Sunday, July 27, 2014
BLACK FOREST CHEESE TART
BLACK FOREST CHEESE TART
sumber dari : sariyusa ; thanks
Bahan Pastri :
170 gm marjerin
50 gm gula icing (2 1/2 tbsp)
1 biji telur gred 'B/C'
1/2 tsp esen vanilla
1 tsp perisa coklat
2 tbsp serbuk koko
270 gm tepung gandum
Filling Blueberry secukupnya masukkan ke dalam piping bag, ketepikan dulu
Cara-cara :
1. Pukul marjerin dan gula icing dengan senduk kayu sekejap sahaja.
2. Masukkan telur, esen vanilla dan perisa coklat, pukul lagi dengan senduk kayu sehingga sebati.
3. Masukkan serbuk koko, pukul rata-rata.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau doh lembut tidak melekat ditangan, berhenti menambahkan tepung.
5. Rehatkan doh 30 minit di dalam peti sejuk sebelum ditekankan ke dalam acuan tart. Tak simpan pun ok.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 25 minit. Disebabkan crust berwarna coklat, jadi selepas 25 minit cuba keluarkan satu crust dari acuan, terbalikkan dan jika crust keluar dari acuan bermakna ianya dah masak.
Bahan Krim :
250 gm cream cheese
50 gm gula kastor
1 biji telur gred 'B'
Sedikit esen vanilla
Cara-cara :
Putarkan cream cheese dan gula kastor sehingga lembut. Masukkan telur dan esen vanilla, putar sehingga licin. Masukkan ke dalam piping bag. (Susunkan crust di atas dulang, picitkan inti blueberry kemudian picitkan bahan krim di atasnya sehingga ke tebing crust. Taburkan dengan chocolate rice dan bakar lagi selama 10 minit pada suhu 170'C.
Labels:
Cheesetart
Saturday, July 26, 2014
SUNQUICK ASAM BOI
SUNQUICK ASAM BOI
sumber : Lina.pg ; thanks
1 jug air sunquick
8-10 biji asam boi (prune putih)
Sedikit air panas
Sedikit gula pasir (optional)
Cara-cara :
1. Rendamkan sekejap asam boi di dalam air panas, biarkan kembang.
2. Masukkan asam boi dan air panas sekali ke dalam jug air sunquick.
3. Tambahkan sedikit gula jika kurang manis.
4. Masukkan ketulan ais kiub, sedia untuk dinikmati.
Labels:
Minuman/Jus
TAT NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN
TAT NENAS BENTUK BUAH-BUAHAN PILIHAN
sumber : FB
Bahan-bahan :
1 cawan marjerin
3 sudu besar gula icing - ayak
1 biji kuning telur 'B'
1 sudu teh esen pilihan (bergantung pada design buah-buahan)
Pewarna bergantung pada buah-buahan pilihan
(kacau menggunakan whisk sahaja).
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastad
(ayak semua tepung)
Campur dengan 2 sudu besar susu tepung
Sedikit bijan untuk hiasan
Pewarna hijau untuk daun
Jem nenas secukupnya
Cara-cara :
Satukan marjerin dan gula icing, gaul rata dengan senduk kayu. Masukkan kuning telur dan esen pilihan dan gaul rata. Kemudian masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang lembut. Asingkan sedikit doh dan warnakan dengan pewarna hijau sebagai daun manakala doh selebihnya warnakan dengan warna pilihan mengikut bentuk buah-buahan yang ingin dibentuk.
Ambil sedikit doh, letakkan jem nenas yang telah di bulatkan terlebih dahulu. Bentukkan seakan-akan buah-buahan pilihan.
Bakar pada suhu 140'C selama 25 minit.
Labels:
Biskut/Cookies
CHOCOLATE OAT NESTUM CRIPS
CHOCOLATE OAT NESTUM CRIPS
buku 'Home-made Biscuit' Chef Zubaidah Chepa
Bahan-bahan :
250 gm mentega
120 gm gula kastor
70 gm oats - bakar dan kisar
70 gm Nestum - bakar dan kisar
2 sudu besar serbuk koko
220 gm tepung gandum
Hiasan :
50 gm susu tepung
50 gm gula icing
Cara-cara :
1. Pukul mentega dan gula kastor.
2. Masukkan bahan lain dan uli lembut.
3. Canai dan terap dengan acuan pilihan.
4. Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140'C selama 30 minit.
5. Setelah biskut sejuk, gaulkan dengan susu tepung dan gula icing.
Labels:
Biskut/Cookies
Subscribe to:
Posts (Atom)