KEK PISANG

Tuesday, September 27, 2011


APAM MINI KUKUS BLUEBERRY

APAM MINI KUKUS BLUEBERRY
sumber : dari Majalah RASA


Bahan A :

4 biji telur
250 gm gula halus
250 gm tepung superfine )
2 tsp. baking powder ) diayak
2 tsp. ovalet
200 ml. santan/susu segar

Bahan B :

1 botol jem blueberry
Pewarna ungu
Perisa blueberry
Papercup/muffin liner


Satukan bahan A dan putar hingga gebu dan kembang. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan ungu dan letakkan perisa blueberry manakala satu bahagian lagi dibiarkan asal (putih).
Masukkan warna asal (putih) dalam papercup, letakkan inti jem blueberry ditengah dan tutupkan dengan adunan ungu hingga penuh

Masa kukus : 15 minit/hingga masak
Nota : Jem dan perisa serta pewarna boleh dipelbagaikan

Saturday, September 24, 2011


24/9/2011 (Sabtu) - Majlis perkahwinan anak Kak Kiah
di Ulu Tiram, Johor.

24/9/2011 Majlis kahwin di Ulu Tiram, Johor

BLUEBERRY CHEESE CAKE

BLUEBERRY CHEESE CAKE
sumber : dari blog CMG


500 gm cream cheese
50 gm gula halus
200 gm whipping cream
5 biji kuning telur (B)
120 gm tepung gandum - ayak
1 tsp. vanilla
5 biji putih telur
100 gm gula halus
secubit cream of tartar/1 tsp. jus lemon
1/2 cawan blueberry segar

Hiasan : 200 gm blueberry filling
40 ml. air panas
1 tsp. gelatin halal


1. Panaskan ketuhar pada suhu : 150'C. Lenser acuan spring form 9 inci dengan butter, balut keliling bahagian bawah dan luar tin dengan aluminium foil.
2. Putar cream cheese dan gula hingga lembut. Masukkan whipping cream dan putar hingga licin tidak berbintil. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji dan putar hingga sebati. Masukkan tepung dan vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
3. Dalam bekas bersih, putar putih telur hingga berbuih. Masukkan gula halus (100 gm) dan cream of tartar hingga kental. Gaulkan putih telur ke dalam adunan cream cheese secara kaup-balik dengan spatula hingga rata dan sebati. Masukkan blueberry segar, gaul rata dan tuangkan ke dalam acuan dan bakar dengan kaedah "water-bath" selama 90 minit atau hingga masak.
4. Biarkan kek sejuk dalam ketuhar dengan pintu ketuhar terbuka sedikit. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dikeluarkan dari acuan. Hias dengan "hiasan" blueberry di atas kek.

Untuk hiasan : Satukan gelatin dengan air panas, kacau rata hingga gelatin larut, satukan
dengan blueberry filling, kacau rata dan bolehlah digunakan untuk
menghias di atas kek keju tadi.

SELAMAT MENCUBA dan tqvm kepada tuan punya resepi di atas kesudian berkongsi resepi yang sedap ini.

Friday, September 23, 2011


PUDING CENDOL
sumber : dari blog 'Yatiesmemories'

PUDING CENDOL
sumber : dari blog 'Yatiememories'
Tqvm for this delicious recipe.


Bahan Lapisan Bawah :

500 ml air
180 gm gula pasir
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
500 gm cendol (tapis & toskan airnya)
sedikit garam

Masakkan air, serbuk agar-agar dan gula hingga mendidih. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat dan tuang ke dalam acuan/loyang (10x10x1 inci). (Tips : Acuan/loyang terlebih dahulu dibasahkan dengan air. Lapikkan acuan/loyang dengan plastik lebih besar dari acuan/loyang supaya senang dikeluarkan dari acuan/loyang) dan supaya mudah nanti untuk dipotong.

Bahan Lapisan Atas :

500 ml air
200 gm gula merah/gula melaka
300 ml santan pekat
10 gm serbuk agar-agar
1 biji kuning telur
sedikit garam

Masakkan gula merah dan sedikit air (daripada 500 ml dalam resepi ini) hingga gula larut. Tapis. Masukkan air gula dan baki air dan serbuk agar-agar. Masakkan hingga mendidih. Kocok kuning telur dalam santan. Tuangkan santan tadi ke dalam adunan agar-agar. Masukkan sedikit garam. Biarkan mendidih sekejap. Tutupkan api. Tuangkan ke atas lapisan bawah dengan berhati-hati. Biarkan sejuk sebentar barulah disimpan dalam peti sejuk hingga beku.

