KEK PISANG

Wednesday, April 24, 2019

SIMPLE CHEESE CAKE ...










SIMPLE CHEESE CAKE
sumber :    Insta@aneka_resep_rumahan
by@koleksiresepsj
hasil :   12




Bahan A :

125  gm  margarin
50  gm  gula pasir
4  kuning telur  (saya pakai gred A)
120  gm  tepung terigu
20  gm  tepung maizena
25  ml  susu cair
1/4  sdt  vanilli bubuk
50  gm  keju cheddar parut


Bahan B :

3  putih telur
50  gm  gula pasir
1/4  sdt  garam


Taburan :   50 gm  keju cheddar parut


Cara-Cara :

1.  Bahan A :   Mixer margarin dan gula pasir sebati, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus  dimixer sebati.  Masukkan tepung terigu, tepung maizena, susu cair, vanilli bubuk.  Mixer speed rendah.  Masukkan keju parut, aduk rata dengan spatula.

2.  Bahan B :   Mixer putih telur dan garam kemudian masukkan gula pasir secara bertahap, mixer sampai mengembang.

3.  Masukkan bahan B ke dalam bahan A secara bertahap sambil diaduk balik sampai habis putih telur.

4.   Tuang adonan ke dalam cup sampai 3/4 penuh, beri taburan keju parut.  Oven/bakar 40 menit dengan suhu 180'C api bawah, terakhir pindah api atas sebentar  (anggaran 10 menit).

KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE ...










KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE
sumber :    MaDiHa & Azie Kitchen...




Bahan-Bahan :

5  keping  ikan tenggiri  ~  jika guna kepala ikan lagi sedap
5  sudu besar  serbuk rempah kari ikan  ~  jenama Alagappas atau Babas (saya guna jenama Adabi)
2  sudu besar  cili kisar/cili serbuk
2  tangkai  daun kari  ~  jangan leraikan
1  sudu kecil  halba campur
Air asam jawa, lebihkan sedikit  ~  atau  1 sudu besar  pes asam jawa Adabi
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Minyak masak


Bahan Kisar :

1  biji  bawang besar
4  ulas  bawang merah
4  ulas  bawang putih
1  sudu kecil  serbuk lada hitam


Bahan Mayang :

1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
3  tangkai  cili padi  ~  potong kecil


Bahan Rampai :

Terung  ~  belah tengah; atau Kacang bendi  (saya tak letak sebab tiada)
Cili hijau
Buah tomato  ~  belah dua


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali/periuk dan masukkan cili padi yang dipotong.  Masukkan halba campur dan bahan-bahan yang dimayang.  Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan kisar.

2.  Kemudian masukkan rempah kari ikan.  Masukkan 2 tangkai daun kari.  Jangan diceraikan daun sebab batang daun kari akan memberi aroma yang sedap pada kari.

3.  Masak sehingga hilang bau rempah.  Masukkan air jika rempah nampak kering.

4.  Setelah rempah dah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yang ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai.  Masukkan garam secukupnya.

5.  Setelah mendidih, masukkan ikan, bahan-bahan rampai.  Masak sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur.  Rasakan apa yang kurang dan bolehlah ditambah.

Monday, April 22, 2019

EASY CUSTARD PUFF ...












EASY CUSTARD PUFF
adapted from :    anncoojournal.com
serves :    6




Ingredients :

2  sheets  frozen puff pastry and thaw in the fridge  (I use as in the picture above)
2  tbsp.  custard powder
1  cup  fresh milk  (225 ml)
2  tbsp.  sugar
1  tsp.  vanilla extract


Method :

1.  Preheat oven to 200'C.  Grease a 6 hole muffin pan with little butter.

2.  Cut pastry to 4 inches x 4 inches square or round with a cutter/knife.  Then insert each into prepared pan and prick the base with a fork.  Place the pan with pastry back to the fridge for later use.

3.  Place custard powder and sugar in a small saucepan.  Add little milk to form a paste.  Pour in the remaining milk, whisking until combined.  Heat on low, stirring constantly until thick.  Remove from heat, add vanilla extract, stir until combined and let cool slightly.

4.  Take out the prepared pan with pastry from the fridge and fill in custard evenly.  Place the pan in the center rack of the oven and bake for 15-20 minutes, until puffed and golden.

5.  Cool custard puff in pan.  Serve as it is or you may like to top with some fresh of your choice (eg. strawberries, blueberries, raspberries etc).  (I top with strawberry compote).

PASTRY PUFF SOSEJ ...






PASTRY PUFF SOSEJ
sumber :    resipicitarasawan...




Bahan-Bahan :

1  paket  square pastry puff jenama KAWAN
1  paket  sosej  ~  potong 2 setiap satu
Parutan keju cheddar secukupnya  (saya guna parsley kering & chilli flakes)


Sapuan :

1  kuning telur + sedikit air & susu sejat


Cara-Cara :

1.  Lembutkan sebentar pastry puff pada suhu bilik.  Potong 2 1/2 inci x 2 1/2 inci setiap satu.

2.  Ambil satu keping dan letakkan 1 keratan sosej ditengahnya.  Tabur dengan serbuk lada hitam, jika suka.

3.  Temukan kedua-dua bucu pastry ditengah, tekan sedikit supaya melekat.  Sapu permukaan dan tepinya dengan kuning telur.

4.  Taburkan parutan keju ditengahnya atau ikut citarasa.  Bakar pada suhu 180'C selama 15 minit hingga masak keperangan.  Pasang kipas oven (jika ada) supaya garing dan masak sekata.

Sunday, April 21, 2019

CHURROS ...










CHURROS
sumber :    Insta@waktunyamemasak
kredit :    @yunitaanwar




Bahan-Bahan :

100  gm  mentega asin
250  ml  air
1  sdm  gula pasir
150  gm  tepung terigu@all purpose flour
1  sdt  vanilli
3  butir  telur ayam  (saya guna gred A)
Minyak masak untuk menggoreng
Gula pasir halus *
Bubuk kayu manis *  ( * gaul sebati )


Cara-Cara :

1.  Lelehkan mentega asin, air, gula pasir dalam panci sampai larut.

2.  Masukkan tepung terigu dan vanilli, aduk sampai adonan rata dan menggumpal.  Matikan api tunggu dingin.

3.  Masukkan telur satu persatu, aduk sampai rata, pindahkan ke piping bag yang sudah diberi spuit bintang.

4.  Panaskan minyak goreng, semprotkan adonan ke dalam minyak.  Goreng churros hingga kuning kecoklatan.  Angkat dan sisihkan.

5.  Kemudian gulingkan churros ke dalam gula halus dan bubuk kayu manis selagi panas.
6.  Siap disajikan.


Bahan Sos Coklat :
sumber :    Chef Norzailina Nordin

200  gm  coklat masakan  ~  dicincang
100  ml  krim putar
100  ml  susu segar
3  sudu besar  sirap kencana


Cara-Cara :

Kacau semua bahan di atas api perlahan sehingga coklat larut.