Friday, December 20, 2019
TELUR MASAK KICAP ...
RESIPI TELUR MASAK KICAP
sumber : FB@nazreen ...
Bahan-Bahan :
4-5 biji telur ~ goreng mata kerbau
2 biji bawang besar ~ hiris
2 tangkai cili merah ~ hiris
2 ulas bawang putih ~ ketuk
1 inci halia ~ hiris
Sedikit daun sup
Kicap manis secukupnya
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada sulah
Minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan-bahan yang dihiris tadi hingga berbau harum.
2. Campurkan 3 sudu besar kicap manis, garam dan serbuk lada sulah secukup rasa.
3. Campurkan sedikit air dan biarkan menggelegak sebentar.
4. Angkat dan taburkan daun sup.
5. Sedia dihidangkan.
Labels:
Telur
Thursday, December 19, 2019
ROTI MAROKO GORENG DENGAN KAYU MANIS ...
ROTI MAROKO GORENG
DENGAN KAYU MANIS
sumber : Majalah Sedap 2015/bil 90
Bahan-Bahan :
1 ketul roti Perancis
1 biji telur (me : gred A)
200 ml susu cair (me : susu segar)
1/4 sudu teh esen vanilla
50 gm gula pasir
1 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh serbuk pala
100 gm mentega ~ untuk menggoreng
Cara Membuat :
1. Potong roti menyerong setebal 1 1/2 cm, ketepikan.
2. Pukul ringan telur hingga rata, masukkan susu cair dan esen vanilla sedikit demi sedikit sambil dikacau rata, ketepikan.
3. Panaskan mentega, masukkan roti yang telah dicelup ke dalam campuran susu.
4. Goreng sehingga masak dan kecoklatan.
5. Kacau rata gula pasir, serbuk kayu manis dan serbuk pala.
6. Gulingkan roti di atas campuran tadi, hidangkan.
Pesan Sedap!
Supaya kayu manis beraroma lebih tajam, boleh gunakan ketulan kayu manis yang ditumbuk dan diayak.
Labels:
Roti
CHURROS PANDAN ...
CHURROS PANDAN
sumber : cookpad.com
by : Haya Gulam
Bahan-Bahan :
150 gm terigu serbaguna
1 sdm gula pasir
2 butir telur (kocok lepas) (me : pake gred A)
1/4 sdt pasta pandan
250 ml air
1/4 sdt garam
50 gm butter
Langkah :
1. Rebus air bersama butter dan gula sampai mendidih, beri pasta pandan aduk rata, masukkan terigu yang sudah dicampur garam, aduk cepat sampai kalis, matikan api.
2. Setelah adonan hangat masukkan telur sambil di mixer, masukkan adonan ke dalam plastik segitiga, pasang spuit bintang, potong ujungnya.
3. Panaskan minyak goreng dalam wajan datar, semprotkan adonan sepanjang yang diinginkan, potong adonan dengan gunting, goreng dengan api kecil sampai matang, angkat tiriskan.
4. Sajikan Churros Pandan dengan susu kental manis coklat atau taburan gula halus.
Sos Kastad Coklat
sumber : Majalah RASA Julai 2019
Bahan-Bahan :
100 ml susu segar
50 gm gula
20 gm tepung kastad
100 gm coklat Beryl 'Coin'
Cara-Cara :
Didihkan susu segar dan masukkan tepung kastad yang telah dicampur air.
Masukkan gula dan coklat 'coin' sehingga cair dan pekat.
Siap !!! untuk dihidangkan.
Gula + Serbuk Kayu Manis : (disatukan)
50 gm gula kastor
6 gm serbuk kayu manis
Labels:
Kue Indonesia
SARDIN TIN MASAK LEMAK CILI PADI ...
SARDIN TIN MASAK
LEMAK CILI PADI
sumber : Majalah RASA Oktober 2016 ...
Bahan-Bahan :
1 tin sardin saiz besar
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
7-10 biji cili padi
1 batang serai
1 helai daun kunyit
250 ml santan
3 biji ubi kentang
1 biji tomato (saya tambah, belah 4)
2 inci halia
1 inci kunyit hidup
2 keping asam gelugur
300 ml air
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Kisar bawang merah, bawang putih, serai, halia dan kunyit hidup. Ketepikan.
2. Panaskan periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar tadi hingga berbau wangi. Masukkan air kira-kira 300 ml. Setelah mendidih, masukkan santan, garam dan daun kunyit, kecilkan api.
3. Masukkan kentang dan setelah kentang sedikit lembut/empuk, masukkan cili padi dan ikan sardin dengan sosnya sekali. Biarkan sekitar 5 minit, kemudian masukkan tomato. Biarkan tomato sedikit layu, matikan api dan angkat.
4. Boleh hias dengan sedikit hirisan daun limau purut sebelum dihidangkan. Sedia dinikmati.!!!
Labels:
Ikan
KARI AYAM ...
RESIPI KARI IKAN
Bahan-Bahan :
1/2 cawan minyak masak (100 ml)
2 cm kulit kayu manis
4 helai daun kari
1 biji bawang besar ~ dihiris
4 biji bawang putih ~ dihiris
1 sudu teh halba campur
1 peket serbuk kari ikan Adabi *
3 biji bawang merah * ~ ditumbuk ( * dibancuh dengan 1/2 cawan air untuk dijadikan pes )
3 cawan air (600 ml)
1 sudu makan asam jawa (dilarutkan dengan 1/2 cawan air)
600 gm ikan pilihan
1/4 cawan santan pekat (60 ml)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
2. Tumiskan halba campur, kulit kayu manis, hirisan bawang besar, hirisan bawang putih dan daun kari. Tumis hingga kekuningan dan naik aroma.
3. Masukkan bancuhan pes Kari Ikan Adabi.
Peringatan : Tumis selama 10 minit sehingga minyak pecah dengan menggunakan api kecil.
4. Kemudian masukkan air (3 cawan), larutan asam jawa dan ikan. Biarkan masak selama 10-15 minit menggunakan api sederhana besar sehingga mendidih.
5. Kecilkan api. Masukkan santan pekat dan garam secukup rasa. Biarkan masak selama 10 minit dan sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Ayam
Subscribe to:
Posts (Atom)