KEK PISANG

Saturday, August 18, 2012

Kek Keju Kapas






KEK KEJU KAPAS

 rujukan dari :   buku 'Hidangan Berkeju - Noraini Zakaria'
dicuba oleh   :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan A :

250  gm   krim keju
  50  gm   mentega
  80  gm   gula kastor
    1  tsp   jus lemon
  80  gm   tepung kek
    5  biji   kuning telur  gred A
  80  gm   susu segar kotak

Bahan B :

  80  gm   gula kastor
    5  biji   putih telur
1/4   tsp   serbuk krim tartar
200  gm   inti strawberry  (atau ikut pilihan)

Acuan :  9 inci bulat

Cara membuat :

1.   Griskan acuan bulat 9 inci dan lapik dengan kertas serap minyak.
2.   Bahan A :  Pukul krim keju, mentega dan gula kastor hingga kembang.
3.   Masukkan kuning telur dan jus lemon.  Pukul sebati.
4.   Masukkan tepung kek dan susu berselang-seli hingga habis sambil digaul sebati.  Pindahkan adunan ke dalam mangkuk yang besar sedikit.
5.   Bahan B :  Dalam bekas lain, satukan gula kastor, putih telur dan serbuk krim tartar.  Pukul hingga kembang dan kental selama lebih kurang 7 minit.
6.   Masukkan adunan putih telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan keju secara kaupbalik dengan spatula dan gaul perlahan-lahan hingga sebati.
7.   Tuangkan adunan ke dalam acuan.  Bakar pada suhu :  180'C  selama 1 jam.
8.   Setelah sejuk, hiaskan dengan inti strawberry.


Friday, August 17, 2012

Apam Polka Dot


Apam Polka Dot sebanyak 150 biji
tempahan dari Echa  (16/8/2012 - Khamis), tqvm to you.

Cookies






CHOCO BALL COOKIES

sumber dari  :   Chef Rini
dibuat oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

250  gm   mentega
100  gm   gula kastor
  50  gm   serbuk koko         )
260  gm   tepung gandum     )   diayak bersama
    1  tsp   esen vanilla

Hiasan :

Chocolate rice secukupnya
Papercup kecil secukupnya

Cara-cara :

     Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang.  Masukkan esen vanila, kacau sebati.  Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah diayak bersama.  Gaul sebati.  (Adunan ini agak lembik jadi tidak perlu ditambah tepung).
     Sukat adunan sebanyak 1 tsp. dan bulatkan, golek dalam chocolate rice dan letakkan dalam papercup kecil.  Buat hingga habis.
     Bakar dengan suhu :  170'C selama 20 minit atau hingga masak.




Ramadan Ogos 2012 (26)


 Goreng Ikan Selar
 Sambal Tumis Telur Puyuh
 Sayur Goreng Pak Choy
Serawa Durian

Tuesday, August 14, 2012

Puding Milo






PUDING MILO

rujukan dari   :   tiffinbiru (CMG, tqvm utk. resipi ini)
dicuba oleh    :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

4     tbsp        penuh Milo            )
1/2  cawan    air panas mendidih )  dibancuh hingga larut
200 ml          susu sejat IDEAL
1/2  tsp         esen vanilla
625 ml          air  *                               )
100 gm         gula pasir  *                    )  satukan dan kacau dengan whisk
    5 gm         serbuk jelly Konnyaku * )  hingga larut
Susu sejat sebagai kuah
Serbuk Milo sebagai hiasan
Ceri merah sebagai hiasan

Cara-cara :

     Jerangkan bahan-bahan yang disatukan * hingga mendidih.  Hendaklah sentiasa dikacau.  Kemudian masukkan esen vanilla, dikacau lagi dan alihkan dari api.
     Masukkan susu sejat dan Milo, kacau rata hingga semuanya sebati.  Tuangkan ke dalam acuan pilihan (acuan hendaklah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah untuk mengeluarkan puding nanti).
     Biarkan hilang wap panasnya terlebih dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk.  Untuk menghidangnya, keluarkan puding dari acuan, curahkan sedikit susu sejat, taburkan serbuk Milo dan hiaskan dengan ceri merah atau juga boleh dihidangkan dengan fruit cocktail.