KEK PISANG

Monday, July 13, 2015

KUIH PUTU AYU KETAN HITAM








PUTU AYU KETAN HITAM
sumber  :   seleraputeri ; thanks...
tried by  :  zaralovebaking ; (sedap & lembut)..



Bahan-bahan :

    6  biji telur gred B
    1  sudu teh  ovalette
150  gm  gula kastor
  70  gm  tepung pulut hitam
110  gm  tepung gandum
  70  gm  santan pekat segera
Garam secukup rasa
Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi


Cara-cara :

1.  Satukan telur, gula dan ovalette di dalam mangkuk adunan.  Pukul sehingga kembang, pekat dan putih.

2.  Ayakkan bersama tepung gandum dan tepung pulut hitam kemudian masukkan ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan-lahan sehingga rata dan sebati.

3.  Kemudian masukkan santan dan sedikit garam.  Gaul lagi sehingga adunan sebati.

4.  Sapukan sedikit minyak pada acuan putu ayu.  Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.

5.  Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama lebih kurang 10-15 minit atau sehingga masak.

6.  Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu sejuk sekejap supaya senang keluar dari acuan.

INFO  :  Saya buat 1/2 daripada resipi diatas menghasilkan : 24 biji..

CUCUR LABU




 IFTAR 26 (13/7/2015 - Isnin)




CUCUR LABU
buku Kuih-Muih Minum Petang - Chef Hanieliza




Bahan-bahan :

300  gm  labu kuning
    2  cawan  tepung gandum
    1  sudu kecil  serbuk penaik
    1  cawan  air
 1/2  cawan  gula kastor
 1/2  sudu kecil  garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara Membuat :

1.  Labu dibuangkan kulit dan biji, cuci bersih dan keringkan kemudian parutkan.

2.  Masukkan gula, tepung gandum, serbuk penaik, garam dan air ke dalam mangkuk adunan.  Gaul rata dan sebati.

3.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Jemputkan dengan hujung jari ataupun bulatkan adunan dan masakkan sehingga kuih nampak kuning keemasan ataupun garing.

4.  Angkat dan toskan minyak.  Hidangkan semasa masih panas.

NASI GORENG SEMPOI



Nasi goreng yang serba simple tetapi tetap sedap dan mengenyangkan untuk kami 4 beranak bersahur. Syukur alhamdulillah..aminn





NASI GORENG SEMPOI JER
Oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

  2  cawan  nasi sejuk  -  diperoikan
  1  paket  perencah segera nasi goreng Adabi
50  gm  udang  -  dibuang kulit
50  gm  sotong  -  dipotong kecil
  2  biji  telur  -  dipukul sedikit
  2  keping  tauhu  -  digoreng & dipotong dadu kecil
50  gm  kubis  -  dihiris
Sedikit kacang pis
  2  sudu makan  minyak masak
Garam secukup rasa


Cara-cara :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan perencah segera nasi goreng Adabi kemudian masukkan udang dan sotong.
2.  Masukkan nasi, kubis, kacang pis, tauhu goreng  dan garam secukup rasa, kacau rata.
3.  Masukkan telur dan biarkan keras sedikit baru digaulkan dengan nasi dan kubis.  Kacau sehingga masak.
4.  Hidangkan bersama keropok dan timun (ikut suka).

Sunday, July 12, 2015

TAT NANAS ROSALINA








TAT NANAS ROSALINDA
sumber  :  citarasawan, azlita masam manis ddl. ; thanks...
tried by  :  zaralovebaking..



Bahan-bahan :

250  gm  mentega
  40  gm  gula kastor
    1  sudu besar  susu pekat manis
    1  biji  kuning telur  - (saya guna gred B)
    1  sudu teh  esen vanilla
370  gm  tepung gandum
  30  gm  tepung jagung

Jem nanas secukupnya  -  siap guna boleh di beli di pasaraya/bakery  -  gentel bulat-bulat


Cara Penyediaan :

1.  Satukan mentega, susu pekat manis dan gula, pukul sehingga berkrim.  Masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul sehingga sebati.

2.  Masukkan tepung yang diayak, uli sehingga adunan tidak melekat di jari.

3.  Canaikan di antara 2 keping plastik dan terap menggunakan acuan yang disukai.  Letakkan jem nanas di tengahnya.

4.  Bakar di dalam oven di rak tengah pada suhu 160'C selama 15-20 minit.  Keluarkan dari oven.  Sejukkan dahulu.

5.  Untuk menghias :  Picit royal icing putih di atas jem, 4 jalur melintang dan 4 menegak.  Picit 2 dot ditepi tat  dan letakkan  bunga gumpaste kecil, picitkan royal aising hijau untuk daun.


Royal Aising :

1  biji  putih telur
1  cawan  gula aising  -  diayak
1  sudu teh  jus lemon
Pewarna hijau

Nozle daun & piping bag

Cara-cara :

     Pukul putih telur sehingga berbuih, masukkan gula aising dan jus lemon, putar sehingga sebati dan kental.  Bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi masukkan pewarna hijau untuk daun.  Jika agak likat, masukkan beberapa titis air sehingga boleh dipicit dengan nozzle.

BUBUR SOM SOM TROPICANA






BUBUR SOM SOM TROPICANA
sumber  :  Saji Julai 2015
tried by :  zaralovebaking...



Bahan A :

2  cawan  tepung beras
2  sudu besar  tepung ubi
7  cawan  santan
1  sudu kecil  garam
3  helai  daun pandan  -  disimpul


Bahan B :

1  cawan  gula pasir
2  cawan  air
1  helai  daun pandan  -  disimpul
Beberapa titik pes pandan


Cara-cara :

1.  Satukan kesemua bahan A kecuali daun pandan dalam satu bekas.  Kacau dengan pemukul whisk sehingga adunan sebati.

2.  Tapiskan bancuhan ke dalam periuk.  Masukkan daun pandan dan masak di atas api kecil dan teruskan kacau sehingga likat dan berkilat selama lebih kurang 20 minit.

3.  Kemudian masukkan ke dalam bekas, acuan kecil atau loyang mengikut pilihan dan biarkan sehingga sejuk.

4.  UNTUK SIRAP PANDAN :  Masak bahan B sehingga mendidih dan gula larut.  Angkat, sejukkan dan tapis.

5.  Tuangkan sirap pandan di atas bubur som som dan sedia dihidangkan.