Sunday, August 18, 2013
QUICK HONEYDEW ICE CREAM
QUICK HONEYDEW ICE-CREAM
Oleh : Akubukanmasterchef (ABM) - sangat sedap
Bahan-bahan :
500 gm tembikai susu (dipotong kecil & dibekukan)
100 gm gula kastor (ikut kemanisan buah)
1 biji putih telur (B)
200 ml UHT whipping cream
sedikit pewarna hijau (optional)
Cara Penyediaan :
1. Masukkan tembikai susu yang sudah dibekukan dan juga gula ke dalam food processor dan kisar hingga halus. (jika guna blender biasa, masukkan tembikai sedikit demi sedikit tetapi lebih mudah menggunakan food processor berbanding blender biasa).
2. Masukkan pula putih telur dan kisarkan sebati. Kemudian, masukkan whipping cream dan kisarkan lagi hingga sebati keseluruhannya.
3. Masukkan ke dalam bekas yang bersesuaian dan masukkan sedikit pewarna (jika suka). Gaulkan rata. Pada tahap ini, adunan agak cair. Masukkan ke dalam peti sejuk supaya keras sepenuhnya sebelum dimakan (sebaiknya simpan semalaman).
Labels:
Minuman/Jus
CARROT CUPCAKES
CARROT CUPCAKES with CREAM CHEESE FROSTING
Source from : Joy of Baking - moist & delicious but too sweet
Ingredients :
1 1/3 cups all-purpose flour (175 gm)
1 tsp. baking soda
1/4 tsp. salt
1 tsp. ground cinnamon
1/2 cup walnuts, chopped (120 gm)
2 large eggs
2/3 cup white granulated sugar (135 gm)
2/3 cup vegetable oil (160 ml)
1/2 tsp. vanilla essence
2/3 cup grated apple or crushed pineapple (160 gm)
1 1/3 cup grated raw carrots (225 gm)
Cream Cheese Frosting :
55 gm butter (1/4 cup)
115 gm cream cheese (4 oz)
2 1/4 cup icing sugar, sifted (250 gm)
1/2 tsp. vanilla essence
Method :
Preheat oven to 180'C (350'F). In a large bowl, whisk together the flour, baking soda, salt and ground cinnamon. Fold in the chopped walnuts.
In another bowl, whisk the eggs until lightly beaten. Then whisk in the sugar, oil and vanilla until slightly thickened. Then fold in the grated apple and carrots. Then fold this mixture into the flour mixture until incorporated (use hand whisk/spatula). Evenly fill the muffin cups with batter 2/3 full and bake for about 20-23 minutes. Remove from oven and let cool completely before frosting.
Cream cheese frosting : Using electric beater, beat butter and cream cheese until very smooth and creamy. Add the icing sugar and beat until smooth. Beat in vanilla. Pipe frosting on top of each cupcake.
Labels:
Cupcake/kek cawan
PUDING ROTI MARBLE HIJAU COKLAT
PUDING ROTI MARBLE HIJAU COKLAT
Oleh : Hanamemories - sangat sedap
Bahan-bahan :
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula pasir
2 tbsp. mentega/marjerin
230 ml air (3 1/2 cawan)
2 tbsp. serbuk koko/coklat emulco
Pewarna hijau secukupnya
Acuan : 8 inci - hendaklah dibasahkan terlebih dahulu supaya mudah keluarkan dari acuan
Cara Penyediaan :
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula pasir ke dalam periuk.
2. Blend/kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan baki air (1/2 cawan) hingga halus kemudian tuankan ke dalam periuk agar-agar yang telah mendidih tadi.
3. Masukkan mentega dan kacau rata sampai mendidih. Tutupkan api.
4. Bahagikan adunan kepada dua (2) bahagian. Satu bahagian dimasukkan serbuk koko/coklat emulco sementara satu bahagian lagi dititiskan pewarna hijau secukupnya.
5. Tuangkan ke dua-dua adunan ke dalam loyang secara berselang-seli hingga habis. (hendahlah dibuat dengan cepat kerana puding ini cepat membeku).
6. Simpankan ke dalam peti sejuk selama 1 jam atau hingga membeku dengan sempurna.
Labels:
Puding
Saturday, August 17, 2013
KEK OMBAK RINDU enak dinikmati bersama minuman panas di waktu petang.
KEK OMBAK RINDU
rujukan : Majalah RASA Mac 2013
Bahan-bahan :
300 gm tepung naik sendiri
200 gm gula kastor
250 gm mentega
100 gm serbuk Oreo
100 ml susu cair
5 biji telur (B)
2 tbsp susu pekat manis
1 tsp esen vanilla
1 tsp ovalette
Pewarna biru, merah jambu & oren secukupnya
Loyang : 8 inci, digris & dialas dengan baking paper
Cara Membuat :
1. Putar mentega, gula kastor dan ovalette sehingga lembut.
2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus diputar.
3. Seterusnya masukkan tepung naik sendiri, esen vanilla, susu pekat dan susu cair. Gaul sebati.
4. Setelah itu, bahagikan adunan kepada tiga (3) bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian.
5. Sediakan loyang, tuangkan adunan biru dan taburkan lapisan serbuk Oreo.
6. Kemudian tuangkan pula adunan merah jambu dan taburkan serbuk Oreo.
7. Seterusnya tuangkan adunan oren. Ratakan. Tutupkan loyang dengan aluminium foil.
8. Akhir sekali, kukus kek selama 1 jam 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.
Labels:
Kek
Thursday, August 15, 2013
Port Dickson - sambil bercuti bersama keluarga.
Bercuti di Port Dickson dari 12/8/2013 (Isnin) hingga 14/8/2013 (Rabu) bersama keluarga di Cocobay Resort. (apartment)
di Mc Donald, P.D. sambil menanti pesanan makanan.
Arfan pertama kali jejak kaki ke dalam kolam renang. Seronok sehingga tak nak keluar dari kolam.
Labels:
Album Famili
Subscribe to:
Posts (Atom)