Sunday, June 30, 2013
SMOOTHIES ANGGUR MERAH & HITAM
SMOOTHIES ANGGUR MERAH & HITAM
rujukan : Little Amie's Kitchen (tqvm pada tuan punya resipi - Salami)
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
250 gm anggur hitam tanpa biji
250 gm anggur merah tanpa biji
200 ml yogurt asli
150 ml susu segar
2 tbsp gula pasir/madu
Cara Penyediaan :
1. Sejukbekukan anggur hitam dan anggur merah tanpa biji selama lebih kurang 2-3 jam.
2. Campurkan kedua-dua jenis anggur bersama yogurt, susu segar dan gula pasir/madu di dalam pengisar.
3. Kisarkan bahan tersebut hingga halus dan lembut.
4. Tuangkan ke dalam gelas.
5. Sedia untuk dinikmati. (Untuk rasa lebih sejuk, simpan sebentar di dalam peti sejuk).
Labels:
Minuman/Jus
Saturday, June 29, 2013
RED BEAN YOGURT ICE POP
RED BEAN YOGURT ICE POP
source from : EugenieKitchen (Korean blogger)
tried & tested : zaralovebaking.blogspot.com (delicious)
Ingredients :
170 gm plain yogurt
85 gm sweet red beans paste
1 tsp acasia honey
Method :
1. First, add in yogurt into a mixing bowl.
2. Then add in sweet red beans paste.
3. Add in 1 teaspoon honey. Taste and adjust the amount of honey as you like. Then stir until mixed.
4. Transfer to ice pop moulds.
5. Store in the freezer for only 3 hours. It's better to enjoy on the same day.
6. Out of freezer, place in the warm water for 5 seconds. This way it's easier to remove the mold.
Labels:
Minuman/Jus
PANDAN EGG TART
PANDAN EGG TART
rujukan : mybakingworkshop & buku
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Pastri :
1/2 cawan gula kastor
1 cawan mentega
3 cawan tepung gandum
1 biji telur (dipukul sedikit)
sedikit esen vanilla
Bahan Inti Pandan :
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air
9 biji telur
1 tbsp jus pandan/pandan pes
1 cawan susu segar/susu cair
Cara-cara :
1. Untuk Pastri : Ayakkan tepung ke dalam mangkuk.
2. Buatkan lubang ditengah, masukkan gula dan mentega. Ramaskan tepung hingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan telur yang dipukul sedikit-sedikit dan vanilla. Gaul rata hingga menjadi doh. Rehatkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sementara menyediakan intinya.
4. Kemudian keluarkan dari peti sejuk dan bulatkan menjadi bebola kecil. Tekankan ke dalam acuan tat.
5. Bakar pastri separa masak selama 10-15 minit pada suhu 170'C. Sejukkan.
Bahan Inti : Didalam saucepan, satukan gula dan air. Panaskan di atas api kecil hingga gula larut. Tutupkan api dan sejukkan sebentar. Di dalam bekas sederhana, masukkan telur dan pukul sekejap. Masukkan jus pandan dan susu. Gaul rata. Tapiskan ke dalam bekas lain sebanyak dua kali.
Tuangkan inti 3/4 penuh ke dalam pastri yang telah dibakar separa tadi. Bakar semula selama 15-20 minit atau hingga masak menggunakan api atas sahaja.
Labels:
Cheesetart
BUBUR KACANG HIJAU DGN. DURIAN
BUBUR KACANG HIJAU DENGAN DURIAN
Bahan-bahan :
3 cawan kacang hijau
1 1/2 keping gula melaka
1 1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
2 cawan air
2 cawan santan
beberpa ulas durian ikut suka
sedikit garam
Cara memasak :
Gorengkan kacang hijau tanpa minyak anggaran dalam 4 minit. Tutup api dan masukkan air untuk direndam dalam 1 jam. Bilas dan toskan airnya.
Kemudian rebus kacang hijau hingga kembang dan empuk bersama 2 cawan air tadi. Masukkan gula melaka, gula pasir, santan, durian dan sedikit garam. Kacau sebati dan masak dalam 5 minit sahaja supaya tidak pecah minyak, rasakan kemanisan dan angkat.
Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Bubur
Apam Bengawan Solo
28/6/2013 (Sabtu) - Tempahan Apam Bengawan Solo sebanyak 100 pcs dari rakanku Mariam, terima kasih diucapkan pada yang sudi menempah. Tempahan ni bagi pihak rakannya.
Labels:
Tempahan
Tuesday, June 25, 2013
BINGKA LABU MANIS
BINGKA LABU MANIS
rujukan : Yatiememories (tqvm for this resipi)
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
2 biji telur
2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir halus
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 tsp garam halus
1 tsp esen vanilla
2 tbsp mentega/minyak sapi
2 cawan labu (direbus, toskan & dilecek)
Sedikit bijab untuk tabur di atas permukaan kuih (optional)
Loyang : 9 inci
Cara membuat :
1. Panaskan oven pada suhu 200'C, lenser loyang dengan sedikit mentega, panaskan sebentar.
2. Satukan kesemua bahan di atas kecuali labu lecek dan bijan di dalam satu bekas, kacau hingga semua sebati.
3. Tapiskan adunan tadi atau guna blender saja. Tuangkan ke dalam mangkuk besar dan masukkan lebu lecek dan kacau rata hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dipanaskan tadi. Tabur permukaan atas dengan sedikit bijan.
5. Bakar selama 1 jam. (1/2 jam api bawah dan 1/2 jam lagi api atas dan bawah) hingga masak.
6. Sejukkan dahulu barulah dipotong.
Labels:
Kuih-muih
TALAM SINAR PESONA
Salam petang teman-teman! Hari ini saya mencuba satu lagi resipi talam dari blog Yatiememories. Talam ini sangat sedap cuma yang mengecewakan bahagian atasnya, retak seribu, tak tahulah apa masaalahnya. Selama ni buat tak pernah jadi macam ni. Walau apapun kita abaikan sajalah, yang penting sedap. Talam ini lebih kurang sama seperti Serimuka Tiga Rasa. Yang membezakannya bahagian bawahnya pulut berwarna hijau. Serimuka itu dibuat ketika majlis pertunangan anak jadi tak sempat nak ambil gambar. Serimuka Tiga Rasa juga dari blog Yatie - sangat sedap... Ok jom kita semak resipi talam seperti dibawah ini. (Terima kasih kepada tuan punya resipi di atas kesudian berkongsi resipi ini.)
TALAM SINAR PESONA
sumber rujukan : Yatiememories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Lapisan Tengah :
1 1/2 cawan tepung beras *
2 tbsp rata tepung jagung *
1 cawan santan pekat *
2 cawan air *
1/2 cawan gula kastor *
1/2 sudu kecil garam *
1 cawan labu manis (yang sudah disagat halus)
Loyang : 10 x 10 x 2/3
Cara Penyediaan :
Bancuhkan kesemua bahan bertanda (*), tapiskan dan masak naik wap. Sentiasalah dikacau menggunakan whisk dengan api sederhana dalam 5 minit dan tutup api.
Masukkan labu yang disagat tadi dan kacau rata. Ketepikan dahulu.
Bahan Lapisan Atas dan Bawah :
1 1/4 cawan tepung gandum
2 tbsp rata tepung jagung
1 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Pewarna hijau & perisa pandan
Pewarna coklat & coklat emulco
Cara Penyediaan :
Bancuhkan kesemua bahan kecuali perisa dan pewarna. Tapiskan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak naik wap dalam anggaran 5 minit menggunakan api sederhana.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. Satu bahagian diletakkan pewarna hijau dan perisa pandan, manakala satu bahagian lagi diletakkan pewarna coklat dan coklat emulco. Gaul sebati dan ketepikan.
Cara Melapis dan Memasak Kuih Talam :
1. Panaskan kukusan. Alas loyang dengan plastik dan sapu rata sekeliling loyang dengan sedikit minyak.
2. Tuangkan adunan hijau dan kukus selama 10 minit.
3. Cakar-cakarkan sedikit permukaan dan tuangkan adunan tengah dan kukus selama 15 minit.
4. Akhir sekali tuangkan pula adunan coklat dan kukus selama 20 minit.
Labels:
Talam
SAMBAL TUMIS UDANG YG. MENYELERAKAN.
