KEK PISANG

Saturday, April 25, 2020

CREAM PUFF !



24/4/2020 (Jumaat) Tempahan semalam,
Cream Puff (25 pcs) dari jiran.

KARI TELUR ...









KARI TELUR DENGAN 
KACANG BUNCIS
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

6  biji  telur yang sudah direbus
Kacang buncis   (tak letak sebab tiada stok)
3-4  tangkai  cili hijau   ~  hiris atau belah 2 tak putus
4  tangkai  cili padi
1  biji  buah tomato   ~  dibelah 3 atau 4
4  biji  bawang merah   ~  hiris
4  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  pelepah  daun kari
1  batang  kulit kayu manis
1  pek kecil  rempah kari daging
1  kotak  santan kotak
1  sudu besar  kerisik
1  sudu besar  sos tiram   ~  bancuh dengan sedikit air
1/2  sudu kecil  pes asaj jawa Adabi
Garam
Sedikit gula
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis kayu manis, bawang merah dan bawang putih yang dihiris serta daun kari sehingga naik bau.  Masukkan rempah kari dan kacau rata dengan cepat sehingga naik bau.  Masukkan sedikit air dan masak lagi sehingga terbit minyak.

2.  Masukkan air secukupnya sehingga mendidih.  Masukkan santan dan kacau rata.

3.  Masukkan telur yang sudah siap direbus, kerisik, sos tiram, pes asam jawa, garam dan gula.  Kacau rata.

4.  Setelah mendidih dan terbit minyak, masukkan buah tomato, cili hidup dan kacang buncis (jika guna).

5.  Kacau seketika dan bolehlah ditutup api supaya kacang buncis tidak terlebih masak.
SIAP !

Friday, April 24, 2020

SALAM 1 RAMADAN & SALAM JUMAAT AL MUBARAK !








RESIPI TEPUNG PELITA
sumber :    FB@Kuali Mama
kredit to :    wan nurul hidayah
(14 bekas dadih)


Versi tak perlu dikukus, tak perlu daun pandan, guna apa ada dirumah sahaja sempena PKP (kes corona virus)...


Bahan Adunan Hijau :

1  cawan  gula kastor/gula pasir
1  cawan  tepung beras   (cap apa sahaja selain cap 5 ekor gajah, saya guna Cap Teratai)
4  cawan  air
1  sudu besar  pewarna hijau epal


Cara-Cara :

Satukan semua bahan adunan hijau di dalam periuk, kacau dulu bagi sebati, kemudian baru masak dengan api sederhana sampai pekat.  Sentiasa dikacau agar tidak hangit.  Kemudian terus masukkan panas-panas ke dalam acuan kecil-kecil untuk senang ketika hendak makan.


Bahan Adunan Putih :

4 atau 5  sudu besar  tepung beras
200 - 250  ml  santan kotak
3  cawan  air
1  sudu kecil  garam


Cara-Cara :

Sama seperti di atas.  Bila dan pekat/ada buih besar meletup-letup, tutup api dan bolehlah dituangkan di atas lapisan hijau.  Tuang panas-panas.
SIAP !


Tambahan :    Blendkan 2 sudu besar gula pasir jadikan gula hancur.  Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan adunan hijau yang dah siap masak tadi.  Jadi sedap dimakan bila gula tu cair bila adunan hijau yang panas diletakkan.


TIPS !   Kacau berterusan.  Jangan berhenti nanti berketul-ketul (tak cantik) dalam 10-15 minit dah pekat dah.





KELAS PJJ !!!



Cream Puff :   hasil dari Kelas PJJ Fara Sulaiman...




IKAN BERLADA ...









RESIPI IKAN BERLADA HIJAU





Bahan-Bahan :

2  keping  ikan pari atau ikan pilihan   ~  dipotong, cuci bersih & toskan
1  labu  bawang besar   ~  dihiris bulat & leraikan
5  biji  limau kasturi   ~  diperah ambil jusnya
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit
Minyak masak


Bahan Dikisar :

6  tangkai  cili hijau
5  tangkai  cili padi
3  ulas  bawang putih
3  ulas  bawang merah


Cara Memasak :

1.  Ikan dibersihkan.  Kemudian lumurkan garam dan kunyit.
2.  Goreng ikan sehingga garing.  Angkat dan ketepikan.
3.  Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
4.  Masukkan garam dan bawang besar.  Kacau rata sehingga bawang sedikit layu.
5.  Tutup api dan tuangkan jus limau.  Kemudian kacau lagi.
6.  Angkat dan tuangkan di atas ikan. 
7.  Sedia dihidangkan.