Wednesday, February 29, 2012
Tuesday, February 28, 2012
PEANUT BUTTER CUPCAKES
PEANUT BUTTER CUPCAKES (makes : 30 cupcakes paperliner No. 8)
source : Cupcakes by: Ivy (book)
tried : zaralovebaking.blogspot.com
Ingredients :
65 gm unsalted butter
1/2 cup smooth peanut butter
125 gm brown sugar
2 eggs
150 gm all purpose flour
1 tsp. baking powder
120 ml milk
1 tsp. vanilla extract
Method :
1. Preheat oven to 170'C.
2. Line cupcake tray with paper cup liners.
3. Sift togther flour and baking powder.
4. Cream butter, sugar and peanut butter with electric mixer for 2-3 minutes.
5. Beat in the eggs, one at a time.
6. Add vanilla and mix well.
7. Alternately add flour and milk in two batches to creamed butter mixture.
8. Fill each paper cup two-thirds (2/3) full.
9. Bake for 15 to 18 minutes or when skewer inserted in centre of cupcake comes out clean.
10. Decorate as desired. (I decorate mine with Peanut Butter Frosting).
Peanut Butter Frosting :
70 gm unsalted butter
1/2 cup creamy peanut butter
150 gm icing sugar - sifted
2 tbsp. milk
Method :
Beat butter and peanut butter until soft. Add sugar and beat on low speed until combined. Add milk and beat until smooth.
HAPPY BAKING
Labels:
Cupcake/kek cawan
Saya, hubby dan anak bercuti ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia. Percutian ini telah lama direncang oleh hubby sempena Hari Jadi saya dan anak. Terima kasih kepada suamiku di atas percutian ini. Kami seronok menikmati percutian ini. Tapi kami tidaklah shopping sangat kerana tiada apa yang perlu dibeli, memadai serba sedikit jer.
14/2/2012 (Selasa) Padang, Indonesia
Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Labels:
Album Famili
15/2/2012 (Rabu) Bukit Tinggi, Padang Indonesia
16/2/2012 (Khamis) Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
di rumah yang menjual hasil sulaman & telekong bersulam.
Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Labels:
Album Famili
15/2/2012 (Rabu) Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Bukit Tinggi, Padang, Indonesia
Labels:
Album Famili
Saturday, February 25, 2012
Salam semua! Hari ini saya mencuba resipi Serimuka Sri Kedah yang saya pelajari di dalam kelas Chef Asma. Resipi ini sudah lama saya simpan, cuma belum ada kelapangan untuk mencubanya. Baru hari ini saya ada masa untuk mencubanya. Disini saya letakkan resipinya untuk sesiapa yang sudi mencubanya. Kuih ini sangat sedap. Tapi permukaan serimuka ini mengerutu disebabkan terlebih masak naik wap (adunannya agak pekat). Lain kali saya akan mencubanya lagi kerana tidak puas hati dengan hasilnya.
SERIMUKA SRI KEDAH
SERIMUKA SRI KEDAH (tray : 10" x 10" x 2")
oleh : Chef Asma
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Lapisan Bawah :
450 gm beras pulut (rendam 4 jam & toskan)
150 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp. garam (ratakan)
Satukan kesemua bahan lapisan bawah (pulut) hingga sebati dan kukus selama 30 minit. Apabila telah masak tekankan pulut ke dalam loyang yang telah di alas dengan plastik. Tuangkan lapisan tengah dan kukus selama 25 minit. Kemudian tuangkan lapisan bawah dan kukus selama 30 minit hingga masak.
Bahan Lapisan Tengah :
50 gm tepung gandum
150 gm gula kastor
3 biji telur (gred B)
300 ml air
100 ml santan pekat
1/8 tsp. pewarna hijau
1/2 tsp. esen vanilla
1/2 tsp. garam
Satukan kesemua bahan lapisan tengah dan kacaukan hingga sebati. Tapiskan jika perlu dan masakkan naik wap. Tuangkan ke atas pulut yang telah masak tadi. Kukus selama 25 minit.
Bahan Lapisan Atas :
50 gm tepung kastad
150 gm gula kastor
3 biji telur (gred B)
300 ml air
100 ml santan pekat
1/4 tsp. garam
1/4 tsp. esen vanilla
sedikit pewarna kuning
Satukan kesemua bahan lapisan atas hingga sebati. Tapiskan jika bergentel. Masakkan naik wap dan tuangkan ke atas lapisan tengah. Kukus selama 30 minit hingga masak dengan api sederhana besar. SELAMAT MENCUBA.
Labels:
Talam
Salam semua! Menerima tempahan dari jiran ku untuk buat Talam Suji & Serimuka Kaya. Dibawah ini di letakkan resipi kedua-dua talam ini. Tetapi gambar untuk Serimuka Kaya tidak sempat diambil gambarnya. Harap maaf ya.
TALAM SUJI (tray : 10"x10"x2")
oleh : Chef Asma & Yatiememories
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan bawah (A) :
180 gm tepung suji )
450 ml air ) direndam selama 30 minit
Bahan bawah (B) :
220 gm gula kastor
2 biji telur
200 ml santan (kotak sebarang brand)
250 ml air
sedikit pewarna kuning
Satukan bahan A dan B. Gaulkan hingga sebati dan masak naik wap. Kemudian kukus selama 25 minit.
