APAM NESCAFE
APAM NESCAFE (menghasilkan anggaran : 43 biji, papercup No. 8
resepi asal : Citarasahanaz
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
(A) 2 paket kecil Nescafe segera (3 in 1)
1 cawan air panas
(B) 250 gm tepung gandum
2 tsp. baking powder
(C) 2 biji telur (dari peti ais - gred A)
200 gm gula halus
1 tsp. ovalet
Hiasan : coklat rice secukupnya (jika suka)
Cara membuat :
Campurkan nescafe segera dengan air panas, gaul sebati dan ketepikan. (biarkan agak-agak suam ketika memasukkan ke dalam adunan nanti). Tepung diayak bersama baking powder dan ketepikan.
Pukul bahan C hingga kembang dan gebu/putih. Masukkan bahan B berselang-seli dengan bahan A hingga habis. Sudukan adunan ke dalam papercup 3/4 penuh, tabur coklat rice dan kukus selama 15 minit. (juga boleh dibuat dalam pelbagai corak ikut suka). Tqvm kepada penyumpang resepi ini.
Tips : kukus dengan api sederhana dan jika api kuat, apam akan merekah lalu jadilah ia Apam Mekar.