KEK PISANG

Tuesday, October 16, 2012

Lauk yg simple

Juadah tengahari yang dimasak oleh angah (first time), 14/10/2012 - Ahad
boleh tahan sedap juga.

Sunday, October 14, 2012

Kek Lemon


 KEK LEMON MARMAR





KEK LEMON MARMAR


sumber dari  :   majalah 'SEDAP' - bil. 28 Vol. 3
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

200  gm   marjerin
150  gm   gula kastor
    6  biji   kuning telur  B
    4  biji   putih telur
175  gm   tepung gandum
  25  gm   tepung jagung
 1/2  tsp   serbuk penaik
    2  tsp   parutan kulit lemon  (daripada 2 biji lemon)
    1  tsp   air perahan lemon
 1/2  tbsp serbuk koko dan 20 ml susu cair panas, larutkan
 1/4  tsp   pes coklat


Cara membuatnya :

1.   Pukul marjerin dan gula kastor hingga lembut.  Masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata berselang-seli dengan sebahagian tepung gandum.
2.   Masukkan baki tepung gandum, tepung jagung dan serbuk penaik sambil diayak dan dikacau rata.  Masukkan parutan kulit lemon dan air perahan lemon.  Kacau rata.
3.   Ambil 1/3 bahagian adunan.  Tambahkan serbuk coklat yang telah dilarut dan pes coklat.  Kacau rata.
4.   Tuang berselang-seli antara adunan coklat dan adunan putih di loyang tulban berdiameter atas 18 cm tinggi 10 cm yang disapu marjerin.  Bentukkan marmar dengan menggunakan lidi sate.
5.   Bakar selama 20 minit dengan suhu ketuhar 190'C.  Turunkan suhunya.  Bakar selama 20 minit lagi dengan suhu : 180'C sehingga masak.

Nota :  Parutan kulit lemon hendaklah ditutup supaya tidak kering sebelum digunakan.

Saturday, October 13, 2012

Pavlova yg. chooey & gooey


 PAVLOVA




PAVLOVA


resipi oleh   :      cendanakasih, tq for this recipe
dicuba oleh :     zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

   4  biji        putih telur gred B
   1  cawan   gula kastor
1/2  tsp        esen vanilla
   1  tsp        cuka masakan
1/2  tbsp      tepung jagung


Bahan topping :

240    gm    whipping cream
1 1/2  tbsp  gula kastor
   1/2  tsp    esen vanilla


Cara membuat :

1.   Pukul putih telur didalam bekas yang benar-benar kering hingga gebu.  Masukkan gula dan pukul lagi hingga likat/kembang dan berkilat.
2.   Masukkan esen vanilla dan cuka masakan.  Pukul sebentar.  Taburkan pula tepung jagung & sedikit gula kastor (yg ni saya tambah untuk memberi kerangupan sedikit) dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati.
3.   Paipkan meringue ke atas loyang beralas kertas baking yang telah siap dilukis rajah bulat (yg ni saiz ikut suka) dan bakar selama 60-70 minit atas rak bawah dengan suhu :  160'C.
4.   Setelah masak, tutupkan suis dan biarkan pavolva didalam oven yang terbuka sedikit hingga sejuk.
5.   Sapukan toping diatas pavlova dan susunkan dengan buah-buahan pilihan.
6.   Untuk topping :  satukan kesemua bahan untuk topping dan pukul hingga kental.

Sambal sotong yg enak






SAMBAL SOTONG LIMAU PURUT


resipi oleh :     yatiememories & CMG, tq for this recipe
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

500  gm         sotong -  potong ikut suka, cuci bersih & toskan
    1  helai      daun limau purut -  dicarik
 1/2  tbsp      pes asam jawa  (ADABI)
    2  senduk  nasi  cili kisar
garam & gula secukupnya
sedikit hirisan halus daun limau purut untuk hiasan


Bahan tumbuk halus :

   5  biji   bawang merah
   2  ulas  bawang putih
1/2  inci   halia
   1  inci   belacan bakar
   3  biji   buah keras


Cara membuat :

1.   Sotong dicelur ke dalam air mendidih selama 30 saat sahaja (jangan terlalu lama).  Angkat dan toskan, ketepikan.  Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan tumbuk hingga harum, guna api sederhana dan kacau selalu.

2.   Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing dan terbit minyak.  Masukkan pes asam jawan, daun limau purut dan kacau rata.  Masukkan garam dan gula secukup rasa, kacau rata dan masak sekejap sahaja.

3.   Masukkan sotong yang ditoskan tadi, gaul rata dan masakkan hingga sambal kelihatan pekat.  Rasakan dan jika 'ok' bolehlah dimatikan api.  Taburkan hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan dengan nasi dan lauk-lauk yang lain.

Thursday, October 11, 2012

Perjumpaan dgn. rakan sekerja UITM, Shah Alam.

Salam petang teman-teman!  Hari ini saya ajak anak saya untuk menemani saya ke Subang Jaya kemudian ke Seksyen 4, Shah Alam pula untuk menziarahi rakan sekerja ketika berkerja di UITM, Shah Alam yang dahulunya dikenali dengan Institut Teknologi MARA (ITM).  Kami rasa sangat bahagia dan gembira sekali kerana dapat berjumpa kembali.  Syukur ke hadrat Allah swt kami dapat berjumpa kembali.  Inipun entah bila akan dapat bersua lagi.  Apalagi, rancaklah kami berbual-bual kisah silam ketika bertugas disana hingga petang barulah teringat nak balik.  Harap dapat berjumpa lagi dilain kali...

 bersama Masiah Diran (11/10/2012 - Khamis)
 Kak Rohani Saari & Masiah Diran
bersama Kak Rohani Saari