KEK PISANG

Sunday, June 10, 2012

Kek keju


 KEK KEJU OREO


KEK KEJU OREO

resepi dari  :   buku 'Hidangan Berkeju' - Chef Noraini Zakaria
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan Biskut :

200  gm   biskut coklat Oreo  -  dibuang krim & dikisar
70    gm   mentega  -  dicairkan

Bahan Kek :

250  gm   krim keju
250  gm   krim putar
80    gm   gula kastor
60    ml    air
15    gm   gelatin halal
3  keping  biskut Oreo  -  diramas kasar

Cara membuat :

1.   Sediakan tin bulat 7" jenis 'loose tin' yang boleh dibuka dibawahnya.
2.   Biskut :  Tuangkan mentega cair ke dalam serbuk biskut Oreo dan digaul rata.  Tekankan pada dasar acuan hingga padat.  Sejukkan dalam peti ais selama 30 minit.
3.   Kek :   Pukul krim putar hingga kembang dan pekat/kental.  Simpan dalam peti sejuk sebentar.
4.   Dalam bekas lain, pukul krim keju, krim biskut Oreo dan gula kastor hingga kembang dan berkrim.
5.   Panaskan gelatin dan air hingga cair dan jernih.  Setelah sejuk tuangkan gelatin tadi ke dalam adunan keju dan dipukul sebati.  Masukkan krim putar yang telah dipukul tadi dan pukul sebentar saja.
6.   Biskut Oreo yang telah diramas kasar dimasukkan ke dalam adunan dan digaul rata.  Tuangkan atas lapisan biskut Oreo yang telah keras.
7.   Simpankan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman hingga ia keras.

Pancake

 FLUFFY CHOCOLATE PANCAKE



FLUFFY CHOCOLATE PANCAKE

resepi dari :   Nurniezza  (Majalah Aroma Jun 2012)
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

3/4  cawan   susu segar
2     tbsp      cuka makan
1     cawan   tepung gandum
2     tbsp      gula putih
1     tsp        baking powder
1/2  tsp        baking soda
1/2  tsp        garam
1     biji        telur
2     tbsp      butter  -  dicairkan
3     tbsp      coklat masakan  -  dicairkan (saya guna coklat emulco 1 tsp)

Cara-cara :

1.   Campurkan susu dengan cuka di dalam mangkuk dan asingkan selama 5 minit untuk menjadikannya masam seperti buttermilk.
2.   Campurkan tepung, gula, baking powder, baking soda dan garam di dalam mangkuk yang besar.
3.   Pukul telur di dalam susu masam atau buttermilk tadi.  Masukkan coklat masakan yang dicairkan bersama butter tadi dan tuangkan campuran tepung dan bahan lain ke dalam bahan basah.  Kemudian kacau hingga adunan tidak berketul.
4.   Panaskan kuali pada suhu sederhana.  Tuangkan 1/4 cawan adunan ke dalam kuali dan masak hingga buih keluar di permukaan.
5.   Alihkan/terbalikkan dengan sudip dan masak hingga bahagian sebelah menjadi keperang-perangan.  Setelah masak bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan coklat syrup atau madu.

Chocolate

 Chocolate Oreo

Chocolate Tat lagi.

Chocolate tat untuk makan-makan lagi.

Saturday, June 9, 2012

Tat

Salam pagi semua! Hari ini saya membuat tat berintikan coklat dan di letak dengan pelbagai hiasan. Agak malas juga untuk membuat kulit tat ini. Jadi saya membeli saja kulit yang sudah siap dari seorang rakan. Kemudian saya isikan saja dengan coklat. Agak mudah kan untuk orang yang malas ni. Saya membuatnya untuk anak saya yang akan balik ke sekolah di Parit Buntar (MRSM) sebagai bekalan ketika di dalam perjalanan nanti. Maaf tiada resepi. OK siap!


 Kulit tat