Monday, September 26, 2016
AIS POKAT
AIS POKAT
Majalah Aroma Ogos 2012...
Bahan-Bahan :
1 biji buah avocado
2 sudu makan susu pekat manis
1 cawan ais kiub
Sedikit coklat masakan - dicairkan atau sos coklat Hershey
Cara Penyediaan :
1. Blend kesemua bahan hingga hancur kecuali coklat masakan.
2. Tuangkan di dalam gelas, paipkan coklat masakan di atasnya.
3. Sedap dinikmati ketika cuaca panas...
Labels:
Minuman/Jus
AYAM TERIYAKI
RESIPI AYAM TERIYAKI
sumber : iresipi.com...
Bahan-Bahan :
2 keping dada ayam
1/4 cawan kicap soya cair
2 sudu besar cuka masakan
1 sudu besar parutan halus halia
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar gula perang atau gula putih
Sedikit minyak masak
Bijan - sangai seketika
Daun bawang - hiris
Cili merah - hiris (jika suka)
Cara Memasak :
1. Bersihkan dada ayam, hiris memanjang setebal anggaran 1/2 cm.
2. Dalam mangkuk, gaulkan dada ayam bersama kicap soya cair, cuka masakan, parutan halia, minyak bijan dan gula. Perap selama 15 minit.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper. Angkat dada ayam dan susun di dalam kuali. Ketepikan sos perapan kerana akan dimasakkan kemudian.
4. Biarkan ayam masak sebelah bawah dengan sedikit tanda grill, kemudian alihkan/terbalikkan. Angkat setelah ayam masak.
5. Dalam kuali yang sama, masakkan sos perapan tadi hingga mendidih dan sedikit pekat. Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu kering. Tuangkan sos ke atas ayam tadi.
6. Taburkan sedikit bijan yang di sangai, daun bawang dan cili merah. Hidangkan bersama nasi panas.
TIPS : Jangan masak ayam terlalu lama kerana isi ayam akan menjadi keras dan kurang berjus.
Labels:
Ayam
SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM
SAWI KECIL TUMIS SOS TIRAM
buku masakan 'Ruzita's Kitchen'...
Bahan-Bahan :
5 batang sawi kecil
1 peket kecil cendawan tiram (tambahan)
1 sudu besar sos tiram
1/2 kiub pati ikan bilis
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sudu kecil garam
2 sudu besar kicap pekat
Sedikit minyak
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu dan berbau harum.
2. Masukkan sawi, cendawan tiram, biarkan layu sekejap.
3. Masukkan sos tiram dan kicap, kacau rata.
4. Masukkan garam, kiub pati ikan bilis dan sesuaikan rasa.
5. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
SAHABAT DATANG MENZIARAH!!!!!
24/9/2016 (Sabtu) - Sahabatku Pah dan suaminya En. Rahim serta anak mereka dari Taman Kenari, Sg. Ramal (rumah lama kami jua) datang menziarahi kami di kediaman baru kami di Beranang. Terima kasih sahabatku sudi menziarah kami disini. Insyaallah kita berjumpa lagi....
Labels:
Album Famili
ORANGE CHIFFON CAKE
ORANGE CHIFFON CAKE
source from : rasamalaysia.com...
Ingredients :
7 egg yolks grade B
50 gm superfine sugar (1/4 cup)
1/4 tsp salt
4 tbsp cooking oil
2 tbsp grated orange zest
60 ml orange juice (4 tbsp)
Few drops of orange food colouring (optional)
110 gm self-raising flour ( 4 oz )
7 egg whites
1/2 tsp cream of tartar or 1 tsp lemon juice
130 gm superfine sugar (2/3 cup)
Method :
1. Preheat oven to 170'C/325'F. Prepare a 9-inch/22cm tube pan, ungreased.
2. To make egg yolk batter : beat egg yolks with sugar until pale, then add in salt and oil, mix briefly until looks like mayonnaise.
3. Add in grated orange zest, orange juice and orange food colouring (if using) and mix well. Fold in sieved flour until it forms batter.
4. To make egg white foam : beat egg whites and cream of tartar until mixture forms soft peaks. Gradually add in sugar, beating at high speed until stiff peaks form.
5. Gently fold beaten egg whites into egg yolk batter in 3 batches until fully combined. (Do not overmix).
6. Pour batter into ungreased prepared pan. Gently tap the pan a few times on table top to get rid of trapped air bubbles in the batter.
7. Bake in the preheated oven for 50-60 minutes or until cooked. Immediately upon removing the cake from the oven, invert the pan and let cool completely before removing the cake from pan.
Labels:
Chiffon cake
Subscribe to:
Posts (Atom)