Saturday, September 21, 2013
RASPBERRY JAM CAKES
RASPBERRY JAM CAKES
Adapted : bestrecipes.com
Tested by : zaralovebaking - moist & delicious
Ingredients :
125 gm butter
1/2 cup caster sugar
2 eggs
1 tsp vanilla essence
2 cups self-raising flour
125 ml fresh milk
1/4 cup raspberry jam (I use blueberry jam)
Icing sugar to dust (optional)
Method :
1. Preheat oven to 180'C and lined 12 muffin pans with papercup.
2. Beat butter and sugar until creamy, add eggs one by one beating well after each addition.
3. Beat in vanilla essence and fold in the flour and milk alternating until well combined.
4. Place a spoonful of mixture in the base of each papercup and place small amounts of jam on top.
5. Spoon remaining mixture over the top, leaving some jam exposed.
6. Bake for 20-25 minutes or until done.
7. Dust with icing sugar when ready to serve.
TIPS : can be made with different flavoured jams (yields about : 22 pcs)
Labels:
Cupcake/kek cawan
Thursday, September 19, 2013
BINGKA SUSU/CHEESE
ditabur dengan bijan hitam
ditabur dengan serbuk badam
BINGKA SUSU/CHEESE
Rujukan : DJ & Syapex
Dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum (diayak 3 kali)
4 biji telur gred A/B
250 ml susu cair
3 tbsp susu pekat manis
140 gm gula kastor (boleh ditambah kalau nak lebih manis)
1 tsp esen vanilla
50 gm cream cheese
50 gm mentega
Bijan atau serbuk badam secukupnya (optional)
Cara-cara :
1. Mentega dan cream cheese dicairkan secara double-boiler kemudian sejukkan seketika.
2. Satukan kesemua bahan kecuali bijan atau serbuk badam dengan mentega/cream cheese cair tadi di dalam blender. Blend hingga sebati.
3. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalam loyang bersaiz 6 inci yang telah dilenser dengan minyak masak. Taburkan bijan atau serbuk badam di atasnya jika suka. (loyang dipanaskan selama 5 minit di dalam oven sebelum dituangkan adunan).
4. Bakar pada suhu 160'C selama lebih kurang 50 minit atau hingga bahagian atas kuih keperangan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.
Labels:
Kuih-muih
Tuesday, September 17, 2013
KEK SPAN ORANGE
KEK SPAN OREN
Bahan-bahan :
150 gm tepung superfine
120 gm gula kastor
5 biji telur gred 'A'
1 tbsp ovalette
80 ml susu segar
80 ml minyak masak/mentega cair
1 tsp pes oren
1 tsp serbuk penaik
Sedikit pewarna oren
Loyang : 8 inci persegi/bulat - digris & dialas dengan kertas minyak
Cara Penyediaan :
Satukan gula kastor, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur ke dalam mangkuk pengadun. Pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
Perlahankan kelajuan mesin dan masukkan susu segar, pes oren dan sedikit pewarna oren dan pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 1 minit atau hingga adunan kek benar-benar ringan.
Tuangkan minyak/mentega cair ke dalam adunan dan gaul dengan senduk/spatula hingga sebati. Sediakan loyang bersaiz 8 inci, griskan dasarnya dan lapik dengan kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit atau hingga kek masak sepenuhnya pada suhu 170'C. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan telangkupkan atas redai kek lebih kurang 5 minit bagi mengelakkan kek kempis. Keluarkan kek dari loyang dan biarkan betul-betul sejuk barulah dipotong.
Labels:
Kek
KELAS ROTI yang sangat sedap & gebuuss
Assalam teman-teman semua! Dalam kelam kabut menyiapkan 4 biji kek dalam masa sehari untuk dibawa balik ke asrama oleh kedua-dua putera ku, sempat juga pergi ke Kelas Roti dengan Awin Macaron. Dah lama teringin untuk menghadiri kelas ini. Akhirnya tercapai jua setelah banyak kali tertangguh. Sangat berpuas hati dengan penghasilannya kerna kesemua roti ini sangat sedap dan gebu-gebu belaka. Pembuatan doh roti ini boleh dipelbagaikan. (Yuran amat berpatutan : RM150 - terima kasih pada Pn. Shaharenna - pemilik Awin Macarons Studio) - 16/9/2013 (Isnin). Lepas kelas terus ke Melaka menghantar anak ku balik ke ALAM Melaka, perjalanan balik dari Melaka punyalah jem teruk dan sampai rumah pada sebelah malamnya. Perjalanan yang memenatkan sungguh.
Labels:
Kelas
KEK MENTEGA MARMAR SUSU
KEK MENTEGA MARMAR SUSU
Sumber dari : buku resipi - Chef Zubaidah
Dicuba : zaralovebaking
Bahan-bahan :
250 gm mentega
200 gm gula kastor
4 biji telur gred 'B'
290 gm tepung naik sendiri
50 gm susu pekat manis
100 gm susu cair
1 tbsp emulco coklat
1 tsp emulco kapucino
Hiasan : kepingan badam (jika suka)
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur satu persatu kemudian masukkan susu pekat manis.
3. Akhir sekali masukkan tepung berselang-seli dengan susu cair.
4. Ambil 1/4 adunan dan masukkan emulco kapucino dan emulco coklat, gaul sebati.
5. Tuangkan kesemua adunan asal ke dalam (acuan bersaiz 8 inci) dulu kemudian tuangkan adunan kapucino colat. Hasilkan corak marmar dan taburkan kepingan badam (jika guna) ke atasnya.
6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 45-50 minit atau hingga kek masak sepenuhnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)