KEK PISANG

Monday, August 11, 2014

PUDING PEACH


 dalam bentuk pelbagai acuan









PUDING PEACH
oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

  10  gm   serbuk agar-agar
    1  tin    susu sejat penuh krim (Ideal)
 1/2  cawan   gula kastor
    4  cawan   air  (boleh kurangkan sedikit jika tidak suka terlalu lembut)
    1  tin   buah peach
sedikit ceri merah & hijau (dipotong kecil-kecil)


Cara-cara :

1.   Campurkan serbuk agar-agar bersama gula ke dalam periuk.  Tuangkan air ke dalamnya dan kacau sehingga rata.
2.   Masak sehingga mendidih.
3.   Masukkan susu sejat, kacau rata dan tutup api.
4.   Tapiskan buah peach, buangkan airnya.  Potong kecil-kecil dadu.
5.   Masukkan potongan buah peach dan potongan ceri merah dan hijau ke dalam agar-agar tadi dan kacau rata.
6.   Tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu (untuk memudahkan puding keluar dari acuan).  Masukkan ke dalam peti sejuk dan biarkan ia keras.

5.  

Saturday, August 9, 2014

SYAWAL 12


 Syawal 12 (8/8/2014 - Jumaat)
Adik ku Zaid dan adik bungsu ku Zariyati bersama suami & anak-anaknya
datang bertandang ke rumah ku sempena raya, terima kasih sudi datang ke rumah kak long ya...

Friday, August 8, 2014

PUDING ROTI BERKUAH








PUDING ROTI BERKUAH
rujukan :  Majalah SAJI September 2013



Bahan-bahan :

  7  keping   roti  (dipotong dadu kecil)
  1  cawan   susu segar
  2  biji   telur
  4  sudu besar   gula halus
  1  sudu kecil   esen vanilla
  2  sudu besar  mentega  -  dicairkan
80  gm   kismis hitam
Sedikit ceri merah & hijau (jika suka)
Sedikit chocolate chip (jika suka)


Bahan Kastad :

   1  tin   susu cair
1/4  tin   air
   2  sudu besar   tepung kastad
   2  sudu besar   gula


Cara Menyediakan :

1.   Satukan susu segar, gula, esen vanilla dan telur.  Gaul sebati.  Masukkan roti yang telah dipotong kecil.  Rendam sebentar.  Masukkan kismis dan juga mentega cair.  Gaul sebati lagi.

2.   Sapukan loyang dengan mentega.  Tuangkan adunan ke dalamnya, taburkan dengan sedikit hirisan ceri merah dan hijau serta chocolate chip (jika suka).

3.   Bakar pada suhu 170'C selama 35 minit atau hingga keperangan.  Sejukkan.

4.   Untuk menyediakan kastad pula :  satukan kesemua bahan kastard dan masak di atas api sederhana sehingga pekat dan sebati.  Sejukkan.  Hidangkan puding roti bersama kuah kastard.

LASAGNA DAGING



 terlebih masa membakar tetapi Lasagna ini tetap sedap....








LASAGNA DAGING
buku 'Kompilasi Hidangan Berkeju' Noraini Zakaria..sangat sedap...



Bahan-bahan :

6  keping   lasagna segera (instant lasagna), direbus sekejap anggaran 5 minit


Bahan Inti :

400  gm   daging kisar
200  gm   keju Mozzarella
    2  biji   tomato  -  dipotong dadu
 1/2  batang  lobak merah  -  dipotong dadu
    3  sudu besar   minyak masak  -  untuk menumis
 1/2  biji   bawang besar *
    1  ulas  bawang putih *  (* dicincang)
 1/2  cawan   pes tomato
 1/2  cawan   sos cili
 1/2  cawan   air
Sedikit serbuk oregano
Garam dan gula pasir secukupnya


Bahan Sos Keju :

  20  gm   mentega
    2  sudu besar   tepung gandum
240  gm   susu segar  (dalam kotak)
  50  gm   keju Mozzarella atau keju Cheddar
Garam dan serbuk lada sulah secukupnya


Cara Membuat :

1.   Inti  :   Tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi.  Masukkan lobak merah dan kacau hingga lembut.  Kemudian masukkan air, daging kisar, pes tomato dan sos cili.  Masak hingga daging empuk.

2.   Masukkan tomato, garam, gula pasir dan serbuk oregano.  Biarkan mendidih perlahan-lahan selama 20 minit hingga kering airnya.  Angkat dari api dan sejukkan.

3.   Sos keju :  Panaskan mentega hingga cair.  Masukkan tepung gandum dan dikacau rata.

4.   Perlahankan api dan tuangkan susu.  Kacau hingga adunan agak pekat lalu masukkan keju (50 gm) tadi.

5.   Akhir sekali, masukkan garam dan lada sulah.  Angkat dari api.


Cara Menyusun Lasagna :

1.   Sediakan tin berukuran 8" x 8".  Boleh juga gunakan mangkuk tahan panas.  Sapukan minyak disekeliling tin tersebut.

2.   Susun lasagna dua keping.  Letakkan inti dan tuangkan sos keju di atasnya.  Taburkan keju Mozarella.

3.   Susun lasagna dua keping lagi.  Buatlah proses yang sama hingga 3 lapisan.  Di atas sekali taburkan keju Mozarella.

4.   Panaskan oven selama 15 minit pada suhu 170'C.  Bakar lasagna dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit atau hingga masak sepenuhnya.

5.   Keluarkan dari oven dan hidangkan.

ROTI JALA









ROTI JALA
sumber  :  Pn. Jalilah JJ/FB ; thanks



Bahan-bahan :

3  cawan   tepung gandum
2  cawan   air
1  cawan   susu sejat F&N
1  biji   telur gred A/B
1  sudu besar  minyak masak
1  sudu kecil   garam halus
Pewarna pilihan


Cara-cara :

     Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau sehingga sebati.  Kisarkan sehingga halus dan tapiskan jika perlu.  Untuk warna dwi kaler, adunan dibahagi kepada 2 bahagian dan letakkan warna pilihan.  Siap sedia untuk menjala sehingga adunan habis.  Boleh dihidangkan bersama serawa durian atau kuah kari.