KEK PISANG

Monday, January 20, 2014

CRANBERRY POUND CAKE











CRANBERRY POUND CAKE
Oleh  :  tiffinbiru -  CMG




Bahan-bahan :

180  gm   mentega
220  gm   tepung self-raising
100  ml    susu segar
140  gm   gula kastor
    2  biji   telur gred 'A'
    1  tsp   esen vanilla/butter vanilla
  50  gm   cranberry kering
sedikit badam cincang untuk hiasan


Cara-cara :

1.   Panaskan oven pada suhu 175'C.  Lenser acuan bersaiz 8 inci - bulat/persegi.  Gaul cranberry dengan tepung hingga rata.  Ketepikan.

2.   Putar mentega dan gula hingga putih berkrim, masukkan telur satu demi satu dan putar hingga kembang.  Masukkan vanilla dan putar sebati.  Masukkan tepung + cranberry berselang-seli dengan susu hingga habis, putar rata.

3.   Tuangkan ke dalam acuan, taburkan badam cincang di atasnya.  Bakar selama 45-50 minit atau hingga kek masak sepenuhnya.

TIPS  :   Jika tiada tepung self-raising gantikan dengan tepung gandum, sukatan sama cuma tambah 1 tsp penuh baking powder, gaul rata dan ayakkan 3 kali sebelum diguna.

Thursday, January 16, 2014

COKLAT FUDGE BROWNIES












COKLAT FUDGE BROWNIES

Sumber  :  Majalah Aroma Januari 2014 - ABM




Bahan-bahan :

200  gm        coklat masakan
120  gm        mentega
  50  gm        cream cheese
 1/3  cawan   gula kastor
    2  biji        telur 'A'  -  dipukul seketika
    1  cawan   tepung gandum
  45  gm        ceri  -  dipotong dadu kecil

(loyang petak 20 cm)


Cara Penyediaan :

1.   Panaskan oven 170'C.

2.   Masukkan coklat, mentega, cream cheese, gula ke dalam mangkuk.  Gunakan kaedah double boiler, cairkan kesemua bahan sehingga sebati menggunakan senduk kayu.

3.   Masukkan telur ke dalamnya dan gaul sebati.

4.   Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan gaul rata.

5.   Sediakan loyang 20cm/8 inci dan sapu mentega serta lapik dasar dengan kertas minyak.  Tuangkan adunan ke dalamnya dan taburkan ceri di atasnya sekata.

6.   Bakar selama 30-35 minit atau hingga masak sepenuhnya.  Sejukkan sepenuhnya barulah dipotong.

Wednesday, January 15, 2014

KEK PAUN COKLAT KEJU

 sebelum letak toping

 selepas diletak toping yg. simple










KEK PAUN COKLAT KEJU

Sumber :  buku 'Hidangan Berkeju' - Noraini Zakaria



Bahan-bahan :

110  gm   krim keju
170  gm   mentega
250  gm   gula kastor
    3  biji   telur 'A'
180  gm   tepung gandum *
    1  tsp   serbuk penaik *
  20  gm   serbuk koko * ( * diayak bersama)
100  gm   susu segar
    1  tsp   esen vanilla

Acuan :  8 inci - digris & dilapik kertas minyak


Cara membuat :

1.   Satukan krim keju, mentega dan gula.  Putar hingga kembang dan berkrim.

2.   Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti dengan esen vanilla.

3.   Masukkan bahan ayak sedikit-sedikit ke dalam adunan telur tadi berselang-seli dengan susu.  Gaul sebati.

4.   Tuangkan ke dalam acuan.  Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan ke suhu 180'C selama 15 minit.  Bakar kek selama 1 jam hingga masak.  Setelah kek sejuk, bolehlah dituang dengan ganache coklat untuk hiasan.


Ganache Coklat :

500  gm   coklat masakan
300  gm   krim putar UHT/susu UHT/susu segar
  30  gm   mentega


Cara membuat :

1.   Panaskan krim atau susu dalam periuk kecil hingga hampir mendidih.  Padamkan api.

2.   Tuangkan ke dalam mangkuk berisi coklat masakan yang telah dicincang halus.  Kacau hingga coklat cair.  Masukkan mentega dan kacau sebati.

3.   Sejukkan ganache ini selama 1 jam atau lebih hingga ia agak pekat dan boleh menyalut kek.  Jika anda mahu coklat cepat pekat, masukkan periuk berisi coklat tadi ke dalam peti sejuk.  Keluarkan apabila ia sudah agak pekat dan sesuai digunakan.

Tuesday, January 14, 2014

WAFFLES for breakfast.











WAFFLES

Adapted  :   Joy of Baking




Ingredients :

      1   cup   all-purpose flour (130 gm)
1 1/2   tsp    baking powder (5 gm)
   1/4   tsp    salt
      2   tbsp  white granulated sugar (25 gm)
      1   large  egg  (lightly beaten)
      1   cup   milk, room temperature (240 ml)
      2   tbsp  butter, melted and cooled to room temperature (28 gm)


Method :

     In a large bowl, whisk together the flour, baking powder, salt and sugar.  In a separate bowl, whisk together the egg and milk.  Make a well in the center of the flour mixtre and add the egg mixture to the flour mixture, along with melted butter and stir (or whisk) just until combined.  (Let the batter sits aside while you preheat the waffle machine).
     Preheat the waffle machine.  Lightly grease the waffle iron.  Spoon or pour about 1/4 to 1/2 cup (60-120 ml) of batter onto one side of the hot waffle iron.  Smooth the batter.  Close the lid of the waffle machine and bake until brown and crisp (about 3-5 minutes).  Serves with chocolate sauce or jam of your choice.

TIPS  :   Waffles can also be frozen.  Once the waffles have completely cooled, wrap in plastic wrap and place in an airtight freezer bag.  They can be stored in the freezer for about a month.  To reheat, preheat oven to 350'F/180'C.  Place the still frozen waffles directly on your oven rack and bake for about 5-10 minutes or just until they are heated through.

BINGKA JAGUNG












BINGKA JAGUNG

Oleh :   Yatiememories




Bahan-bahan :

      1   cawan   gula kastor
1 3/4   cawan   tepung gandum
   1/4   cawan   tepung kastad
      1   cawan   santan pekat
      2   cawan   air
      2   tbsp.     mentega/minyak sapi
      4   biji        telur 'B'
      1   tin         jagung manis (cream style golden sweet corn)
Secubit garam
Bijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Loyang :  9" x 9" atau acuan bunga pecah lapan no. 2


Cara-cara :

1.   Satukan kesemua bahan-bahan kecuali jagung manis dan bijan.  Kisar sampai sebati.
2.   Tuangkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim.  Gaulkan sebati.
3.   Masukkan 1 sudu besar minyak ke dalam loyang dan oleskan rata.  Boleh juga guna mentega.
4.   Panaskan loyang di dalam oven sebentar.  Bila minyak/mentega telah panas, masukkan adunan tadi.
5.   Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180'C selama 1 jam 15 minit atau hingga garing.
6.   Gunakan api atas dan bawah.  (kalau nak garing lagi, tambahkan masa dalam 5 minit guna api atas sahaja untuk permukaan kuih yang garing).  (menghasilkan :  5 biji guna acuan pecah lapan).