Tips : Sebelum tuang lapisan adunan atas, pastikan lapisan adunan bawah sudah keras dan cucuk/cakar bahagian atasnya dengan garpu diserata adunan. Tuangkan adunan lapisan atas perlahan-lahan, sebaiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.
"SELAMAT MENCUBA"


PUDING KIWI
sumber : dari Yatiesmemories

PUDING KIWI
sumber : Sinar Kehidupan 'Yatiesmemories'
Tqvm Pn. Yati for this lovely & delicious recipe. May Allah bless you.

PUDING KIWI


5 gm serbuk agar-agar
2 1/2 cawan air
5 tbsp. gula pasir (tambah jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
2 biji buah kiwi (blend dgn. 1/2 cawan air daripada resepi ini)
sedikit pewarna hijau
sedikit hirisan buah kiwi untuk hiasan


1. Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Masukkan susu cair dan buah kiwi yang di blend tadi serta sedikit pewarna hijau.
Tutupkan api. Kacau hingga sebati.
3. Tuangkan ke dalam acuan yang disukai yang terlebih dahulu dibasahkan dengan air.
4. Bila puding sudah sejuk, masukkan dalam peti sejuk.
5. Biarkan sejuk dahulu, barulah dipotong & dihidang dengan hirisan buah kiwi jika suka.

Wednesday, September 21, 2011

ACAR TIMUN & CARROT
sumber : blog CMG


1 batang timun
2 batang carrot
2 batang lada merah, dihiris
2 batang lada hijau, dihiris
1/2 biji bawang besar, dihiris
3 tbsp. cuka masakan
garam & gula secukupnya


Cara membuat :

1. Kupas kulit timun dan carrot dan hiris memanjang.
2. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
3. Potong lada merah, lada hijau dan bawang besar.
4. Campurkan bersama cuka masakan, garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
5. Sedia dihidangkan.
SAMBAL AYAM
sumber : Chef Hanieliza

Bahan A :
1/2 ekor ayam
2 tangkai serai, diketuk
1 biji tomato, dipotong dadu
1 labu bawang besar (dihiris kasar)
1/2 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B : (untuk sambal)
15 biji cili merah )
5 biji bawang merah ) ditumbuk lumat
3 ulas bawang putih )


Cara membuat :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan gorengkan serai dan ayam sehingga ayam sedikit garing.
3. Tumiskan bahan untuk sambal sehingga garing.
4. Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
5. Kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu dan sambal pecah minyak.
6. Sedia dihidangkan.
NASI TOMATO
sumber : blog 'Tiffin Biru' & Chef Hanieliza


4 cawan beras basmati, cuci bersih & rendam 30 minit, toskan
5 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/2 tbsp. minyak sapi
1 biji bawang besar, didadu kecil
2 ulas bawang putih, dicincang halus
1 inci halia - diketuk
2 helai daun pandan
1 biji tomato yang masak ranum, buang biji & cincang halus
2 1/2 tbsp. sos tomato
1 kiub pati ayan 'Maggi' (optional)
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang ) untuk
Kismis & kacang peas ) hiasan
Bawang goreng )

Bahan Tumis : 1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara membuat :
1. Panaskan minyak sapi dalam kuali, masukkan bahan tumis, halia, bawang besar, bawang putih, 1 helai daun pandan dan tomato, masak hingga semua layu. Tambah sos tomato dan kacau rata.
2. Masukkan beras, gaul rata dan goreng sekejap. Alihkan beras tadi ke dalam periuk rice cooker, tuang air, susu cair, kiub pati ayam Maggi (hancurkan) dan tambah garam secukup rasa. Kacau rata dan tanak nasi seperti biasa.
3. Bila nasi masak, taburkan kismis atasnya. Bila nasi elok keringnya dan masak, gemburkan dengan chopstick. Hidangkan dengan menabur kacang peas, hirisan daun bawang dan bawang goreng.
Set Nasi Tomato - Acar Timun & Carrot,
Sambal Ayam , Nasi Tomato & Papadom

Monday, September 19, 2011

CHAR KUETIAU


1 bungkus kuetiau
300 gm udang (dibuang kulit)
200 gm isi ayam (dihiris)
3 tangkai daun kucai (dipotong 1 inci)
1 cawan tauge
1 keping tauhu basah (digoreng & dipotong kecil)
2 tbsp. cili kisar
4 ulas bawang putih (diketuk)
4 tbsp. kicap pekat
2 tbsp. sos tomato
1 atau 2 biji telur
1 biji tomato (dipotong kecil)
2 tbsp. minyak masak
Garam (sekiranya perlu)


1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang, isi ayam, sos tomato dan air. Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kacau sebati.
5. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
6. Hidangkan dengan lada jeruk.

18/9/2011 - Putri Ayu dari T.Z

18/9/2011 (Ahad) - Kuih Harum Manis
dari T.Z - tqvm

18/9/2011 (Ahad) Putri Ayu
dari T.Z

18/9/2011 Putri Ayu dari T.Z

15/9 & 16/9/2011 (Khamis & Jumaat)
Talam Suji dari Pn. Alin, tqvm.

