KEK PISANG

Wednesday, December 27, 2017

WEDDING (DECEMBER 2017)...




 Cucu sulong ku ARFAN NAIMAN BIN AZLAN



23/12/2017 (Sabtu)  Majlis perkahwinan Dr. Atikah Hj. Amin, anak kepada abang & kakak ipar
di Ulu Kelang  (Hj. Amin & Pn. Yati)...

Monday, December 25, 2017

CUCU BONGSU KU...




14/12/2017 (Khamis)
Muhammad Zidan Ashraf  ~  5 bulan
buat masa ni cucu kelima ku dan yang bongsu...

AYAM MADU...









AYAM MADU
rujukan :   buku masakan



Bahan-Bahan :

3  ketul  peha ayam  (saya guna 1/4 ekor ayam, dipotong kecil)
1  biji  bawang besar  (belah empat)
1  biji  cili merah  (potong memanjang)
1/3  cawan  madu
1  sudu besar  gula
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  bijan putih  (disangai seketika)
1  biji  tomato  (belah 4 ~ saya tambah)
Sedikit hirisan daun bawang
Minyak untuk menggoreng


Bahan Kisar :

1  inci  halia
6  biji  cili kering  (saya guna pes cili kisar anggaran 1/2 sudu besar)
3  ulas  bawang merah
2  ulas  bawang putih
1  biji  tomato


Cara Memasak :

1.  Ayam dilumur garam dan digoreng sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.
2.  Tumis bahan kisar sehingga terbit minyak.
3.  Masukkan madu dan gula, kacau hingga gula hancur.
4.  Masukkan bawang besar, tomato yang dibelah empat dan cili merah.
5.  Sesuaikan rasanya kemudian curahkan ke atas ayam yang digoreng tadi dan tabur bijan serta daun bawang.
6.  Sedia untuk dihidangkan...

Friday, December 22, 2017

ORANGE CHIFFON CAKE...









ORANGE CHIFFON CAKE
adapted from :    jeannietaywordpress.com



Meringue :

7  egg  whites  (grade A)
70  gm  caster sugar
3/4  tsp  cream of tartar


Yolk Batter :

6  egg  yolks  (grade A)
50  gm  caster sugar
150  gm  cake flour
1/2  tsp  salt
1  tsp  baking powder
85  gm  corn oil
140  ml  fresh orange juice  (about 2 large orange)
1  tbsp  orange zest


Directions :

1.  Prehat oven to 150'C.

2.  Separate egg whites and egg yolks.

3.  Mix egg yolks, 50 gm caster sugar, corn oil, orange zest and orange juice until well combined.

4.  Sift in cake flour, baking powder and salt into the egg yolk mixture, mix well to make sure there are no lumps.  Set aside.

5.  In a clean bowl, beat egg whites until frothy then add the cream of tartar.  After mixing to almost soft peaks, add the 70 gm caster sugar in three batches and beat well between additions.  Continue to beat until stiff and glossy.  Don't overbeat it!!!

6.  Gently fold in the meringue into the egg yolk mixture in 3 batches until well combine.  Make sure there are no streaks of white batter left.

7.  Pour mixture into a 22 cm/9 inch ungreased tube pan and bake for about 70 minutes or until done.

8.  Once baked, remove the cake from the oven and invert immediately.  Let cake cool completely before unmoulding.  Slice and serve...

Thursday, December 21, 2017

RESIPI AISKRIM CHOKI-CHOKI...









RESIPI AISKRIM CHOKI CHOKI
menghasilkan :   22 batang



Bahan-Bahan :

1  tin  susu pekat manis  (500 gm)
1  tin  susu cair  (390 gm)
4  tin  air yang telah dimasak  (sukat menggunakan tin susu)
2 1/2  sudu besar  tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
Sedikit garam
Choki Choki secukupnya  ~  potong 2 setiap satu


Cara-Cara :

1.  Di dalam periuk, masak air, susu pekat manis dan susu cair sehingga mendidih.

2.  Setelah mendidih, kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung untuk bagi aiskrim jadi lembut.  Kacau sehingga sebati.

3.  Masukkan sedikit garam untuk bagi aiskrim rasa lemak-lemak sikit.  Kacau lagi sekali dan tutup api.

4.  Dah siap tapiskan adunan tersebut.  Biarkan sejuk untuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam plastik aiskrim atau di dalam bekas aiskrim (ikut citarasa).

5.  Masukkan choki choki ke dalam plastik aiskrim, picit-picitkan untuk bagi rata.  Kemudian masukkan adunan tadi dan ikat dengan kemas.

6.  Setelah agak sejuk/suam, masukkan ke dalam peti ais (bahagian freezer)...