KEK PISANG

Wednesday, October 31, 2012

Puding yg enak & nyaman.

 PUDING TAPAI PANDAN






PUDING TAPAI PANDAN


resipi dari   :   dapurtanpasempadan, CMG - tqvm untuk resipi yg sedap ini.
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com



Bahan-bahan :

100    gm        tapai ubi    )
125    ml         air             )  kisar halus
    5    gm        konnyaku jelly powder  (saya guna serbuk agar-agar)
    6    tbsp      gula pasir  (saya tambah sebab kurang manis)
2 1/2  cawan   air
200    ml.        susu sejat/susu cair
   1/2  tsp        pes pandan
      1  helai      daun pandan  -  disimpul
sedikit pewarna hijau  (saya tambah)

Acuan :  ikut pilihan dibasahkan terlebih dulu


Cara membuat :

1.   Tuang air (2 1/2 cawan) ke dalam periuk, masukkan jelly dan gula, kacau dengan whisk hingga larut.
2.   Tuangkan susu cair dan masukkan daun pandan, pes pandan serta sedikit pewarna hijau (jika guna).
3.   Kacau dan masak di atas api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih.
4.   Keluarkan daun pandan, masukkan tapai ubi kisar.  Kacau rata dan matikan api.  Tuang ke dalam bekas yang sesuai.  Sejukkan.

Kek berperisa coklat nutella yg sedap & gebu sekali.


 NUTELLA BUTTER CAKE





NUTELLA BUTTER CAKE


resipi oleh   :   happyhomebaking., tqvm for this recipe
tried by  :   zaralovebaking.blogspot.com


Ingredients :

225  gm    cake flour/superfine flour
    1  tsp    baking powder
 1/2  tsp    baking soda
 1/2  tsp    salt
  85  gm    butter
    3  tbsp  Nutella spread
150  gm    caster sugar
    2  nos   eggs,  lightly beaten
    1  tsp    vanilla essence
    1  cup   plain, non-fat yogurt


Method :

1.   Preheat oven to 180'C.  Line bottom of 20CM (8 inch) round pan with parchment paper.  Grease and flour the sides of the pan, set aside.
2.   Sift together cake flour, baking powder, baking soda and salt.  Set aside.
3.   Mix together yogurt and vanilla essence.
4.   Beat butter and nutella for 1 minute.  Gradually add in sugar and beat on high speed for about 3 minutes.
5.   Add in eggs slowly.
6.   Beat in 1/3 of flour mixture alternately with yogurt mixture till finish.
7.   Pour batter into prepared pan.
8.   Bake for about 45-50 minutes.

Monday, October 29, 2012

Oreo Cupcakes dalam 3 corak/design.

 Tempahan Oreo Cupcakes dalam 3 corak/design dari Cik Echa, tqvm (29/10/2012 - Isnin)






Sunday, October 28, 2012

Cheese Muffin


 CHEESE MUFFIN





CHEESE MUFFIN


resipi dari buku :   'Istimewa Pemanis Mulut' CT Delima
dicuba oleh :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan Kering :

2  cawan   tepung gandum
1  tbsp.     baking powder
3  tbsp.     gula kastor
1  tsp.       garam


Bahan Basah :

1     cawan   susu segar/susu cair
1/2  cawan   minyak jagung/minyak masak
1     biji        telur  gred A
1/2  cawan   keju cheddar  -  diparut

Hiasan :   parutan keju cheddar secukupnya


Cara membuat :

1.   Ayak bahan kering iaitu tepung, baking powder dan garam ke dalam bekas.  Kemudian masukkan gula kastor.  Gaul sebati dan ketepikan.
2.   Di mangkuk lain campur bahan basah iaitu telur, susu dan minyak.  Pukul dengan hand whisk sekejap saja sekadar bercampur.  Tak perlu hingga kembang.
3.   Tuang campuran telur yang dipukul tadi ke campuran tepung dan gaul rata.  Tak perlu digaul lama sangat sekadar bercampur saja.
4.   Kemudian masukkan keju parut dan gaul lagi hingga bercampur rata.
5.   Sudukan adunan ke dalam acuan muffin yang sudah diglis sedikit butter dan ditabur sedikit tepung.  Boleh juga kalau nak diletak dalam papercup isi 3/4 penuh.  Tabur sedikit parutan keju cheddar di atasnya kalau suka.
6.   Panaskan oven 180'C - 200'C, bakar selama 20-25 minit atau hingga muffin masak.

Makaroni goreng yang dibakar.

 Lebihan makaroni goreng bercili yang dibakar dengan
sedikit taburan keju cheddar di atasnya dan rasanya sedap sekali.


Saturday, October 27, 2012

Biskut yg enak & rangup untuk kudapan.


