KUIH CARA BERLAUK
KUIH CARA BERLAUK
resepi dari : blog 'Citarasawan'
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Adunan Tepung :
300 gm tepung gandum
1 tsp garam halus
3 biji telur
300 ml santan
500 ml air
sedikit pewarna kuning lemon
Bahan Inti :
4 ulas bawang merah - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1 paket rempah kari daging
300 gm daging kisar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis
Hiasan : Daun bawang, daun sup - dihiris halus
Cili merah - dihiris serong
Cara membuat :
1. Bancuh tepung gandum, santan dan air hingga sebati. Kemudian masukkan masukkan telur, garam dan pewarna kuning lemon. Gaulkan hingga adunan sebati. Ketepikan.
2.
Untuk inti : Panaskan minyak, tumiskan bawang, halia dan rempah kari hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan daging. Gaulkan hingga bertukar warna. Kemudian masukkan bawang besar dadu dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Masakkan inti hingga kering.
4. Masukkan
1 sudu kecil tepung gandum supaya tidak melekat. Tutupkan api. Sejukkan.
5. Panaskan acuan kuih dengan sedikit minyak. Tuangkan sedikit adunan, bubuh sedikit bahan inti serta sedikit bahan hiasan di atasnya.
6. Tutup acuan sebentar. Pastikan apinya kecil semasa memasak. Apabila sudah masak, keluarkan dari acuan.