KEK PISANG

Saturday, December 22, 2018

ZUPPA SOUP...









RESEP ZUPPA SOUP
sumber :    cookpad.com@Erika Damayanti...




Bahan-Bahan :

Puff pastry secukupnya  (potong melebihi mangkuk)
150  gm  daging ayam  ~  dipotong
75  gm  jamur kancing@cendawan butang  ~  iris tipis
50  gm  keju cheddar
1/2  buah  bawang bombay  ~  cincang halus
1  siung  bawang putih  ~  cincang halus
250  ml  susu evaporasi/susu segar
500  ml  kaldu@stok ayam
1/4  sdt  merica bubuk
1/2  sdt  garam halus
2  sdm  tepung terigu@tepung gandum
2  sdm  margarin
1  butir  kuning telur  ~  untuk olesan
Keju parut & oregano  ~  untuk taburan  (saya guna keju cheddar)


Cara-Cara :

1.  Rebus ayam sehingga empuk.  Angkat dan suwir@carik-carik halus atau cincang kasar.  
Saring@tapis air rebusannya dan takar@ambil jadi 500 ml.  Sisihkan@ketepikan.

2.  Panaskan margarin.  Tumiskan bawang bombay dan bawang putih hingga berbau harum.

3.  Masukkan tepung terigu, aduk rata sehingga bergerindil.

4.  Tuangkan susu dan air kaldu.  Aduk rata sehingga mendidih.

5.  Masukkan ayam, jamur, keju dan bumbu lainnya.  Aduk rata.  Angkat.

6.  Panas-panas tuangkan sup ke dalam mangkuk tahan panas.  (saya pakai ramekin).  Tutup atas mangkuk dengan adonan puff pastry.  Oleh permukaannya dengan kuning telur.  Taburi keju dan oregano.

7.  Panggang@bakar dalam oven di suhu 200'C - 210'C selama 20-25 menit sehingga mengembang dan kuning kecoklatan.  Angkat dan sajikan hangat...




KEK GULA HANGUS@KEK SARANG SEMUT...







KEK GULA HANGUS
sumber :    TeratakMutiaraKasih@linapg...




Bahan-Bahan :

4  biji  telur gred A
1  cawan  tepung gandum
2  sudu kecil  soda bikarbonate
1  sudu kecil  baking powder
1  cawan  gula pasir
1  cawan  air panas
2  sudu besar  butter/marjerin
1/4  cawan  susu pekat manis


Cara-Cara :

1.  Masukkan gula pasir ke dalam periuk, masak dengan api sederhana sehingga gula mencair dan bertukar menjadi gula hangus atau karamel berwarna keperangan.  Kemudian masukkan 1 cawan air panas perlahan-lahan.  Kacau sehingga gula cair.  Masukkan butter, biarkan butter cair, tutup api.  Sejukkan sebentar.

2.  Satukan tepung gandum, soda bikarbonate dan baking powder.  Ayak dan ketepikan seketika.

3.  Pukul telur menggunakan hand whisk (pukul macak buat telur dadar jer).

4.  Masukkan susu pekat manis ke dalam telur.  Pukul lagi sehingga sebati dan adunan nampak pucat.

5.  Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis.  Kemudian tuangkan air gula hangus ke dalam adunan tepung.  Kacau rata.

6.  Tuangkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 x 7 inci yang dilenser dengan mentega dan taburkan tepung pada seluruh bahagian yang disapu mentega tadi.  Ketuk keluar lebihan tepung.  (Adunan ni memang cair).

7.  Rehatkan adunan selama 20 minit supaya soda bikarbonate bertindak balas.  Sementara itu bolehlah dipanaskan oven (ikut suhu oven masing-masing) pada suhu 150'C.  Bakar api BAWAH selama 30 minit dan selebihnya API ATAS BAWAH sehingga kek betul-betul masak.  (Saya bakar selama 40 minit)...





Friday, December 21, 2018

BIRTHDAY BOY...







21/12/2018 (Jumaat)  Hari Jadi anakanda ku yang bongsu...



BASQUE BURNT CHEESECAKE...








BURNT CHEESECAKE
adapted from :    ponghongbakes.blogspot.com




Ingredients :

500  gm  Philadelphia cream cheese,  at room temperature
150-170  gm  caster sugar
200  ml  double cream/dairy whipping cream
4-5  eggs  (I use large eggs/grade A)
18-20  gm  plain flour


Instructions :

1.  Line the cake pan (8-inch springform pan) with baking paper and ensure that the paper extends about 2 inches above the rim of the pan (the cake will rise above the rim in the oven).

2.  Using an electric mixer, beat the cream cheese and sugar until creamy.

3.  Add eggs, one at a time, beating well after each addition.

4.  Add double cream and beat until well incorporated.

5.  Sift flour into the batter in 3 additions and use a spatula to fold until well mixed.  (I add 3-4 tablespoon chocolate chip, then fold it gently).

6.  Pour batter into the prepared pan, tap it a few times to release trapped air bubbles.

7.  Bake at 180'C (please adjust temperature according to your oven) for an hour or slightly more until the top of the cake is a deep brown colour.  Do not overbake or else the top will be too dark and it will taste bitter.  (Mine, I use 220'C upper and bottom heat for 30-35 minutes).  Chill for 6 hours before serving...





PORTUGESE EGG TART...


Tart shell siap beli di bakery...








PORTUGESE EGG TART
sumber :    siraplimau.com/you tube.com
kredit :    Faridah Ainuddin




Bahan-Bahan :

Puff pastry ready made  (jenama KAWAN) secukupnya atau readymade shell


Bahan Kastad :

4  biji  telur  (saya guna gred A)
Sedikit esen vanilla
150  ml  air
250  ml  susu full cream  (saya guna jenama Dutch Lady)
120  gm  gula kastor
1  sudu besar  tepung jagung


Cara-Cara :

1.  Canaikan manja kulit pastri, jangan nipis sangat.  Letakkan tepung sedikit biar tidak melekat.

2.  Potong pastri lebih besar dari acuan.  Sekeping pastri boleh buat 5 biji tart.  Lebihan tepi-tepi itu masih boleh diguna, bulatkan kemudian canai semula.

3.  Masukkan pastri ke dalam acuan muffin, tekan-tekan bagi rapat ke dinding.  Jangan bagi ada gelembung udara.  Lebihan yang terkeluar dari acuan potong, lalukan dengan pisau.  Ketepikan seketika.  Panaskan oven sementara kita buat kastad.

4.  Bahan untuk kastad tadi campurkan semua.  Kacau sebati.  Adunan kastad tadi ditapis dahulu kemudian tuangkan ke dalam acuan.  Bakar pada suhu 200'C selama 40 minit hingga masak keperangan...