KEK PISANG

Friday, June 29, 2012

Apam Polka Dot

 Apam Polka Dot sebanyak 100 biji
tempahan dari Echa, tqvm. (29/6/2012 - Jumaat)

Gulai lemak cili api

Salam pagi teman-teman semua.  Hari ini saya memasak Gulai Lemak Cili Api bersama ikan keli salai dan belimbing buluh.  Terjumpa bahan-bahan ini ketika bertandang ke pasar malam Bangi.  Masakan nostalgia ketika berada di kampung saya di Rembau, N.S.  Masakan yang cukup enak dimasak oleh arwah nenek saya.  Apalagi dimakan panas-panas bersama nasi daripada beras baru yang dituai dari bendang.
 MASAK LEMAK CILI API


MASAK LEMAK CILI API BERSAMA
IKAN KELI SALAI & BELIMBING BULUH

oleh  :  zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

3  ekor   ikan keli salai
sedikit  serbuk kunyit
15 biji    cili api  (jika suka lebih pedas, boleh tambah)
Santan pekat dari sebiji kelapa
Belimbing buluh secukupnya
garam halus secukup rasa

Cara membuat :

     Cili padi ditumbuk lumat dan masukkan ke dalam periuk bersama santan dan serbuk kunyit.  Didihkan sebentar.  Masukkan ikan keli dan belimbing buluh.  Didihkan lagi.  Hendaklah sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak.  Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.  Tutup api dan bolehlah dihidangkan bersama nasi untuk makan tengahari.  (masakan ini tidak perlu dibubuh bawang, biasalah masakan N.S. seperti ini tidak menggunakan bawang).
     SELAMAT MENCUBA

Wednesday, June 27, 2012

Kek Alunan Kasih


 KEK ALUNAN KASIH



KEK ALUNAN KASIH/ (Love Wave Cake)


sumber  :  Chef Zubaidah  (buku)
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :


250  gm   mentega
5     biji    telur
300  gm   tepung naik sendiri
200  gm   gula kastor
100  gm   susu cair
2     tbsp  susu pekat manis
1      tsp   ovalette
beberapa titik pewarna  (mengikut kesukaan)
serbuk koko secukupnya

Tray :  8 inci bulat/persegi, gris dengan sedikit mentega & alaskan dengan kertas minyak.

Cara membuat :

1.   Pukul mentega, gula kastor dan ovalette hingga kembang.
2.   Masukkan telur satu persatu.  Kemudian masukkan tepung, susu pekat dan susu cair.
3.   Sebatikan adunan dan gaul hingga rata.
4.   Bahagikan kepada 3 bahagian (saya punya 4 bahagian) dan masukkan pewarna ke dalam setiap satu.
5.   Tuangkan adunan pertama ke dalam acuan.  Ayakkan serbuk koko di atasnya dan tuangkan adunan berwarna lain.  Ulangi hingga semua adunan habis digunakan.
6.   Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 45 minit atau hingga masak.

Kek yang kurang menarik

Salam semua! Hari ini saya mencuba untuk membuat kek pisang dari buku masakan Chef Zubaidah yang baru.  Kek ini sedap tetapi kejadiannya saja yang kurang menarik.  Ini disebabkan terlebih isi adunan ke dalam acuan.  Manakala yang bawahnya saya isikan dalam cawan kertas pula.  Inipun terlebih isi adunan ke dalamnya.  Kek ini sepatutnya bercorak marmar tetapi dah lain jadinya.  Apapun ia tetap sedap dan gebu.

 KEK PISANG MARMAR


KEK PISANG MARMAR/ (Marble Banana Cake)

sumber  :  Chef Zubaidah  (buku terbaru)
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

300  gm        tepung gandum
2 sudu teh     serbuk penaik
1 sudu teh     soda bikarbonat
3 biji             telur
100  gm        minyak masak
150  gm        gula kastor
50    gm        susu pekat manis
1 sudu besar  emulco coklat
5  biji             pisang  (sebarang jenis)

Cara membuat :

1.   Lenyekkan pisang bersama gula.
2.   Masukkan soda bikarbonat dan serbuk penaik.  Kemudian masukkan telur, minyak masak dan susu pekat manis, gaulkan hingga rata dan sebati.
3.   Masukkan tepung gandum dan gaulkan hingga sebati.
4.   Ambil 1/4 adunan dan masukkan emulco coklat ke dalamnya.  Gaul sebati.
5.   Tuangkan adunan coklat dan adunan asal berselang-seli ke dalam acuan dan hasilkan corak marmar.
6.   Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150'C selama 45 minit atau hingga masak.