SAMBAL TUMIS UDANG
Bahan-bahan :
500 gm udang sederhana besar - dicuci bersih & ditoskan
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 tbsp gula pasir
6 batang kacang panjang - dipotong 1cm
2 keping asam gelugur (atau air asam jawa)
5 tbsp minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus :
15 biji cili kering (direndam hingga kembang & ditoskan)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar/grill
Cara memasak :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sampai naik bau. Kemudian masukkan gula pasir, asam gelugur, garam dan teruskan kacau sambal sampai masak dan pecah minyak.
Masukkan udang, bawang besar, kacang panjang dan teruskan kacau lagi hingga semua bahan menjadi mesra dan sebati. (Udang akan mengeluarkan air jadi tidak perlu di tambah air).
NOTA : Minyak mestilah lebih sedikit ketika menumis agar sambal tidak kering. Air asam jawa digantikan dengan asam gelugur supaya kuah sambal tidak berlebihan.
Labels:
Udang
Monday, June 24, 2013
KUIH CARA MANIS untuk berbuka puasa
KUIH CARA MANIS
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur (A/B)
3 helai daun pandan (dipotong kecil)
Pewarna hijau & perisa pandan secukupnya
Secubit garam
Gula pasir secukupnya sebagai inti
Cara membuat :
1. Daun pandan dicuci bersih, dipotong kecil dan dikisar bersama santan kemudian ditapis.
2. Satukan kesemua bahan di atas hingga sebati dan tapiskan.
3. Panaskan acuan kuih cara di atas dapur, bila panas kecilkan api. Lenser dengan sedikit minyak pada setiap ruang acuan.
4. Isikan adunan tadi ke dalam setiap ruang acuan hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih. Tutupkan permukaan acuan. Masak hingga kuih kelihatan pucat dan tidak melekat bila disentuh dengan jari (anggaran 5 minit).
5. Keluarkan dari acuan dan sejukkan. Oleskan dengan sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. (menghasilkan : 19 biji - bercantum)
Labels:
Kuih-muih
Sunday, June 23, 2013
Nacarons
sebelum dibakar dan dalam proses pengeringan
selepas dibakar
yang ni berintikan Lemon Cream Cheese
juga berintikan Nutella
MACARONS
source from : Cookbook by Marie-Laure Tombini
tested by me
Ingredients :
120 gm icing sugar
80 gm almond flour
2 egg whites ( 80 gm )
1 pinch of salt (optional)
60 gm castor sugar
1 pinch of powdered food colouring of your choice
Method :
1. Mix the icing sugar finely with almond flour. Sift the mixture into a bowl.
2. Whisk egg whites into firm peaks with the salt. Add the castor sugar and food colouring, and continue whisking until meringue is very shiny.
3. Using a spatula, stir the almond mixture with egg whites by gently lifting the paste upwards. The mixture will become much brighter and a little more liquid. Be careful not to overwork the mixture to the point that it becomes completely white.
4. Using a pastry bag, make small rounds on a baking tray (baking sheet) covered with baking paper (parchment paper), spacing them evenly. Let stand for 1 hour at room temperature.
5. Preheat oven, on fan-forced at 150'C.
6. Bake and cook for about 12 minutes. Let the macarons cool before handling them and assemble with filling of your choice.
Bahan Inti Lemon Cream Cheese :
sumber dari : rahelblog-rahel
125 gm cream cheese (suhu bilik)
15 gm gula icing
40 gm non-dairy whipping cream ( putar hingga gebu )
1 tsp jus lemon
Parutan kulit lemon dari 1/2 biji buah lemon
Cara-cara :
1. Cream cheese dan gula icing dipukul hingga lembut.
2. Tambahkan parutan kulit lemon dan jus lemon. Putar hingga sebati.
3. Tambahkan whipping cream yang telah dipukul kembang tadi. Kacau rata dengan spatula. Siap.
Labels:
French Macaron
Subscribe to:
Posts (Atom)