KEK PISANG

Saturday, November 26, 2016

ROTI JALA & SOS KASTAD PANDAN ...














ROTI JALA & SOS KASTAD PANDAN
sumber  :    Azlita Masam Manis & Surianti Ramli...
dicuba  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

3  cawan  tepung gandum
3 1/2  cawan  air/santan/susu segar (atau  air dicampur sedikit santan)
2  biji  telur gred A
1/2  cawan  minyak masak
Secubit garam
Sedikit pewarna kuning


Cara-Cara :

     Blend/kisar kesemua bahan di atas hingga sebati.  Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuma masukkan sesenduk ke dalam acuan roti jala.  Kalau keluarnya tidak putus-putus maknanya dah boleh dijala menggunakan kuali non-stick.  Kalau pekat tambahkan air lagi hingga boleh dijala.
     Selepas jala di atas kuali biarkan dalam beberapa saat.  Kalau dah masak tidak perlu diterbalikkan terus saja diangkat dan digulung atau dilipat tiga segi (ikut pilihan).  Setelah siap bolehlah dihidang dengan kuah kari ayam atau dengan Sos Kastad Pandan (jika suka yang manis)...


SOS KASTAD PANDAN
sumber  :   Fiza's Cooking...
dicuba  :    zaralovebaking...



Bahan-Bahan :

1 1/2  sudu besar  tepung kastad
1 1/2  cawan  santan atau susu cair
1/2  cawan  air masak
5  sudu besar  gula pasir
2  helai  daun pandan  -  disimpul
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam


Cara-Cara :

Satukan kesemua bahan sos kastad ke dalam periuk, kacau atas api perlahan sampai likat.  Sejukkan dan sedia untuk dihidangkan bersama Roti Jala...

PANCAKE RECIPE...










PANCAKE RECIPE
source from  :   Joy of Baking...
tried by  :    zaralovebaking ; (moist & delicious)...





Ingredients :

      1  cup  all-purpose flour  (130 gm)
1 1/2  tsp  baking powder
1/4  tsp  salt
2  tbsp  granulated white sugar  (28 gm)
1  large  egg ;  lightly beaten
1  cup  milk  (240 ml)
2  tbsp  unsalted butter ; melted  (28 gm)
Plus estra melted butter for greasing the pan


Method :

1.  In a large bowl whisk together the flour, baking powder, salt and sugar.  In a separate bowl whisk together the egg, milk and melted butter.  Make a well in the center of the dry ingredients and then pour in the egg mixture, all at once and stir (with a rubber spatula or wooden spoon) just until combined.  The batter should have some small lumps.  (Do not over mix or you will have a tough pancake).

2.  Heat a non-stick pan, lightly brushed the pan with melted butter and using a 1/4 cup (60 ml) measuring cup, pour pancake batter onto the hot pan.  When the bottom of the pancakes are brown and bubbles start to appear on the top surfaces, turn over.  Continue to cook until lightly browned.

3.  Repeat with the remaining batter until done.  Serve immediately with butter and maple syrup.


  For Blueberries :  Sprinkle some fresh or frozen blueberries on tops of the pancake just as bubbles start to appear on the top surface, turn over.  Continue to cook for a few minutes.  Remove and serve immediately with butter and maple syrup...

Friday, November 25, 2016

ULTIMATE CHOCOLATE CHIP COOKIES...











ULTIMATE CHOCOLATE CHIP COOKIES
adapted from  :   thezonghan.com...
tried by  :    zaralovebaking ; (chewy in the inside & crispy on the outside)...





Ingredients :

    2  cups  bread flour
 1/2  tsp  baking soda
 1/8  tsp  salt
180  gm  unsalted butter ; melted
    1  cup  packed dark brown sugar
 1/4  cup  fine white sugar
    1  egg grade A
    1  egg yolk grade A
    2  tsp  vanilla extract
    2  cups  semi-sweet chocolate chips  (I use 1 cup semisweet choc. chips & 1 cup walnut roughly chopped)


Method :

1.  Whisk the flour, baking soda and salt together in a bowl.

2.  In another bowl, mix the melted butter and sugars together until smooth.  Beat in the egg, egg yolk and vanilla extract until combined, scraping down the bowl and beaters as needed.

3.  Add in the dry ingredients.  Mix on low speed until combined.  Mix in the chocolate chips and the chopped walnuts (if using) until incorporated.

