seketika. Tutupkan api.
4. Kemudian masukkan susu coklat dan kacau rata.
5. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang disukai dan sejukkan di dalam peti sejuk.
6. Apabila menhidang, taburkan buah-buahan koktel.
APAM POLKA DOT untuk dibawa ke surau sempena moreh di bulan Ramadan.