KEK PISANG

Sunday, February 23, 2020

FLUFFY PANCAKE VS FLUFFY KAYA BALL ...









FLUFFY PANCAKE VS
FLUFFY KAYA BALL
sumber :    FB@Aznie Khasri
kredit :    Shima Jamaah@Norusmila Nordin 




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
2  sudu teh  baking powder
Secubit garam
2  sudu besar  gula halus/gula kastor
3/4  cawan + 2 sudu besar  susu kotak Full Cream
1  biji  telur gred A   ~  dikocok
2  sudu besar  mentega   ~  dicairkan
1  sudu teh  esen vanilla
Sedikit minyak untuk sapu pada pan


Cara-Cara :

Satukan bahan-bahan kering, ketepikan.
Dalam bekas yang lain, satukan susu segar, mentega cair, telur dan esen vanilla.  Gaul rata.
Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering dan gaul setakat rata/sebati jer, jangan 'overmix'.  Jika ada sedikit ketulan-ketulan tepung tidak mengapa.  Biarkan/rehatkan batter selama 15 minit.
Panaskan non-stick pan kecil, api mesti kecil sekali dan tidak perlu sapu minyak.
Tuangkan batter (anggaran sesenduk kecil) dan biarkan sehingga pancake naik gebu dan keperangan.
Terbalikkan dan biarkan sehingga masak.
Angkat, hidangkan dengan mentega, madu atau apa-apa saja yang disukai.


Untuk Versi Kaya Ball :

Panaskan acuan bahulu/cara.  Sapu acuan dengan sedikit mentega.  Bubuh sedikit adunan batter, bubuh kaya (saya guna Nutella & jem) dan tutup lagi dengan adunan batter.
Tutup acuan dengan penutup periuk.  Masak sehingga ia masak.
Angkat, sedia dihidangkan.  (sangat sedap & lembut).
SIAP !!!





Saturday, February 22, 2020

APAM MEKAR YANG SEDAP ...










RESIPI APAM MEKAR YANG
SEDAP & GEBU
sumber :    www.rasa.my
kredit :    FB@Mas Cotek




Bahan-Bahan :    (16 pcs)

1  biji  telur gred A
100  gm  gula pasir
125  gm  tepung gandum
100  ml  susu segar
1  sudu teh  ovalette
1  sudu teh  esen vanilla
Pewarna yang disukai secukupnya


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan (kecuali pewarna) di dalam mangkuk adunan.

2.  Pukul guna kelajuan tinggi anggaran 10 minit sehingga adunan menjadi kembang dan gebu.

3.  Ambil sedikit adunan dan warnakan ikut warna kegemaran.  Ketepikan.

4.  Ambil acuan apam.  Jika tiada, guna acuan lompang pun boleh.  Susun cawan kertas di dalamnya.

5.  Sudukan@picit adunan asal (adunan yang tidak diwarnakan) sehingga memenuhi 1/2 cawan kertas.

6.  Kemudian sudukan@picit pula adunan berwarna.  Isi sehingga penuh acuan (lebih mudah jika menggunakan piping bag).

7.  Panaskan kukusan.  Kukus Apam Mekar menggunakan api besar selama 15-20 minit.

8.  Angkat dan sedia untuk dihidangkan.


NOTA :

~   Lapik penutup kukusan menggunakan aluminium foil@kain supaya air tidak menitis di atas apam.
~   Untuk satu adunan ini, akan dapat 16 biji apam (mungkin berbeza ikut saiz acuan).

AYAM SAMBAL DAUN KARI ...









AYAM SAMBAL DAUN KARI
sumber :    www.rasa.com.my@Ogos 2018...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  digaul dengan garam, kunyit & digoreng sehingga masak
6  sudu makan  cili kisar
1  sudu makan  asam jawa   ~  dicampur dengan 1/2 cawan air
1  biji  bawang besar   ~  dipotong bulat
2  batang  serai   ~  dititik
3  tangkai  daun kari
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Bahan Tumbuk :

1  biji  bawang besar
3  ulas  bawang putih


Cara Memasak :

1.  Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali.
2.  Tumis bahan tumbuk, serai dan daun kari sehingga berbau wangi.
3.  Masukkan cili kisar.  Tumis sehingga pecah minyak dan agak garing.
4.  Masukkan air asam jawa.  Biarkan mendidih.
5.  Masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.  Gaul rata.
6.  Masukkan ayam yang sudah digoreng tadi, gaul rata sehingga bawang besar layu.
7.  Tutup api.  Hidangkan.

Thursday, February 20, 2020

BABY BREAD PUDDING ...








BABY BREAD PUDDING
sumber :    seripayaku ...




Bahan-Bahan :    (6 keping)

2  keping  roti putih
2  sudu besar  tepung jagung
3  sudu besar  gula halus
100  ml  susu cair
1  biji  telur gred A
1  biji  putih telur gred A
1-2  titik  esen vanilla
Sedikit buah-buahan campuran/kismis/kurma atau lain-lain ikut selera
Sedikit gula aising untuk tabur atas pudding  (optional)
Mangkuk muffin   ~  disapu marjerin


Cara-Cara :

1.  Roti di siat-siat kecil atau dipotong 1 inci persegi.

2.  Tepung jagung, gula, susu cair, telur dan esen vanilla dikacau sehingga sebati.

3.  Masukkan roti dan buah-buahan campur (saya bubuh kismis) ke dalam mangkuk muffin.

4.  Tuangkan campuran susu sambil ditekan-tekan roti supaya meresap.  Buat sehingga habis.

5.  Susun mangku-mangkuk muffin berisi pudding atas dulang pembakar, tabur sedikit kranberi kering, jika suka.

6.  Bakar sehingga masak kecoklatan.   (saya :  suhu 170'C anggaran selama 30 minit, bergantung pada oven masing-masing).

7.  Biarkan pudding seketika dan keluarkan dari mangkuk muffin (hati-hati sebab masih panas).  Ketika menghidang, taburkan gula aising dan lorek dengan sedikit Nutella di atas pudding, jika suka.





PUDING CARAMEL ...








PUDING CARAMEL
CARA CIK DAYANG
sumber :    FB ...




Bahan Caramel :

100  gm  gula kastor
100  gm  air panas


Bahan Pudding :

5  biji  telur gred A
250  gm  fresh milk Full Cream
250  gm  Whipping Cream Anchor 'Dairy'
90  gm  gula + secubit garam  (nak bagi rasa lemak)
Sedikit esen vanilla


Cara-Cara :

Panaskan gula sehingga keperangan (kacau selalu dengan senduk kayu).  Dah nampak keperangan, perlahankan api, tuangkan air panas, kacau sehingga gula larut.  Tuangkan ke dalam acuan aluminium foil (gambar seperti di atas).  Biarkan gula@caramel sejuk sedikit baru bancuh Bahan Pudding.


Untuk Bahan Pudding :

1.  Satukan semua bahan, pukul dengan whisk tangan perlahan-lahan sekejap sahaja sehingga telur dan gula larut.  (Jangan kacau@pukul lama nanti berbuih berlubang-lubang pula, tak cantik).

2.  Tapis dan tuangkan ke dalam aluminium foil yang ada caramel tadi.

3.  Bakar dengan teknik 'steam-bath' dalam oven suhu 150'C - 160'C selama 1/2 jam (bergantung pada oven masing-masing).

4.  Dah masak, sejukkan di dalam chiller baru sedap dinikmati.
SIAP !!!