KEK PISANG

Friday, May 20, 2016

PERMATA MERAH@PERMATA DELIMA



 Kuih ini sedap gandingan rasa seperti kuih koci & badak berendam 
cuma kuih ini kering dan tidak basah.  Kuih saya buat ini kurang menarik kerana terlebih
letak bahan santan yang membuatnya ia kelihatan tenggelam.  Lain kali bila buat kena
 kurangkan santannya.  Walau apapun kuih ini sedap, terima kasih pada penyumbang resipi..






PERMATA MERAH @ PERMATA DELIMA
sumber  :   FB :  MAHN/Mas Cotek...




Bahan A :

1 1/2  cawan  tepung pulut
Air pandan secukupnya  (saya guna air biasa saja)
Sedikit pewarna hijau tua  (saya guna pewarna merah)

...  Jadikan doh seperti doh buah melaka


Bahan B :  (Santan)

   2  cawan  santan pekat
1/2  cawan  tepung beras
   2  sudu makan  tepung jagung
   2  sudu makan  tepung gandum
1/2  sudu teh  garam


...   Satukan kesemua bahan santan, kacau di atas api sederhana sehingga naik wap sahaja (jangan pekat).  Tuangkan ke dalam jug, untuk memudahkan kita menuangnya ke dalam acuan nanti.  Ketepikan.


Bahan Inti :

1/2  biji  kelapa parut putih
   1  cawan  gula merah
   2  sudu besar  gula pasir
   2  helai  daun pandan  -  disimpul


...    Masak kesemua bahan inti sehingga pekat dan kering.  Sejukkan.


Penyediaan :

1.  Sediakan acuan lompang (sapu sedikit minyak).
2.  Ambil sedikit doh, masukkan inti ke dalam doh kemudian bulatkan (seperti membuah kuih buah melaka).
3.  Masukkan ke dalam acuan lompang dan letakkan di tengah-tengah.  Buat sehingga habis.
4.  Tuangkan adunan B@santan tadi ke dalam acuan berisi doh tadi (jangan terlalu penuh nanti doh tenggelam dan tidak cantik).
5.  Kukus selama 10 minit menggunakan api sederhana.
6.  Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan...

TIPS  :     Inti kelapa boleh juga diganti dengan pes/inti kacang merah (ada dijual di bakeri)...

Tempahan!!!!



 20/5/2016 (Jumaat)  -  Tempahan Apam B Solo berintikan kelapa dari Pn Jaja
sebanyak 100 pcs, terima kasih...


Thursday, May 19, 2016

SWISS TART










SWISS TART
sumber  :   FB :  MAHN@Misshy Innz...




Bahan-Bahan :

250  gm  mentega
  85  gm  gula icing  (3 oz)
170  gm  tepung jagung *  (6 oz)
170  gm  tepung gandum *  (6 oz)  ( * diayak bersama)
    1  sudu teh  esen vanilla
    5  sudu besar  chocolate rice
Filling/jem strawberry secukupnya


Cara-Cara :

1.  Mix sebati mentega dan gula icing.
2.  Masukkan esen vanilla, mix sebati.
3.  Masukkan kedua-dua tepung, mix sebati.
4.  Masukkan chocolate rice, mix sebati.
5.  Terapkan menggunakan acuan semperit.  Nak bubuh dalam cawan kertas pun boleh.
6.  Letakkan filling/jem strawberry di atas doh tadi.
7.  Bakar pada suhu 160'C selama 30 minit atau sehingga masak (oven hendaklah dipanas terlebih dulu).

Wednesday, May 18, 2016

MARBLE CAKE RECIPE










MARBLE CAKE RECIPE
adapted from  :   rasamalaysia.com...




Ingredients :

220  gm  unsalted butter, at room temperature  (2 sticks)
200  gm  plain flour/all purpose flour
    1  tsp  baking powder
200  gm  fine or powdered sugar  (confectioners or icing sugar)
    4  eggs  (I use QL large omega)
 1/2  tsp  salt
    4  tbsp  fresh milk
    1  tsp  vanilla essence
    2  tbsp  cocoa powder


Equipment :  3 mini loaves tin (I use 8 inch round tin)


Method :

1.  Preheat the oven to 375'F.  Lightly greased the pan with butter.  Set aside.

2.  Mix the flour, baking powder together and sieve.  Add in salt and mix well.  Set aside.

3.  Cream butter and sugar until pale yellow in colour.  Add in egg one at a time.  Beat well after each addition until creamy.  Add in vanilla essence and fold in the flour mixture and mix well.  Finally, add in the milk and mix well.

4.  Divide the batter into two portions.  Stir the cocoa powder into one portion and mix well while the other portion remains plain (I add green colour and a little bit of pandan paste).  Transfer the plain batter into the prepared tin.  Shake it lightly to distribute evenly.  Pour the cocoa batter in the middle of baking tin and lightly swirl the cocoa batter with a butter knife to create marble effect.  Do not over mix.

5.  Bake until golden brown and cooked, about 40 minutes.

SAMBAL TELUR BERSERAI










SAMBAL TELUR BERSERAI
Majalah RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

4  biji  telur   -  rebus dan goreng
8  biji  cili merah *
5  biji  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *  ( * dikisar)
1  batang  serai  -  titik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang  -  hiasan
Minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Masukkan bahan kisar.  Apabila sudah naik bau, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air.  Kacau perlahan.

2.  Akhir sekali masukkan telur yang telah digoreng tadi.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Kacau seketika.

3.  Angkat, taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang dan sedia dihidangkan...