 PINKY CHOCOLATE CHIP COOKIES




PINKY CHOCOLATE CHIP COOKIES


resipi dari    :   Citarasawan, tq utk resipi yg sedap ni.
dicuba oleh  :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

250  gm   mentega
140  gm   gula kastor
    1  biji   telur  (B)
    1  tsp   esen vanilla

Bahan B :

320  gm   tepung gandum
  20  gm   tepung jagung
  20  gm   susu tepung
 1/2  tsp   soda bikarbonat
 1/4  tsp   emplex
200  gm   chocolate chip
100  gm   gajus  (sangai & cincang kasar  -  saya guna walnut) atau kekacang lain yang disukai
Pewarna merah jambu secukupnya


Cara membuat :

1.   Panaskan ketuhar pada suhu 150'C selama 10 minit.
2.   Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan esen vanilla, pukul hingga rata.
3.   Ayak tepung, tepung jagung, soda bikarbonat dan emplek.  Masukkan chocolate chip, kekacang pilihan dan susu tepung, gaul hingga sebati.
4.   Masukkan ke dalam adunan mentega dan pewarna secukupnya.  Gaul hingga menjadi doh yang lembut.
5.   Rehatkan doh selama 15 minit.  Ambil sebesar ibu jari (10 gm) dan gentel ringan bulat (anggaran 1 tsp).
6.   Bakar selama 20-25 minit hingga masak.

Friday, October 26, 2012

Kek keju yg enak utk Raya Aidil Adha.


 COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE






COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE


resipi oleh  :     Hanamemories & teman dll.
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

250  gm     cream cheese, suhu bilik
  50  gm     mentega
100  ml      susu segar
    6  biji     kuning telur
    1  tbsp   jus lemon
 1/4  tsp     garam
  60  gm     tepung superfine
  20  gm     tepung jagung


Bahan B :

140  gm   gula kastor
    6  biji   putih telur
 3/4  tsp   jus lemon

Tray :  8 inci, gris & alas

Cara membuat :

     Panaskan oven pada suhu : 160'C selama 10 minit.  Cairkan cream cheese, mentega dan susu segar dengan teknik double-boiler.  Bila dah cair, sejukkan.  Kemudian campurkan tepung jagung, tepung superfine, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul sebati.
     Pukul putih telur dan jus lemoh hingga berbuih kemudian masukkan gula kastor sedikit demi sedikit hingga kental (bila diterbalikkan adunan meringue ini tidak jatuh - adunan B).
     Campurkan bahan B ke dalam bahan A sedikit demi sedikit secara kaupbalik dengan spatula hingga sebati.  Tuang ke dalam loyang dan bakar pada suhu : 160'C selama 50 minit secara 'steam-bath'. (Loyang yang berisi adunan cheese di letakkan dalam loyang yang lebih besar dan diisikan dengan air panas. Air panasnya jangan terlalu banyak sekadar 1/2 dari loyang adunan cheese tadi).


Glis/Topping :

   1   tsp   gelatin/serbuk agar-agar
 30   ml    air
150  gm   strawberry pie filling atau ikut pilihan

Cara membuat glis :

     Campurkan gelatin dengan air.  Panaskan sebentar dan campurkan strawberry filling.  Sapukan ke atas cheesecake, hiaskan ikut suka dan sejukkan.

Thursday, October 25, 2012

Majlis Graduasi Oktober 2012

 24/10/2012 (Rabu) -  Majlid Graduasi anak saya, AJ di MRSM Transkrian, 
di Parit Buntar.







Brownies




MARBLE CHEESE BROWNIES


resipi dari  :  kakzusemanisgula
dicuba oleh :  zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

250    gm         mentega
    1    cawan    serbuk koko
    3    biji         telur
1 1/2  cawan    gula kastor
1 1/2  cawan    susu cair
1 1/2  cawan    tepung gandum    )
    1    tsp         baking powder    ) ( diayak bersama)
    1    tsp         soda bikarbonat  )
    1    tsp         esen vanilla

Loyang :  10" x 10" persegi, gris & alas

Cara membuat :

1.   Panaskan oven pada suhu :  175'C.
2.   Cairkan mentega dan masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
3.   Hand whisk gula dan telur, kacau sebati.
4.   Masukkan adunan telur ke dalam adunan mentega dan koko tadi.
5.   Masukkan susu cair.  Akhir sekali masukkan esen vanilla, tepung, baking powder dan soda bikarbonat.  Gaul sebati.  (Asingkan sedikit adunan coklat untuk proses melorek corak marble).
6.   Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan api atas bawah.

Adunan Lapisan Cheese :

250  gm       cream cheese
    1  cawan  gula kastor
    1  biji       telur

Cara membuat :

1.   Putarkan cream cheese dan gula hingga kembang.
2.   Masukkan telur dan putar lagi.
3.   Keluarkan kek dari oven dan letakkan adunan cheese dan ratakan.
4.   Titik-titikkan adunan coklat yang diasingkan tadi ke atas adunan cheese.
5.   Lorekkan menggunakan lidi untuk membuat corak marble.
6.   Bakar semula selama 20 minit hingga 30 minit lagi.

