Saturday, March 1, 2014
GERMAN COOKIES
GERMAN COOKIES
Oleh : jumeezaila.blogspot.com
Bahan-bahan :
125 gm mentega
40 gm gula aising
125 gm tepung kentang
80 gm tepung superfine/tepung gandum (saya guna tepung gandum)
Cara-cara :
Mentega dan gula aising dikacau ringan dan sebati saja. Masukkan kedua-dua tepung yang telah diayak terlebih dahulu. Uli menggunakan spatula/senduk kayu hingga sebati. Dohnya lembut sangat. Masukkan adunan doh ke dalam plastik dan simpan di dalam peti sejuk (sebelah bawah) lebih kurang 20 minit. Kemudian, keluarkan dan gentelkan bulat-bulat. Leperkan dengan garfu.
Bakar pada suhu 170'C selama 15 minit.
Nota : tambahkan sedikit tepung supaya biskut tidak terlalu rapuh selepas dibakar.
Labels:
Biskut/Cookies
BISKUT CIP COKLAT BADAM
BISKUT CIP COKLAT BADAM
Sumber : rahelblog-rahel - (sangat sedap & rapuh, tqvm)
Bahan-bahan :
180 gm mentega
30 gm shortening
1 biji kuning telur 'B'
30 gm gula perang
50 gm gula kastor
180 gm tepung red rose/tepung gandum
30 gm tepung ubi
1/4 tsp baking soda
1/2 tsp chocolate emulco
100 gm chocolate chips
60 gm badam cincang (dibakar dahulu suhu 150'C selama 7-10 minit)
Cara-cara :
1. Satukan tepung red rose, tepung ubi dan baking soda. Ketepikan dulu.
2. Putarkan shortening, mentega, gula kastor, gula perang dan telur hingga sebati.
3. Masukkan chocolate emulco diikuti dengan badam cincang dan chocolate chip.
4. Kemudian masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.
5. Bentukkan biskut dan bakar pada suhu 170'C selama 20-25 minit.
Info : rehatkan adunan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit memandangkan doh ini lembik.
Labels:
Biskut/Cookies
Pelbagai tempahan untuk minggu ini, tqvm to all my customers.
26/2/2014 (Rabu) - Tempahan Apam Bengawan Solo berintikan kelapa
dari Pn. Jaja (150 biji), tqvm.
27/2/2014 (Khamis) - Tempahan Talam Roti Paun dari jiranku Pn. Alin, tqvm.
1/3/2014 (Sabtu) - Tempahan Apam Bengawan Solo lagi dari Pn. Jaja (50 biji), tqvm.
Labels:
Tempahan
JUS APPLE ASAM BOI
JUS APPLE ASAM BOI
resipi : QaseyHoney
Bahan-bahan :
2 biji epal - dipotong dadu
7 tbsp gula kastor
2 cawan air suam
Asam boi secukupnya - direndam di dalam air panas seketika
Cara Penyediaan :
Satukan epal, gula dan air di dalam blender dan kisarkan hingga hancur. Kemudian tapiskan dan tuangkan ke dalam gelas. Akhir sekali letakkan asam boi dan ais. Hidangkan.
Labels:
Minuman/Jus
Subscribe to:
Posts (Atom)