KEK PISANG

Thursday, February 22, 2018

KACANG PANJANG GORENG TELUR...









KACANG PANJANG GORENG TELUR
rujukan :    KongsiResipi.com...




Bahan-Bahan :

12  batang  kacang panjang  ~  dipotong pendek-pendek anggaran 3 cm
2  biji  cili merah  ~  dipotong menyerong
1  biji  bawang besar  ~  dihiris
7  ulas  bawang putih  ~  dimayang halus/dicincang
1  biji  telur
1  sudu kecil  serbuk kari  (saya guna serbuk kari ikan Adabi)
Sedikit serbuk pati ayam Knorr
Minyak secukupnya anggaran  3 sudu besar


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak, tumiskan bawang putih yang dicincang halus hingga kekuningan.  Kemudian tolakkan ke tepi kuali.

2.  Masukkan telur, kacau hingga hancur dan biarkan sebati dengan bawang putih.  Letakkan sedikit serbuk kari ikan dan kacau hingga rata.

3.  Masukkan kacang panjang, hirisan bawang besar, cili merah serta masukkan serbuk pati ayam Knorr.  Kacau rata dan sebati.  Masukkan sedikit air jika ianya terlalu kering.

4.  Masak hingga sayur sedikit lembut.  Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...



SPA!!!!


21/2/2018 (Rabu)  Pergi SPA di Bandar Baru Bangi,
spa di taja oleh anakanda AJ untuk ibunya, terima kasih anakanda ku...

Wednesday, February 21, 2018

BISKUT FAMOUS AMOS...









RESEPI BISKUT FAMOUS AMOS
rujukan :    Azie Kitchen...




Bahan A :

1/4  cawan  gula kastor
1/2  cawan  gula perang
1/2  cawan  mentega  (125 gm)
1/2  cawan  minyak jagung
1  biji  telur gred B
1/4  sudu teh  garam
1/2  sudu besar  susu segar atau  susu tepung
1/2  sudu teh  esen vanilla


Bahan B :

2  cawan  tepung gandum *
1  sudu besar  serbuk koko *
1  sudu besar  tepung jagung * 
1/2  sudu teh  cream of tartar *  
1/2  sudu teh  soda bikarbonate *  ( * diayak )
1/2  cawan  walnut cincang/almond nib  (bakar sekejap)
1  cawan  semisweet chocolate chips


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar.  Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk.

2.  Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonate dan serbuk cream of tartar.  Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan (no. 1) tadi.  Kacau dengan menggunakan spatula/senduk kayu.  Selepas itu, masukkan kekacang pilihan dan chocolate chips, sebatikan.  (Adunan agak lembik).

3.  Sudukan atau boleh juga menggunakan tangan, bulat-bulatkan dan susun di dalam loyang.  Jarak-jarakkan kerana biskut akan mengembang ketika dibakar.  Loyang tidak perlu di gris.

4.  Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160'C selama 15-20 minit.  (saya bakar selama 20 minit).  Angkat dan sejukkan di atas jaring kemudian bolehlah disimpan dalam bekas kedap udara.


TIPS  :   Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak ketika dibakar  ~~~  selepas siap mengadun masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit, selepas itu bentukkan ikut citarasa dan susun di dalam loyang...

AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE...










AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
rujukan 1 :    Fiza's Cooking...
rujukan 2 :    Naz@ovenkecil...




Bahan-Bahan :

1  paket  serbuk agar-agar  (10 gm atau 11 gm)
1  liter  air  (4 cawan)
200  gm  gula pasir  (lebih kurang 1 cawan)
200-250  ml  santan pekat  (saya guna santan kotak dan boleh kurangkan kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atasnya yang nipis sedikit)
1  biji  telur  gred A/B  ~  masukkan ke dalam santan dan kocok sedikit dengan garfu
Secubit garam
2  helai  daun pandan  ~  basuh bersih & simpul
1-2  sudu besar  sirap rose atau beberapa titis pewarna merah & perisa rose


Cara-Cara :

1.  Masak 1 liter air bersama gula pasir dan serbuk agar-agar sehingga gula larut.

2.  Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose.

3.  Masukkan juga simpulan daun pandan.  Kacau dan tunggu sehingga menggelegak atas api sederhana.

4.  PENTING!!!  Bila menggelegak, biarkan seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biarkan adunan menggelegak kuat sambil dikacau-kacau.  Kacau ini untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk.  Apabila telah kelihatan adunan santan menjadi berbintil-bintil, bolehlah dimatikan api dapur.

5.  Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air.  Kemudian tuangkan adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras.  Bolehlah disimpan di dalam peti sejuk untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk...

SAMBAL IKAN HIJAU...








SAMBAL IKAN HIJAU




Bahan-Bahan :

5  ekor  ikan sardin
3  biji  cili hijau *
3  biji  cili padi hijau *
2  biji  bawang merah kecil *
1  ulas  bawang putih *
1/2  inci  halia *
1  sudu besar  sos tiram
Gula & garam secukupnya
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Basuh ikan bersih-bersih dan lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.  Goreng hingga ikan masak.

2.  Blend/kisar semua bahan bertanda (*) dan tumiskan bahan-bahan tersebut hingga naik minyak.  Masukkan sos tiram, gaul rata.  Masukkan gula dan garam secukupnya.

3.  Apabila sambal sudah masak, bolehlah dituangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi atau gaulkan ikan dengan sambal hingga sebati.

4.  Hidangkan...