KEK PISANG

Saturday, June 25, 2011

Kelas Cupcake with Flower Buttercream dgn. Chepahcutecakes (Sharifah Hashimah - TQVM)
Cupcake Carrot Walnut with Cream Cheese Frosting (23/6/2011 - Khamis)
Kelas Cupcake Sugarpaste Figurine dgn. Gula dan Mentega (Mazita Mahat - TQVM)

Sunday, June 19, 2011

KEK KUKUS KEJU LAPIS (9 inci)


bahan-bahan: 250 gm tepung gandum (diayak)
  • 7 biji telur A pd suhu bilik (diasingkan putih dan kuningnya)
  • 250 g gula halus (dibahagi dua)
  • 2-3 sb susu pekat manis
  • 300 g mentega (pada suhu bilik)
  • 260 g krim keju (pada suhu bilik)
  • 260 ml krim putar / whip cream
  • sedikit pandan emulco/pes pandan
  • sedikit coklat emulco / pes coklat/ cofee emulco (DJ guna 1 sb serbuk koko + 1 sk cofee emulco)
  • sedikit esen vanilla
cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
  2. Pukul putih telur hingga berbuih. Kemudian masukkan 1/2 daripada gula halus sedikit demi sedikit dan pukul hingga kental. Ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk pengadun yang lain, pukul mentega, keju dan susu pekat hingga gebu. Kemudian masukkan lebihan gula tadi dan putar lagi hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur satu persatu sambil diputar perlahan.
  5. Kemudian, satukan adunan dengan meringue tadi dan sebatikan.
  6. Masukkan krim putar dan tepung secara berselang seli hingga habis. Putar lagi hingga rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Setiap bahagian dicampurkan dengan pes pandan, pes coklat/coklat emulco+coffee emulco, dan pewarna kuning+esen vanilla (boleh juga menggunakan pewarna/pes yang lain mengikut kegemaran masing-masing). Kemudian setiap adunan tadi dibahagikan lagi menjadi dua bahagian.
  8. Tuangkan lapisan hijau ke dalam loyang dan ratakan. Tutup loyang dengan kertas foil tetapi biarkan ia longgar sedikit. Kemudian kukuslah selama 10 minit atau hingga adunan dah tak cair.
  9. Tuangkan lapisan kedua (kuning), dan kukus lagi selama 10-12 minit. Seterusnya lapisan ketiga. Ulangi proses hingga habis. Setelah ke lapisan terakhir, kukuslah selama lebih kurang 20-30 minit atau sehingga kek masak sempurna.
  10. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang.
Catatan: Pewarna ikut suka. Saya guna warna yang saya sukai.
Sumber : blog Dayang Jack - tqvm.

HAPPY BAKING

KEK KUKUS KEJU LAPIS
KEK CHIFFON COKLAT LEMBAB (sumber dari buku 'Wendy Kor'

Kek ini sudah dicuba. Ianya amat sedap dan gebu sekali. Selama ini saya cuba dengan mengguna acuan chiffon tapi kali ini dengan loyang biasa ukuran 9 inci. Tidak dapat sertakan resepinya disini kerana malas nak taip. Resepinya terlalu panjang. Harap maaf.
KEK CHIFFON COKLAT LEMBAB
Kek Chiffon Marble Mocha Pandan

Thursday, June 16, 2011

KEK KASTAD PANDAN (8")
sumber : Yatiememories (cantik & sedap - tqvm)

Kek ini dah lama tidak buat jadi pembuatan kali ini tidak berapa menarik. Akan cuba buat lagi dilain kali sampai ianya terhasil dengan menarik.
PUDING TEMBIKAI


1 paket serbuk agar-agar (10 gm)
2 1/2 tbsp. tepung kastad
2 keping roti gardenia
4 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
2 tbsp. butter
1 tsp. vanilla
Cincau dipotong kecil-kecil kiub sebagai biji tembikai ATAU
sedikit adunan agar-agar campur chocolate emulco - bekukan dan potong dadu
sedikit pewarna merah & hijau

Masak agar-agar, gula dan air hingga hancur. Sementara itu satukan susu cair, susu pekat, tepung kastad dan roti lalu dikisar hingga halus. Masuk dalam bahan agar-agar tadi. Masukkan juga vanilla dan butter. Kacau hingga mendidih dan pekat. Tutup api.
1 cawan warnakan hijau untuk kulit tembikai. Tuang dalam loyang dan biar keras sedikit. Kemudian ambil 3/4 cawan warna asal dan tuang atas lapisan hijau. Biar keras sedikit. Sementara warna selebihnya warnakan merah dan curah atas lapisan asal tadi. Tabur potongan cincau atau agar-agar coklat sebagai biji tembikai.
Biar sejuk dalam peti ais. SELAMAT MENCUBA.

Acuan : loyang 7 inci
Sumber : dari Yatiememories (sedap & cantik, tqvm).

Monday, June 6, 2011

ORANGE MARBLE CHIFFON CAKE

ORANGE MARBLE CHIFFON CAKE


Bahan (A) : 6 biji kuning telur
2/3 cawan minyak jagung
2/3 cawan susu segar
1/2 tsp garam halus
3/4 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum ) ayak
2 tsp baking powder ) bersama

Pukul kuning telur, garam & gula sebentar atau hingga sebati. Masuk minyak & susu segar dan kacau lagi. Masuk tepung & b. powder - gaul sebati dan ketepikan dulu.

Bahan (B) : 6 biji putih telur
1/2 cawan gula pasir/gula kastor
1 tsp. cream of tartar

Bahan (C) : 2 tbsp. orange emulco

Bahan B : putih telur & cream of tartar dipukul hingga agak berbuih dan masuk gula sedikit demi sedikit hingga kental. Kemudian masukkan ke dalam adunan bahan (A) sedikit demi sedikit sambil kaupbalikkan dengan spatula dengan rata & sebati. (Jgn terlebih gaul).
Kemudian bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian tambah orange emulco & satu bahagian lagi biar plain. Tuang dalam loyang secara berselang-seli hingga habis & bakar.

Suhu : 175 celcius - 50 minit
Tray : 9 inci (loyang chiffon)

Setelah masak keluarkan dari oven & telangkupkan selama lebih kurang 10 minit barulah diterbalikkan. Sejukkan sepenuhnya dan bolehlah dikeluarkan dari acuan.

SELAMAT MENCUBA.

Sumber : Yatiememories (thanks for this recipes. It's delicious)
3/6/2011 (Friday) Apam Dot Dot - tempahan dari rakanku Pn. Yanti.
Apam Dot Dot warna kuning hijau
3/6/2011 (Friday) - Apam Bengawan Solo - tempahan dari Pn. Yanti & Pn. Mariam
Chocolate cake tempahan dari rakan Fatin.
.
Cheesetart with rapsberry filling - makan-makan untuk Fatin & rakan sempena hari terakhir practical.