Monday, September 12, 2011


KEK LAPIS ALWANI KUKUS
sumber : blog 'Dayang Jack'

KEK LAPIS ALWANI KUKUS

KEK LAPIS ALWANI KUKUS
sumber : dari blog 'Dayang Jack'.
Tqvm for this lovely & delicious recipe for me to try.

1 cawan tepung gandum )
1/2 cawan serbuk horlicks ) diayak bersama
5 biji telur (gred A)
1/2 cawan gula kastor halus
220 gm butter SCS
1/3 cawan susu pekat manis
1 tsp. esen vanilla
Pewara ikut pilihan/citarasa masing-masing

1. Pukul butter dan gula hingga kembang dan putih.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul setiap kali dimasukkan telur.
3. Masukkan vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan diadun sekata.
6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
7. Tuangkan adunan hijau dan kukus selama 5 minit atau hingga adunan tidak cair.
8. Tuangkan adunan kedua. Ratakan dan kukus lagi hingga tidak cair. Ulang hingga habis.
9. Untuk lapisan terakhir kukus selama 30-40 minit atau hingga masak sempurna.
Sejukkan kek sebelum dipotong. SELAMAT MENCUBA.




OREO CUPCAKE
sumber : blog 'Tiffin Biru - CMG'



OREO CUPCAKE
sumber : CMG


125 gm butter
1/2 cawan gula perang
1 cawan tepung naik sendiri ) diayak
1/2 tsp. baking powder )
2 biji telur (gred A)
1/2 tsp. esen vanilla
5 keping biskut oreo (kisar halus dgn. krimnya)

Hiasan : Buah strawberry segar (jika suka)
Gula manik halus/coloured rice

Buttercream : 125 gm butter
70 gm krimwell
80 gm gula icing - ayak
1/2 tsp. esen vanilla
2 tbsp. susu pekat manis
sedikit pewarna (ikut citarasa)

1. Satukan butter, gula perang, telur, tepung dan vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo kisar tadi dan putar sebati.
2. Isikkan 3/4 penuh dalam setiap papercup. Bakar pada suhu : 175'C selama 10-15 minit bergantung pada kepanasan oven masing-masing. Sejukkan dan hias dengan buttercream dan manik gula.

Buttercream : Putar semua bahan-bahan buttercream dengan kelajuan perlahan hingga sebati dan pekat. Isikan dalam piping bag yang diisi dengan nozel yang bersesuaian, tabur gula manik.

CHOCOLATE CUPCAKES
source by : Joy of Baking.com


1/2 cup cocoa powder (50 gm) ) Mix together & set to cool
1 cup boiling hot water (240 ml) ) at room temperature.
1 1/3 cup all-purpose flour (175 gm )
2 tsp. baking powder ) (whisk together)
1/2 tsp. salt )
1/2 cup unsalted butter (113 gm)
1 cup caster sugar (200 gm)
2 large eggs
2 tsp. vanilla essence

Chocolate Fudge
Frosting :

4 oz. unsweetened chocolate (chopped - 120 gm)
2/3 cup unsalted butter (150 gm)
1 1/3 cup icing sugar (sifted - 160 gm)
1 1/2 tsp. vanilla essence


Beat butter and sugar until light and fluffy. Add egg one at a time until smooth. Beat in vanilla essence. Add flour mixture until incorporated. Add cooled cocoa mixture and stir until smooth. Fill 2/3 into cupcake liner and bake at 190'C for 20 minutes. Decorate as desired. (I used plain buttercream and coloured it with orange flavour/emulco).

Frosting : Melt chocolate (double-boil) and let cool at room temperature. Beat butter until smooth and creamy (about 2 minute). Beat in vanilla essence. Add chocolate and beat until smooth and glossy (about 2-3 minutes).

Friday, September 9, 2011


Chocolate Oreo dari T. Zaleha

Apam Polka Dot dari T. Zaleha
dari T. Zaleha

dari T. Zaleha

Chocolate cake dari rakan Angah

dari rakan Angah

dari rakan Angah

dari rakan Angah

dari rakan Angah

Puding Kacang Merah dari Pn. Liza Awi


Puding Roti Marble Coklat Strawberi dari Pn. Liza Awi

Talam Keladi dari Cik gu Amin

dari Pn. Liza Awi

dari cik gu Amin

dari Pn. Yanti

dari Pn. Yanti

dari Pn. Pah, Jln. Sri Kenari Satu

dari rakan Angah

dari Pn. Yanti & Pn. Mariam

dari rakan Angah

dari Pn. Alin jiran saya

dari Pn. Yanti