KEK PISANG

Monday, May 29, 2017

IKAN SARDIN BERLADA...









IKAN SARDIN BERLADA
rujukan :    RASA Sisipan Oktober 2016...




Bahan-Bahan :

4  ekor  ikan sardin/selayang  -  bersihkan, lumur garam & kunyit
1  biji  bawang besar
7  biji  cili merah
7  biji  cili padi
2  ulas  bawang putih
4  biji  bawang merah
1  biji  tomato
Minyak untuk menggoreng secukupnya


Cara Memasak :

1.  Kisar cili merah, bawang putih, buah tomato, bawang besar, bawang merah dan cili padi.  Ketepikan.
2.  Goreng ikan yang telah dilumur dengan garam dan kunyit tadi sehingga sedikit garing, angkat dan ketepikan.
3.  Tinggalkan minyak sedikit dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga garing dan pecah minyak.
4.  Kemudian, angkat dan tuangkan kuah/sambal di atas ikan, sedia dihidangkan...

TUMIS SUHUN PETOLA...








TUMIS SUHUN PETOLA
rujukan :   RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

250  gm  petola  -  buang kulit ari & hiris bulat  (anggaran 1 batang saiz sederhana)
100  gm  suhun  -  direndam  (anggaran 1 paket kecil)
1  sudu teh  udang kering  (saya guna ikan bilis)
3  biji  bawang merah  -  dihiris
2  ulas  bawang putih  -  dihiris
2  cm  halia muda  -  dihiris
1  sudu teh  serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam periuk.  Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga berbau wangi.
2.  Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih.
3.  Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4.  Kemudian masukkan pula petola dan suhun.
5.  Selepas dua atau tiga minit, tutup api dan hidangkan panas-panas...

Sunday, May 28, 2017

RESIPI PUTERI AYU...









RESIPI PUTERI AYU
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :   (17 biji)

1  biji  telur gred A  (jika guna B =  2 biji)
80  gm  gula kastor
80  ml  pati santan
1/2  sudu teh  pes pandan
1/2  sudu teh  ovallate
90  gm  tepung gandum *
1/2  sudu besar  tepung ubi *  (* disatukan & diayak)


Gaul rata :

1  cawan  kelapa parut putih
1  sudu besar  tepung jagung
1/4  sudu teh  garam halus


Cara-Cara :

1.  Sapu rata acuan kuih puteri ayu dengan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 sudu teh parutan kelapa dan tekan sampai padat.  Ketepikan.

2.  Putar gula dan ovallate sehingga rata.  Masukkan telur dan putar sehingga kembang.  Masukkan pes pandan dan gaul rata.  Perlahankan speed mixer, masukkan tepung berselang-seli dengan santan sehingga habis.  Gaul sehingga sebati dengan spatula.

3.  Sudukan ke dalam acuan yang telah diisikan dengan kelapa tadi.  (saya masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam acuan yang telah diisikan kelapa).  Kukus di atas air mendidih selama 15 minit menggunakan api sederhana besar.  (Kukusan hendaklah dipanaskan terlebih dahulu).  Angkat, sejukkan sebentar dan keluarkan kuih dari acuan.  Sedia dihidangkan...

RESIPI AYAM BUTTERMILK...









RESIPI AYAM BUTTERMILK




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  -  potong kecil-kecil
4  sudu besar  mentega
1/2  biji  bawang besar Holland atau bawang besar biasa  -  potong dadu
3  ulas  bawang putih  -  cincang halus
1  sudu besar  cili merah   -  cincang
2  biji  cili padi  -  cincang
2  pelepah  daun kari
2  keping  cheese cheddar
230  ml  susu cair  -  ikut kepekatan disukai
Sedikit serbuk perasa pati ayam Knorr  -  optional
Garam & gula secukupnya
Serbuk lada hitam


Bahan Perap :

1  sudu teh  garam
1/2  sudu besar  gula
2  sudu teh  serbuk kari ayam/daging
1  sudu besar  tepung gandum
1  biji  telur


Cara Memasak :

1.  Perapkan ayam dengan bahan perap selama 1 jam atau lebih.  Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.  Angkat dan ketepikan.

2.  Panaskan kuali dengan mentega hingga cair dan tumiskan bawang putih, cili merah, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.

3.  Masukkan susu cair dan bawang besar dan masak sehingga mendidih.  Masukkan pula cheese cheddar.  Masukkan serbuk perasa pati ayam Knorr, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

4.  Masukkan ayam yang digoreng tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya.  Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.

BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN...









BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

3  cawan  kacang hijau
1 1/2  keping  gula melaka
1 1/2  cawan  gula pasir
2  helai  daun pandan  -  disimpul
2  cawan  air
2  cawan  santan
4-5  ulas  durian
Garam secukupnya


Cara-Cara :

1.  Di dalam kuali, goreng kacang hijau tanpa minyak dalam 4 minit.  Kemudian tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam, bilas dan toskan.

2.  Dalam periuk sederhana, didihkan air bersama gula pasir, gula melaka dan daun pandan dengan api perlahan.  Kacau sehingga semua gula larut dan kemudian tapiskan.

3.  Di dalam periuk lain, rebus kacang hijau yang ditoskan tadi sehingga kembang dan empuk.  Kalau suka, masukkan sagu mata ikan  (anggaran 1/2 cawan atau ikut suka banyak yang disukai). 

4.  Masukkan pula cairan gula yang ditapis tadi dan isi durian.  Kacau rata dalam 10 minit dengan api perlahan.

5.  Masukkan santan dan kacau lagi sehingga sebati dalam 5 minit sahaja supaya santan tidak pecah minyak.  Rasa kemanisannya dan tutup api.

6.  Sedia dihidangkan...