Friday, May 24, 2019
IKAN TENGGIRI MASAK CUKA ...
IKAN TENGGIRI MASAK CUKA
sumber : salamisimon1.blogspot.com
Bahan-Bahan :
4 keping ikan tenggiri ~ lumur dengan sedikit garam & serbuk kunyit ~ goreng hingga masak, ketepikan
10 ulas bawang putih kecil ~ kupas & biarkan sebiji-sebiji
2 labu bawang besar ~ potong baji
3 cm halia muda ~ hiris halus
10 biji cili padi
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan hirisan timun yang dibuang empulur
1 cawan hirisan lobak merah
3 sudu besar cuka makan
3/4 cawan air
1/2 sudu besar perencah Maggi Cukup Rasa
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan 4 sudu besar minyak bekas gorengan ikan tadi.
2. Tumis bawang putih, bawang besar bersama halia hingga wangi dan bawang layu.
3. Masukkan biji sawi, cili padi, lobak merah, timun dan serbuk kunyit.
4. Gaul sebati dan kemudian tambahkan air.
5. Apabila air mula mendidih, masukkan ikan tenggiri yang digoreng tadi, perencah Maggi Cukup Rasa dan cuka makan.
6. Biarkan mendidih seketika dan kemudian sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Padamkan api dapur.
7. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit supaya semua perasa meresap sebelum dihidangkan bersama nasi panas.
Labels:
Ikan
BROKOLI GORENG SOS TIRAM ...
BROKOLI GORENG SOS TIRAM +
TAUHU TELUR
sumber : Insta/resepisedap...
kredit : Mazliza Ahmad
Bahan-Bahan :
Brokoli secukupnya ~ potong-potong ikut suka
1 paket putik jagung ~ dipotong dua (saya tambah)
2 paket tauhu telur ~ potong ikut suka & goreng
1 biji bawang besar ~ hiris
4 ulas bawang putih ~ hiris/cincang
1 biji cili merah ~ hiris serong
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kicap manis
1 sudu teh tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
Garam & perasa secukupnya
Sedikit air
Minyak masak
Cara Memasak :
Dalam kuali, panaskan sedikit minyak masak.
Tumis bahan hiris sehingga wangi.
Masukkan tauhu yang siap digoreng tadi.
Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau sebati.
Masukkan garam, perasa secukupnya dan sedikit kicap. Kacau sebati.
Masukkan brokoli, putik jagung dan hirisan cili merah. Biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan air bancuhan tepung jagung.
Kacau sekejap, tutup api. Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Sayur
Wednesday, May 22, 2019
KUIH BAKAR YANG SANGAT SEDAP ...
KUIH BAKAR YANG SANGAT SEDAP & LEMBUT
sumber : Azie Kitchen ...
Bahan-Bahan :
2 cawan gula pasir
2 cawan jus pandan (7 helai daun pandan + 4 helai daun limau purut dikisar bersama air & ditapis)
2 cawan santan
2 cawan tepung gandum
6 biji telur (saya guna gred A)
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
Garam
Pewarna hijau
Bijan secukupnya
Minyak masak
Cara-Cara :
1. Satukan semua bahan kecuali bijan dan minyak masak dan kacau menggunakan whisk. Kemudian ditapis.
2. Panaskan loyang di atas dapur (saya guna acuan pecah 8). Masukkan minyak dan bijan secukupnya. Tuangkan adunan dalam 3 senduk atau lebih kurang 300 ml).
NOTA : Satu cara lagi ialah bijan ditabur selepas adunan hampir mengeras bagi memastikan bijan tidak tenggelam. Selepas ditabur, boleh dipindahkan ke dalam oven.
3. Biarkan adunan agak mengeras dan sedikit keperangan, baru dipindahkan loyang ke dalam oven dan bakar sehingga masak mengikut garing yang disukai.
(NOTA : Saya bakar antara 30-35 minit pada suhu 180'C).
Adunan menghasilkan : 5 biji kuih bakar
1/2 adunan menghasilkan : 3 biji kuih bakar
Labels:
Kuih-muih
KUIH SAGU@SAGU BRONOK ...
KUIH SAGU@SAGU BRONOK
sumber : resipicitarasawan ...
Bahan-Bahan :
1 cawan sagu halus (saya guna yang warna hijau)
2 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu besar sirap Rose (tak letak)
2 helai daun pandan ~ disimpul
Sedikit pewarna hijau (saya tambah)
1/2 cawan kelapa parut putih + sedikit garam = kukus sebentar
Cara-Cara :
1. Siram sagu dengan air dan toskan.
2. Masak air sehingga mendidih, masukkan sagu, kacau supaya tidak berketul.
3. Kacau sehingga sagu separuh masak. Masukkan daun pandan, gula dan pewarna, kacau sehingga sagu menjadi likat. Keluarkan daun pandan.
4. Masukkan ke dalam acuan/loyang 8 inci yang dibasahkan terlebih dahulu. Kukus selama 10 minit sehingga sagu menjadi jernih.
5. Sejukkan dahulu di dalam peti sejuk selama 4 jam atau lebih supaya senang dipotong.
6. Potong dan gaulkan dengan kelapa parut.
INFO :
1. Sagu boleh dimasak terus dari dapur tanpa mengukusnya. Kacau sehingga semua sagu menjadi jernih.
2. Gula dimasukkan kemudian supaya sagu senang masak.
3. Loyang dibasahkan untuk mudah dikeluarkan.
Labels:
Kuih-muih
APAM GULA HANGUS ...
APAM GULA HANGUS
sumber : Surianti Ramli
Bahan Gula Hangus :
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega
*** Panaskan gula pasir dalam kuali sehingga cair keperangan. Kemudian tuangkan air panas perlahan-lahan. Masak sehingga mendidih dan gula sebati dengan air. Masukkan mentega dan biarkan seketika sehingga mentega larut. Matikan api dan sejukkan.
Bahan Ayak : (Satukan)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
Bahan Lain :
2 biji telur (saya guna gred A)
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar susu pekat manis
Secubit garam
*** Satukan bahan-bahan ini dan whisk sehingga sebati.
Cara-Cara :
1. Satukan bahan gula hangus, bahan ayak dan bahan lain dalam mangkuk besar.
2. Gunakan whisk dan whisk sehingga sebati.
3. Panaskan periuk kukusan, balut tudung periuk dengan kain bersih untuk mengelakkan air menitis di atas kuih.
4. Gunakan berus kecil dan sapu acuan dengan sedikit minyak. Sudukan adunan sehingga memenuhi 3/4 bahagian acuan.
5. Kukus selama 20 minit, api sederhana. Bila masak, terbalikkan acuan dan kuih apam akan tanggal sendiri.
Labels:
Apam
Subscribe to:
Posts (Atom)
