KEK PISANG

Sunday, March 20, 2016

LEMON COCONUT LOAF












LEMON COCONUT LOAF 
 (8 inci x 4 inci)
sumber  :   fizalgk...




Bahan-Bahan :

      1  cawan  gula kastor
   1/2  cawan  mentega
      2  biji  telur gred A/B
      1  biji  lemon  (disagat kulit & diperah ambil jusnya)
1 1/2  cawan  tepung gandum *
      1  sudu teh  baking powder *
   1/4  sudu teh  garam *  (* diayak bersama)
   1/2  cawan  susu segar
   1/2  cawan  kelapa kering


Bahan Glaze/Topping :  (kacau sehingga pekat)

3/4  cawan  gula aising  -  ayak
   2  sudu besar  jus lemon atau lebih ikut keperluan


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 175'C dan griskan loyang dengan mentega dan dialas/lapik dengan kertas minyak.  Ketepikan.

2.  Di dalam mangkuk pengadun, pukul gula dan mentega sehingga gebu dan masukkan telur satu persatu sambil dipukul.  Tuangkan jus lemon dan parutan kulitnya ke dalam adunan, pukul sebati.

3.  Masukkan tepung (* bahan yang diayak) sedikit demi sedikit berselang-seli dengan susu segar, pukul sebentar.  Akhir sekali masukkan kelapa kering dan kaupbalik sehingga rata dan sebati menggunakan spatula.

4.  Tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.  Taburkan dengan sedikit almond keping di atasnya jika suka.  Bakar selama 60-65 minit sehingga masak, bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.


5.  Setelah kek sejuk, hiaskan dengan glaze (topping) lemon iaitu dengan memasukkan topping ke dalam piping bag.  Kemudian picitkan ke atas kek dan taburkan dengan kelapa kering ke atas topping tersebut.

NOZZLE (RUSSIAN TIPS) YANG SEDANG "HOT" DI PASARAN SEKARANG NI!!!!!!



 Sangat mudah menggunakannya terutama bagi mereka yang tiada kemahiran untuk membuat bunga ros buttercream..






Nozzle (Russian Tips) yang sedang hangat dipasaran.  Sekarang ni mudah dibeli di kedai bakery dengan harga RM7.95 untuk satu nozzle.  Boleh di dapati di Bake With Yen..

Friday, March 18, 2016

Pelbagai Tempahan@Persiapan Untuk Majlis Pertunangan...

 Coklat Cupcake with Buttercream Frosting

 Puding Roti Pelangi



 Puding Roti Marble

 Chocolate Chip Cookies




 Agar-Agar Kering




Pelbagai tempahan@persiapan untuk majlis pertunangan anak besan saya yang akan
berlangsung pada hari Sabtu (19/3/2016) di Subang Jaya.  Ini saja yang dapat saya sumbangkan
tenaga untuk menyiapkan serba sedikit untuk majlisnya.  Harap mereka berpuas hati dan terima kasih diucapkan di atas kekurangan ini...

BUTTERCREAM@FROSTING...









BUTTERCREAM@FROSTING  (A keeper)
sumber  :   FB/Grup MAHN :  Darlila Razali ; terbaik...




Bahan-Bahan :  (untuk bunga)

500  gm  shortening@lemak sayuran
100  gm  krimwell
400  gm  gula icing  -  diayak 
 1-2  sudu teh  esen vanilla
    2  sudu besar  susu pekat manis
Pewarna pilihan


Cara-Cara :

     Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk pengadun, pukul sehingga gebu.  (Bila rasa buttercream masih tidak tegap untuk buat bunga...boleh tambah lagi gula icing sedikit demi sedikit dan pukul sehingga mendapat icing yang tegap).  Kemudian asingkan mengikut warna yang diingini...

Wednesday, March 16, 2016

AGAR-AGAR SANTAN










AGAR-AGAR SANTAN
sumber  :   Chef Hanieliza...




Bahan-Bahan :

 10  gm  serbuk agar-agar  (1 paket)
   1  liter  air  (5 cawan)
   1  cawan  gula merah
3/4  cawan  gulapasir
   2  cawan  santan pekat  (dari 1 biji kelapa)
   1  biji  telur  gred A/B


Cara Membuat :

1.  Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.

2.  Masukkan gula merah dan gula pasir.  Biarkan mendidih sekali lagi.

3.  Gaulkan telur dan santan sehingga sebati kemudian tapiskan.

4.  Masukkan santan ke dalam agar-agar tadi dan kacau.  Biarkan mendidih sehingga kelihatan berbintil menggunakan api sederhana kecil.  Pastikan sentiasa dikacau agar ia tidak melimpah keluar.

5.  Angkat adunan dan tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.

6.  Sejuk dan potongkan semasa menghidang...