My 1 month grandson, Arfan Nai'man sleeping soundly.
Saturday, February 16, 2013
CHOC. FUDGE BROWNIES
CHOCOLATE FUDGE BROWNIES
sudah dibuat beberapa kali kerana keenakan brownies yang
sedap dan moist. resepi diambil dari blog 'citarasawan',
terima kasih berkongsi resipi.
(untuk dibawa ke rumah adik di Palong, N.S. pada hari
Sabtu 16/2/2013)
Labels:
Brownies
Friday, February 15, 2013
BIRTHDAY CAKE MADE BY ME FOR MYSELF.
SPONGE CAKE WITH STRAWBERRY FILLING
Hari ini saya buat kek seperti dalam gambar. Resipi diambil dari blog Madiha & Rahel.
Kek ini saya cuba buat sempena hari jadi saya. (15/2/2013 - Jumaat).
Sangat moist dan sedap, terima kasih pada tuan
empunya resipi ini kerana sudi berkongsi resipi.
Labels:
Kek
Wednesday, February 13, 2013
KEK CAWAN COKLAT BROWNIES
KEK CAWAN COKLAT BROWNIES
sumber : buku resipi
Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
1 cawan air
Bahan B :
250 gm mentega/marjerin
1/2 cawan gula kastor
6 biji telur
320 gm tepung naik sendiri
100 gm badam cincang (almond nib)
Cara membuat :
1. Masakkan semua bahan A di atas api sederhana sampai semua larut dan pekat. Tutup api, biarkan campuran sejuk.
2. Manakala bahan B pula, ayak tepung naik sendiri Gaulkan dengan badam cincang.
3. Di dalam mesin pengadun, pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan telur satu demi satu. Pukul sampai kembang.
4. Masukkan tepung campuran badam tadi berselang dengan campuran coklat (bahan A) yang dimasak tadi. Gaul sampai rata tetapi jangan digaul adunan terlalu lama sekadar sebati saja.
5. Sudukan 3/4 penuh ke dalam mangkuk cawan dan bakar selama 23 minit dengan suhu 180'C.
TIPS : Hiaskan dengan 'ganache' coklat dan tabur dengan badam cincang yang telah dibakar sekejap jika suka.
menghasilkan : 19 biji solo cup 2.0 oz.
26 biji papercup No. 9
Labels:
Cupcake/kek cawan
KEK CAWAN MADU
KEK CAWAN MADU
sumber : buku resipi
Bahan-bahan :
100 gm mentega dalam tin/marjerin
80 gm gula perang
25 gm madu
2 biji telur
130 gm tepung halus
1/2 tsp serbuk penaik
2 tbsp susu segar
40 gm coklat chip
Cara membuat :
1. Putar mentega, gula dan madu sampai sebati.
2. Masukkan telur satu demi satu, pukul hingga kembang.
3. Ayakkan tepung bersama serbuk penaik. Masukkan ke dalam adunan tadi. Masukkan coklat chip, gaul sekejap sampai rata dan sebati.
4. Sudukan adunan ke dalam mangkuk kek cawan dan bakar dengan suhu 180'C selama 23 minit.
TIPS : sesuai dihidangkan dengan krim mentega atau ganache. Aroma madu bersama gula perang telah menyedapkan lagi rasa kek cawan ini Sedap juga dimakan tanpa krim hiasan.
menghasilkan : 18 biji - solo cup 2.0 oz
Labels:
Cupcake/kek cawan
Subscribe to:
Posts (Atom)