Monday, June 25, 2012

Percubaan kedua


 FRENCH MACARONS kali kedua.  Percubaan kali kedua ini
nampaknya berhasil manakala pertama kali saya buat tidak menjadi.  
Ini kerana pertama kali membuat ia tidak mempunyai kaki manakala kali kedua ini ianya
mempunyai kaki barulah dikatakan French Macaron.  Akhirnya berjaya.  Yeh..yeh..

Chiffon


 DELTA MOCHA CHIFFON CAKE



DELTA MOCHA CHIFFON CAKE  (9 inch)

recipe from  :  myrecipes.com
tried by  ;        zaralovebaking.blogspot.com

Ingredients :

3/4  cup    boiling water
1/2  cup    cocoa powder
1     tsp     instant coffee granules
1 3/4 cup  cake flour
1 3/4 cup  white sugar
1 1/2 tsp   baking soda
1/2    tsp   salt
8     large  eggs,  separated
1/2  cup    vegetable oil
2     tsp     vanilla essence
1/2  tsp     cream of tartar

Method :

    Stir together the first 3 ingredients until blended, cool.  Combine flour and next 3 ingredients in a large mixing bowl.  Add the cocoa mixture, egg yolks, vegetable oil and vanilla essence, beat on medium speed until smooth.
    Beat egg whites and cream of tartar until foamy and soft peaks.  Fold into batter in 3 batches with spatula.  Pour into ungreased 9-inch pan.
    Bake for 45 minutes to 1 hour at 180'C.  Immediately invert when taken out of the oven until cool.  Once cooled, invert and slice.  Ready to serve.

Notes :  Makes 1 (9-inch) layer cake and fills with filling of your choice
              Filling :  chocolate coffee buttercream or
                          chocolate fudge frosting

Saturday, June 23, 2012

Talam yang sedap untuk dicuba.


 TALAM ROTI BERKISMIS


TALAM ROTI BERKISMIS

sumber  :  buku  'Kuih Tradisional Kak Ita'
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com

Bahan Lapisan Bawah :

13   keping   roti putih Gardenia -  dicarik-carik
2     biji        telur  (gred B)
50   gm        kismis
1/2  cawan   gula kastor
1/2  tsp        garam
150 ml         santan pekat
300 ml         air
1/4  tsp        esen vanilla

Bahan Lapisan Tengah :

1/2  cawan   tepung gandum
1/2  cawan   gula kastor
1/2  tsp        garam
2     biji        telur  (gred  B)
100 ml         santan pekat
300 ml         air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan

Bahan Lapisan Atas :

1/2  cawan   tepung kastad
1/2  cawan   gula kastor
1/4  tsp        garam
1/8  tsp        esen vanilla
3     biji        telur  (gred  B)
100 ml         santan pekat
300 ml         air
sedikit pewarna oren

Loyang :  10" x 10" x 2" persegi disapu sedikit minyak dan di alas plastik

Cara Penyediaan :

1.   Lapisan Bawah :  Satukan semua bahan-bahan dan rendam selama 30 minit hingga roti lembut.
2.   Masukkan dalam loyang dan kukus selama 25 minit.  Apabila masak angkat dan cakar permukaannya dengan garpu.
3.   Lapisan Tengah :  Satukan semua bahan lapisan tengah, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.  Masak hingga naik wap.  (agak-agak pekat sedikit seperti susu pekat).
4.   Tuangkan ke atas lapisan bawah, kukus selama 25 minit.  Apabila masak cakar permukaannya dengan garpu.
5.   Lapisan Atas :  Ikut seperti cara-cara lapisan tengah.  Masak jangan terlalu pekat atau terlalu cair.  Kukus selama 30 minit untuk lapisan akhir ini.  Sentiasa lap tutup pengukus.

Talam

 Talam Suji Pandan yang di tempah oleh
rakan ku Pn. Normala dari Kenaria Kondo, tqvm.


Friday, June 22, 2012

Apam Polka Dot


 Apam Polka Dot dalam corak pelbagai warna yang
ceria ditempah oleh Echa (loyal customer), rakan Fatin
sebanyak 200 biji. Tqvm kepada Echa kerana sudi tempah dgn. aunty.