4.  Put it in the fridge to set for at least an hour.

5.  Preheat oven to 180'C or 160'C fan-forced.  Using a 1/4 measuring cup or ice cream scoop, scoop out 1/4 sized of dough at a time, onto the prepared baking sheets, spaced about 2 inches apart.

6.  (Optional)  Break the dough into 2 and stick them back together, this will give a beautiful cookie.

7.  Bake the cookies for 15-20 minutes or until golden brown.  Let the cookies cool on the baking sheet for 10 minutes or cool completely before storing in an airtight container...

22/11/2016 (Selasa) - 24/11/2016 (Khamis)...


22/11/2016 (Selasa) Saya dan suami dalam perjalanan ke Kulai, Kota Tinggi, Johor
untuk melawat anak perempuan sulungku (Nur Ruzanna) yang telah selamat melahirkan cucu ke 4 kami yang juga lelaki. Jadi ketiga-tiga anaknya semua lelaki.  Ini menjadikan kesemua cucu kami (4 orang) lelaki.  Walaupun tiada cucu perempuan lagi tapi kami tetapi bersyukur yang kesemuanya sihat-sihat, keletah dan manja dengan kami, syukur kepada Allah swt di atas kurniaannya, Aminn.. 



 Cucu ke 4 - ARYAN NURHAN -
lahir 9/11/2016 (Rabu)...





24/11/2016 (Khamis) - Bersiap-siap untuk balik ke KL.  Kasihan pula tengok cucu sulung ku menangis kerana nak ikut kami balik. Rasa tak sampai hati nak tinggalkan mereka apalagi ibu mereka (anakku) masih dalam pantang tapi apakan daya kami terpaksa balik atas pelbagai urusan yang tidak dapat dielakkan..moga tabah anak ku semasa di dalam pantang dan jaga kesihatan diri baik-baik. Ibu doakan yang terbaik buatmu anak ku (Nur Ruzanna)...
Ada rezeki kami akan ke sana lagi jumpa kalian, bye...


Monday, November 21, 2016

KARIPAP VERSI JJ...



 Selepas dibakar sebentar anggaran 10 minit suhu 180'C
untuk difrozenkan...










KARIPAP
cetusan idea  :   Nornahar Akhmar@Group :  MAHN...
dicuba  :     zaralovebaking...




Kulit Karipap JJ versi Karot


Bahan-Bahan :

   3  cawan  tepung gandum
   3  sudu besar  marjerin atau mentega
1/2  sudu teh  garam halus
3/4  cawan  air biasa @ 120 gm  -  jangan dituang semua agak-agak tidak melekat di tangan saja
1/2  batang  karot  -  di sagat halus
   5  helai  daun bawang  -  dihiris halus
sedikit krim super  (optional)
Minyak untuk menggoreng


Cara-Cara :

     Ayak tepung, gaul dengan marjerin atau mentega menjadi serbuk roti, campurkan daun bawang dan karot, kacau/gaul rata.  Kemudian larutkan garam dengan air dan tuangkan sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh dan sapu krim super (jika ada) dan uli hingga licin dan perapkan selama 10 minit baru ditimbang doh 20-25 gm setiap satu.  Gelek/canai dan isi inti dan kelimkan dengan kemas.
     Untuk menggoreng campurkan shortening sebanyak 1 sudu besar ke dalam minyak semasa hendak menggoreng, biar gebus montok karipapnya.  Goreng hingga masak dan kekuningan menggunakan api sederhana.  Angkat dan toskan.  Sedia untuk dihidangkan.


BAHAN INTI KARIPAP
Oleh  :   zaralovebaking...



Bahan-Bahan :

4  biji  kentang saiz besar dipotong dadu kecil
1  cawan  ayam  -  bahagian dada, cuci & dipotong dadu kecil
1  sudu besar  cili kisar
3  ulas  bawang merah  -  kisar
2  ulas  bawang putih  -  kisar
3  sudu besar  serbuk rempah kari dibancuh dengan sedikit air
2  tangkai  daun kari
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya


Cara Memasak :

1.  Tumis daun kari dan bahan kisar (termasuk cili kisar) hingga naik bau dan garing.
2.  Masukkan serbuk rempah kari dan masak hingga garing dan pecah minyak.
3.  Masukkan isi ayam yang didadu tadi, biarkan ia masak sepenuhnya.
4.  Masukkan kentang dan air secukupnya (sekadar tenggelam kentang), renih hingga kentang empuk.
5.  Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sampai mengering.
6.  Angkat dan toskan minyaknya.  Sejukkan dulu sebelum digunakan...