Nota :   untuk letak strawberry atau inti lain, just dot-dot atas cheese kemudian buat swirl barulah dibakar.


Thursday, October 18, 2012

Kek Gula Hangus







KEK GULA HANGUS


rujukan dari   :   Citarasawan & dll., tqvm for this recipe
dicuba oleh   :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan Gula Hangus :

220  gm    gula pasir
240  ml     air panas
    2  tbsp  marjerin


Adunan Kek :

200  ml    susu pekat
    5  biji   telur (gred B)
    1  tsp   esen vanilla
120  gm   tepung gandum
    2  tsp   soda bikarbonat

Loyang :  8 inci, lenser dengan sedikit marjerin & alas


Cara membuat :

1.   Untuk Gula Hangus :  Masakkan gula pasir hingga cair, setelah bertukar warna keperangan, masukkan air panas perlahan-lahan kemudian kacau cepat-cepat hingga gula larut.  Kemudian masukkan marjerin, kacau rata.  Sejukkan dulu.

2.   Ayakkan tepung bersama soda bikarbonat.  Ketepikan.

3.   Pukul telur dan esen vanilla hingga sebati dan berbuih, masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga sebati.

4.   Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit.  Masukkan air gula hangus dan gaul rata dan sebati.

5.   Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar sebentar supaya tepung gandum tidak kelihatan bergentel.  Perapkan adunan selama 4 jam atau lebih (untuk mendapat sarang yang cantik, saya perap tidak sampai 4 jam maka sarangnya kurang, tapi ia tetap lembut dan sedap).

6.   Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar dengan api bawah selama 30 minit pada suhu : 160'C.  Kemudian tukarkan kepada api atas dan bawah dan bakar lagi selama 45 minit seterusnya.  (untuk adunan ini tempoh pembakaran adalah 1 jam 15 minit pada suhu yang sama).

Nota  :  menggunakan lebih dari 2 tsp. soda bikarbonat akan menyebabkan kek ini terasa pahit.

Muffin Pisang






MUFFIN PISANG


rujukan dari  :   'Istimewa Pemanis Mulut' - CTdelima.com
dicuba oleh   :   zaralovebaking.blogspot.com


Bahan-bahan :

      2  cawan   tepung gandum
1 1/3  cawan   gula kastor
      2  biji        pisang berangan yang ranum
   1/2  cawan   minyak masak
      2  biji        telur (gred A)
   1/3  cawan   susu segar
      1  tsp        soda bikarbonat
1 1/2  tsp        baking powder
beberapa titik esen pisang
kepingan badam/badam cincang untuk hiasan


Cara membuat :

1.   Hancurkan pisang dengan menggunakan garpu dan letakkan 1/2 tsp garam.  Ketepikan dulu.

2.   Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih (1 minit) baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3.   Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak dan tepung sedikit demi sedikit, titikkan beberapa titisan esen pisang dan akhir sekali masukkan susu segar, masa ini jangan guna mixer, guna spatula atau senduk kayu saja.

4.   Cedokkan adunan tadi didalam papercup (isikan 3/4 penuh), taburkan kepingan badam/badam cincang di atasnya.

5.   Bakar selama 20 minit pada suhu :  170'C.  

Wednesday, October 17, 2012

Kek yg moist & sedap


 RUSSIAN BLACK AND WHITE


Tuesday, October 16, 2012

Kelas dgn. Damira Bakery

 RUSSIAN BLACK AND WHITE
Kelas Russian Black And White dgn. Pn. Nor Hayati Ibrahim dari
Damira Bakery di No. 14, Jln. 5C/9, Seksyen 5
Bandar Baru Bangi  (16/10/2012 - Selasa, 2.30 - 5.30 pm)

Asam Pedas






ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI


rujukan dari  :  'buku 1 Hari 1 Resipi' - Chef Hanieliza
dicuba oleh :    zaralovebaking.blogspot.com


Bahan A :

500  gm         ikan tenggiri  (dibersihkan)
 10   biji         bendi  (saya tak letak)
   1   biji         tomato  (dipotong 4)
1/2   cawan    air asam jawa
   5   tangkai   daun kesum
   3   cawan    air
   3   tbsp       minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B  (dikisar) :

20   tangkai   cili kering
  1   labu        bawang besar
  3   biji          bawang merah
  3   ulas         bawang putih
  1   tsp          serbuk kunyit


Cara membuat :

1.   Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak dan wangi.
2.   Masukkan air asam jawa dan air.  Renehkan hingga mendidih.
3.   Masukkan ikan, garam, daun kesum dan bendi (jika guna), kemudian biarkan mendidih lagi.
4.   Masukkan tomato, perlahankan api, biarkan hingga pecah minyak dan tomato lembut.
5.   Angkat dan hidangkan dengan nasi putih dan ikan masin.