KEK PISANG

Saturday, April 19, 2014

Apam lagi!!!


 18/4/2014 (Jumaat) - tempahan dari Pn. Jaja sebanyak 50 biji.  
Maaf kerana kehabisan pewarna hijau dan terima kasih di atas tempahan.


Thursday, April 17, 2014

Tempahan apam lagi



 17/4/2014 (Khamis) - Masih dengan tempahan apam bengawan solo
daripada Pn. Jaja sebanyak 150 pieces, terima kasih.


Wednesday, April 16, 2014

MUFIN KEJU CHEDDAR







MUFIN KEJU CHEDDAR
sumber  :  buku 'Hidangan Berkeju' - Noraini Zakaria



Bahan-bahan :

250  gm   tepung gandum *
  13  gm   serbuk penaik * (* diayak bersama)
150  gm   minyak masak @ minyak jagung
150  gm   susu segar @ UHT (dalam kotak)
  40  gm   keju cheddar  (diparut halus)
  50  gm   keju cheddar  (diparut kasar untuk hiasan)
100  gm   gula perang
    1  tsp   garam
    2  biji   telur gred 'B'


Cara membuat :

1.   Satukan minyak masak, susu segar, gula perang, garam dan telur.  Pukul telur hingga gula larut.  Ketepikan.

2.   Di dalam bekas lain; masukkan tepung gandum dan serbuk penaik.  Masukkan keju cheddar (yang 40 gm).  Gaul rata dan buat lubang di tengah tepung.

3.   Tuangkan adunan cecair (no. 1) ke dalam tepung.  Gaul dengan senduk hingga tepung sebati.  Biarkan adunan masih nampak berketul dan jangan terlebih gaul kerana akan menyebabkan mufin menjadi keras.

4.   Sudukan adunan hingga 3/4 penuh ke dalam cawan kertas.  Taburkan keju cheddar di atasnya.

5.   Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 180'C hingga masak dan berwarna keperangan.

Tuesday, April 15, 2014

STICKY DATE PUDDING DR. EZANI MONOTO







STICKY DATE PUDDING/PUDING KURMA
sumber  :  Dr. Ezani Monoto - Pastribella ; sangat moist dan sedap untuk minum petang - tqvm.




Bahan Puding :

  240  gm        kurma ; dibuang bijinya
      1  tsp        baking soda
1 3/4  cawan   air panas mendidih
    80  gm        mentega
   2/3  cawan   gula perang
      2  biji        telur (saya guna gred 'B')
  170  gm        tepung naik sendiri -  diayak


Bahan Sos :

250  gm   gula melaka ;  dihiris
  80  gm   mentega
300  ml    krim masakan/whipping cream


Cara Penyediaan :

1.   Panaskan oven pada suhu 160'C dan sediakan acuan puding/muffin/ramekin/papercups dengan disapukan sedikit minyak/mentega.  Ketepikan dulu.

2.   Campurkan kurma yang telah dibuang bijinya, baking soda dan air panas mendidih; biarkan selama 10 minit untuk melembutkan kurma sedikit.

3.   Kisarkan campuran kurma tadi hingga sebati di dalam food processor/blender.

4.   Masukkan mentega dan gula perang; dan kisar lagi hingga mentega larut.

5.   Tambahkan telur dan kisar lagi hingga sebati.

6.   Tambahkan tepung ke dalam adunan dan kisarkan hingga sebati.

7.   Tuangkan adunan ke dalam acuan 2/3 penuh dan bakar di dalam oven selama 20 minit atau hingga masak sepenuhnya.

8.   Untuk membuat sos :  campurkan gula melaka, mentega dan krim masakan ke dalam periuk.  Masakkan hingga mendidih; kecilkan api dan reneh selama 5 minit.  Sedia untuk dihidangkan bersama puding.

Acuan :    mold seperti di atas :  9 biji
                aluminium foil :  8 biji

Sunday, April 13, 2014

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

 pecah sedikit ketika hendak di terbalikkan..huhuhu..







PUDING KARAMEL TANPA TELUR
sumber asal  :  MyResipi
rujukan         :   teratakmutiarakasih - lina pg. (tq - sangat sedappp)


Bahan Gula Hangus :

4   tbsp.   gula pasir


Bahan Puding :

  10   gm        serbuk agar-agar
    4   cawan   air
 1/2   cawan   gula pasir
 1/2   cawan   susu pekat manis
    1   tin         susu cair
    3   tbsp.     tepung kastad
    1   tsp.       esen vanilla


Loyang  :  9 inci persegi


Cara Penyediaan :

1.   Buat gula hangus seperti biasa.  Taburkan gula pasir ke dalam loyang, menggunakan api kecil, masak sehingga gula menjadi perang kemudian ratakan pada keseluruhan loyang; ketepikan dulu.

2.   Satukan kesemua bahan puding.  Kacaukan di atas api kecil.  Adunan hendaklah dikacau selalu agar tepung kastad tidak bergentel.

3.   Apabila menggelegak dan adunan kelihatan sedikit pekat; tutupkan api; tapiskan dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

4.   Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk sehingga puding mengeras.  Terbalikkan puding ke dalam pinggan dan bolehlah dihidangkan.