KEK PISANG

Friday, July 21, 2017

STICKY DATE PUDDING...











STICKY DATE PUDDING
rujukan :    FB@ Seismik Makan...




Bahan Kek :

250  gm  kurma  ~  dicincang
1  sudu teh  baking soda@soda bikarbonat
1  sudu teh  garam
1 1/2  cawan  air mendidih
2  cawan  tepung gandum
1 1/2  sudu teh  baking powder
2  biji  telur  (saya guna gred A)
120  gm  mentega  ~  dilembutkan
3/4  cawan  gula perang
1  sudu teh  esen vanilla


Bahan Sos :  (tak buat, saya ganti dengan homemade salted caramel)

1  cawan  gula perang
1 1/4  cawan  krim@UHT Dairy Whipping Cream
1/2  sudu teh  esen vanilla
4  sudu besar  mentega


Cara-Cara :

1.  Gaulkan kurma cincang dengan baking soda.

2.  Masukkan air mendidih dan biarkan selama 20 minit.

3.  Dalam mangkuk lain, gaulkan tepung gandum, garam dan baking powder, tapis dan ketepikan.

4.  Pukul mentega dan gula perang sehingga sedikit kembang.

5.  Masukkan telur satu persatu dan pukul seketika.

6.  Masukkan esen vanilla dan pukul sekadar sebati saja.

7.  Masukkan adunan tepung dan gaul sebati.

8.  Masukkan kurma yang direndam berserta air kurma dan gaul sebati.

9.  Tuangkan ke dalam bekas bersaiz 8 inci persegi yang disapu mentega dan bakar selama 40 minit sehingga masak pada suhu 180'C.

10.  Untuk membuat sos :  Cairkan mentega dan masukkan krim, gula perang dan esen vanilla.  Didihkan sehingga pekat.

11.  Tuangkan sos ke atas kek dan hidangkan...

SUP AYAM...








SUP AYAM




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  dipotong kecil, cuci bersih & toskan
2  biji  kentang  ~  potong kiub
1/2  batang  lobak merah  ~  potong kiub
1  batang  celery  ~  potong kecil
2  ulas  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *
1  paket  sup bunjut Adabi
Garam & gula secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Air secukupnya
Bawang goreng
Daun bawang secukupnya  ~  hiris kasar


Cara Memasak :

1.  Tumbuk atau hiris bahan-bahan bertanda (*).

2.  Panaskan minyak secukupnya di dalam periuk, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk/dihiris sehingga naik bau.

3.  Masukkan ayam, kentang dan lobak merah.  Kacau sebati menggunakan api perlahan.  Biarkan ayam berubah warna seketika dan jusnya keluar serta agak kering.

4.  Setelah itu masukkan air secukupnya serta masukkan sup bunjut.

5.  Kacau, tambahkan garam dan gula secukup rasa dan tutup periuk.  Masak sehingga ayam dan sayur-sayuran lembut menggunakan api perlahan.

6.  Apabila sudah empuk, masukkan batang celery.  Masak sehingga mendidih dan batang celery sedikit layu.  Sesuaikan rasa dan tutup api.

7.  Hidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun bawang yang dihiris...

ASAM PEDAS IKAN PATIN...







ASAM PEDAS IKAN PATIN




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan patin bersaiz sederhana  ~  dipotong, cuci bersih & toskan
600  ml  air
2  sudu kecil  pati asam jawa  ~  dibancuh dengan 1/2 cawan air
2  biji  terung bulat  ~  dibelah 6 & rendam di dalam air
2  batang  serai  ~  dititik
5  tangkai  daun kesum
1  kuntum  bunga kantan  ~  dibelah 2
1  sudu kecil  lada hitam  ~  ditumbuk
1/2  cawan  minyak masak untuk menumis
Garam & gula secukupnya


Bahan Kisar :

20  tangkai  cili kering
3  ulas  bawang putih
7  biji  bawang merah
2  cm  belacan
2  cm  kunyit hidup
2  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak dengan api sederhana.
2.  Masukkan serai dan bancuhan pati asam jawa.  Gaul sebati.
3.  Tambahkan air dan biarkan mendidih selama 10 minit atau lebih.
4.  Kemudian masukkan daun kesum, bunga kantan, terung serta ikan patin.
5.  Tambahkan lada hitam tumbuk.
6.  Masak ikan patin dan terung sehingga masak dan terung lembut.
7.  Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
8.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...


TIPS :   Cuci ikan patin dengan garam dan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir ikan...

MAJLLIS PERKAHWINAN...



16/7/2017 (Ahad) Throwback majlis perkahwinan cucu saudara di Pusat Komuniti,
Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur...
 






16/7/2017 (Ahad) Buku terbaru ku, beli di Mid Valley, KL...