Monday, June 27, 2016
BISKUT CHOCOLATE CHIP
BISKUT CHOCOLATE CHIP
sumber : buku resipi Chef Hanieliza...
Bahan A : (anggaran : 102 keping)
150 gm mentega
100 gm marjerin
30 gm lemak sayuran@shortening
150 gm gula halus@gula kastor
1 biji telur gred B
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B : (Gaul Rata)
250 gm tepung gandum - diayak
10 gm serbuk koko - diayak
150 gm chocolate chip
50 gm almond flake - dipanggang
50 gm nestum
Cara Membuat :
1. Gaulkan mentega, marjerin, lemak sayuran dan gula halus sehingga sebati menggunakan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan-lahan dan kacau dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan (sebesar guli) ke dalam loyang. Jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang bila dibakar.
5. Bakar di dalam oven yang sudah dipanaskan pada suhu 180'C selama 25 minit ataupun sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Labels:
Biskut/Cookies
TART NENAS GULUNG
TART NENAS GULUNG
sumber : FB@MAHN : Manana Zainal...
Bahan A : (108 pcs)
250 gm mentega
1 sudu besar gula kastor
1 biji kuning telur gred B
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh minyak sapi
sedikit pewarna kuning atau pilihan
Bahan B :
2 1/2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar tepung jagung
2 1/2 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar susu tepung (jika suka - tak letak pun tak apa sebab minyak sapi sudah lemak)
Inti : jem nenas secukupnya
Hiasan :
kuning telur + sedikit pewarna kuning, kacau sebati
sedikit chocolate urai - jika suka
Cara Membuat :
1. Pukul bahan A sehingga sebati...2-3 minit.
2. Masukkan bahan B, uli sebati.
3. Masukkan ke dalam acuan dan paipkan memanjang, masukkan inti jem, gulung dan sapu permukaan biskut dengan kuning telur.
4. Bakar selama 20-25 minit sehingga masak pada suhu 180'C api atas bawah.
Labels:
Biskut/Cookies
AYAM SAMBAL BALI
AYAM SAMBAL BALI
sumber : Majalah RASA April 2016...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil, lumurkan serbuk kunyit & garam
1 batang serai - di titik
1 tangkai daun kari - leraikan dari tangkai
2 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar air asam jawa
Garam & gula secukup rasa
Bahan Kisar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2.5 cm halia
2 sudu besar pes cili kering/kisar
Minyak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, tumiskan bahan kisar, serbuk ketumbar, serai dan daun kari sehingga berbau wangi dan pecah minyak.
3. Kemudian masukkan air asam jawa, kicap manis dan perasakan dengan garam.
4. Akhir sekali masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul rata.
5. Hidangkan...
Labels:
Ayam
TAUGE MASAK LEMAK
TAUGE MASAK LEMAK
sumber : buku masakan...
Bahan-Bahan :
200 gm tauge
50 gm daun kucai - dipotong kasar
3 keping tauhu - dipotong dadu
1 biji cili merah - dihiris
2 ulas bawang merah *
1 ulas bawang putih *
Sedikit ikan bilis * ( *ditumbuk (A) )
1 batang serai - diketuk
1/2 biji kelapa - diperah & ambil santan secukupnya
Sedikit serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Masukkan santan ke dalam periuk sederhana besar.
2. Masukkan bahan A, serai dan jerangkan dengan api kecil.
3. Apabila mendidih, masukkan tauge, daun kucai, tauhu dan cili merah.
4. Bubuh garam secukup rasa dan kacau selalu supaya tidak pecah santan.
5. Taburkan serbuk lada sulah, kacau rata seketika dan tutupkan api.
6. Hidangkan...
Labels:
Sayur
Sunday, June 26, 2016
NASI GORENG TOM YAM
NASI GORENG TOM YAM
sumber 1 : Rabiatun...
sumber 2 : K. Nor@SecubitGaram...
Bahan-Bahan :
2 mangkuk nasi putih sejuk
7 ekor udang sederhana besar - dibuang kulit, tinggalkan bahagian ekornya
2 ekor sotong - dipotong ikut suka
1 keping isi ayam - dihiris nipis
5 ulas bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
3 sudu besar perencah tomyam Knorr
4 biji cili api - diketuk
1/4 batang lobak merah - dihiris memanjang
Sedikit kobis atau kacang panjang - dipotong ikut suka
1/2 batang seleri - dihiris serong
1 batang serai - diketuk
1 biji telur - dikacau terlebih dulu
Minyak untuk menumis
Cara Membuat :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan serai sehingga berbau wangi.
2. Masukkan perencah tomyam (boleh ditambah sedikit air takut ia cepat hangus).
3. Masukkan isi ayam dan cili padi, kacau.
4. Masukkan udang dan sotong serta sayur-sayuran. Gaul sebati.
5. Akhir sekali masukkan nasi, kacau sebati dan sesuaikan rasa. Tolak nasi ketepi, tuangkan telur dan biarkan sekejap dan biarkan telur itu hampir beku barulah dikacau keseluruhannya.
6. Hidangkan...
Labels:
Nasi
Subscribe to:
Posts (Atom)