Kuih-muih

 APAM SALJU
 APAM SALJU
 TALAM ROTI PAUN
TALAM ROTI PAUN

Telur berkembar

Salam teman-teman ku!  Hari ini saya mendapat telur berkembar ketika hendak membuat kuih.  Cuba lihat disini.  Nak buat apa ya!  Jadi saya pun menggorengnya.  Tapi tiada siapa pun di kalangan ahli keluarga saya nak memakannya.  Disebabkan saya telah bersusah payah menggorengnya dan sayang untuk dibuang maka encik hubby yang sudi memakannya.  Terima kasih buat hubby ku.


Thursday, June 21, 2012

Kuih-muih

 KUIH CARA BERLAUK
 APAM KUKUS CHOCOLATE RICE
APAM PISANG CHOCOLATE RICE

Tuesday, June 19, 2012

Kuih-muih

 Kuih Cara Manis
 APAM BENGAWAN SOLO
 APAM YOGURT KUKUS
 TALAM CHA-CHA
 KUIH HARUM MANIS
TALAM SUJI PANDAN

Apam Solo


APAM BENGAWAN SOLO  -  tempahan 
dari Pn. Mariam sebanyak 50 biji  (16/6/2012 - Sabtu), tqvm.

Thursday, June 14, 2012

Kuih Putri Ayu

 PUTRI AYU

Kuih-muih lagi utk jualan.

 KUIH BINGKA PANDAN

 KARIPAP

Wednesday, June 13, 2012

Kuih-muih

 KUIH CARA BERLAUK



KUIH CARA BERLAUK

resepi dari  :   blog 'Citarasawan'
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan Adunan Tepung :

300  gm   tepung gandum
1      tsp   garam halus
3      biji   telur
300  ml    santan
500  ml    air
sedikit pewarna kuning lemon

Bahan Inti :

4  ulas      bawang merah  -  ditumbuk
1/2 inci     halia  -  ditumbuk
1  paket    rempah kari daging
300 gm     daging kisar
1  biji        bawang besar  -  dipotong dadu
gula dan garam secukupnya
minyak untuk menumis

Hiasan :   Daun bawang, daun sup  -  dihiris halus
                 Cili merah  -  dihiris serong

Cara membuat :

1.   Bancuh tepung gandum, santan dan air hingga sebati.  Kemudian masukkan  masukkan telur, garam dan pewarna kuning lemon.  Gaulkan hingga adunan sebati.  Ketepikan.
2.   Untuk inti :  Panaskan minyak, tumiskan bawang, halia dan rempah kari hingga garing dan berbau wangi.
3.   Masukkan daging.  Gaulkan hingga bertukar warna.  Kemudian masukkan bawang besar dadu dan perasakan dengan gula dan garam secukupnya.  Masakkan inti hingga kering.
4.   Masukkan 1 sudu kecil tepung gandum supaya tidak melekat.  Tutupkan api.  Sejukkan.
5.   Panaskan acuan kuih dengan sedikit minyak.  Tuangkan sedikit adunan, bubuh sedikit bahan inti serta sedikit bahan hiasan di atasnya.
6.   Tutup acuan sebentar.  Pastikan apinya kecil semasa memasak.  Apabila sudah masak, keluarkan dari acuan.

Kuih-muih

 APAM HITAM MANIS



APAM HITAM MANIS


sumber  :   buku 'Minuman Petang'
dicuba   :   zaralovebaking.blogspot.com

Bahan-bahan :

410  ml    susu cair
250  gm   mentega
3  cawan  tepung gandum
1  cawan  gula pasir
1  cawan  air
1  cawan  gula halus
3  biji       telur  -  dipukul sikit
3  tsp       baking powder

Hiasan :   1/2 biji  kelapa parut putih + 1 tsp. garah halus  -  digaul sebati & kukus sebentar

Acuan :  Lompang atau ikut pilihan

Cara membuat :

1.   Masak gula pasir dengan api kecil hingga cair dan berwarna perang.
2.   Masukkan mentega, air dan dikacau hingga pekat dan sebati.  Sejukkan.
3.   Pukul telur dengan gula halus hingga hancur.  Masukkan baking powder, susu cair, tepung gandum dan air gula yang dimasak tadi.  Kacau hingga sebati dan tidak bergentel.  (Tapis jika perlu).
4.   Tuangkan adunan ke dalam acuan (ikut pilihan) yang dilengser dengan sedikit marjerin dan kukus selama 15-20 minit.  Hidangkan dengan kelapa parut.