Bahan atas (A) :
300 gm gula merah )
50 gm gula kastor ) rendam sekejap kemudian masak hingga gula larut & sejukkan.
500 ml air )
Bahan atas (B) :
150 gm tepung gandum
3 biji telur
250 ml santan
1/2 tsp. garam
Satukan bahan atas A dan B hingga sebati dan tapiskan. Masakkan naik wap. Kukus selama 30 minit.
SERIMUKA KAYA (tray : 10" x 10" x 2")
oleh : Chef Asma
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan Lapisan Bawah :
450 gm beras pulut (rendam 4 jam & toskan)
150 ml santan pekat
400 ml air
2 tsp. garam
Cara membuat :
1. Satukan semua bahan dan kukus selama 30 minit.
2. Apabila masak tekankan pulut ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastik.
3. Tuangkan lapisan atas dan kukus lagi selama 30 minit hingga masak.
Bahan Lapisan Atas (A) :
300 gm gula merah
50 gm gula kastor
500 ml air
Bahan Lapisan Atas (B) :
150 gm tepung gandum
5 biji telur (gred B)
250 ml santan
1/2 tsp. garam
2 tsp. nescafe (optional)/gula hitam
Cara membuat :
1. Masakkan bahan A hingga kedua-dua gula larut dan tapiskan. Biarkan sejuk.
2. Bancuhkan kesemua bahan B hingga sebati. Tapiskan.
3. Satukan bahan A dan B hingga sebati. Tapiskan jika adunan bergentel.
4. Masakkan naik wap hingga agak-agak pekat (tetapi jangan terlalu pekat atau terlalu cair). Tutupkan api dan tuangkan ke atas lapisan bawah (pulut) tadi dan kukus semula selama 30 minit hingga masak.
Labels:
Talam
Friday, February 24, 2012
Salam semua! Hari ini saya mencuba Kek Puding Karamel yang mana kebanyakkan teman-teman di alam maya banyak telah mencubanya. Maka saya juga teringin untuk mencubanya. Inilah hasilnya tetapi tidaklah terlalu cantik tetapi kek ini sedap.
KEK PUDING KARAMEL
KEK PUDING KARAMEL (loyang : 8 inci bulat)
oleh : Munirah Baharum, Azlita dari blog Masam-Masam Manis & Noorsha blogspot.com
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Gula hangus : 2 tbsp. gula pasir
Taburkan gula pasir dalam loyang dan masakkan atas api perlahan. Biarkan gula hancur dan warna bertukar perang. Ratakan. Biar sejuk. Ketepikan dahulu.
Bahan karamel :
1/2 tin susu cair
70 gm gula kastor
1/2 tsp. esen vanilla
3 biji kuning telur
Kacau susu dan gula hingga gula larut. Kacaukan telur dan esen vanilla perlahan-lahan. Satukan kedua-dua bahan dan kacau rata perlahan-lahan saja. Tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Ketepikan. (Kalau nak dapat lapisan karamel yang tebal, gandakan adunan ini. Adunan ini tidak perlu dibakar dahulu. Ianya akan dibakar bersama adunan kek nanti).
Bahan Kek 1 :
70 gm gula kastor
3 biji kuning telur
135 ml air
45 ml minyak masak
Pukul kuning telur, minyak dan air hingga gebu dan bertukar warna putih. Masukkan gula dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Bahan Kek 2 :
140 gm tepung gandum )
1 tsp. baking powder ) diayak bersama
Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak sedikit demi sedikit dan kacau perlahan secara kaup balik hingga semua bergaul sempurna. Ketepikan.
Meringue :
6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 tsp. cream of tartar
Pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan gula dan cream of tartar, terus pukul hingga kental. Masukkan 1/3 bahagian meringue ke dalam adunan tepung tadi. Gaul rata secara kaup balik. Kemudian masukkan baki meringue dan ratakan hingga bergaul sempurna dan sebati. Kacau perlahan-lahan.
Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut pilihan. Tuangkan adunan kek ke atas lapisan karamel tadi secara berselang-seli hingga habis.
Bakar guna api bawah sahaja secara steam bath dengan suhu : 170'C dan bila dah dimasukkan ke dalam oven, turunkan suhu kepada 160'C dan bakar selama 1 jam hingga masak.
Setelah masak, biar kek kekal dalam oven hingga kek renggang di tepi loyang. Terbalikkan atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri. Potong dan hidang kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Labels:
Kek
Thursday, February 23, 2012
APAM KUKUS CHOCOLATE RICE
APAM KUKUS CHOCOLATE RICE
dari blog : Citarasawan
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
200 gm gula halus
2 biji telur (gred A)
160 ml air
225 gm tepung gandum
1/4 tsp. garam
1/2 tsp. double-action baking powder
1 tsp. ovalet
30 gm chocolate rice
Pewarna dan perisa ikut pilihan
Cara membuat :
Satukan telur, gula dan air. Pukul hingga putih dan berbuih. Ayakkan tepung gandum, double-action baking powder dan garam. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur sambil dipukul perlahan hingga sebati. Masukkan ovalet dan pukul dengan kelajuan tinggi hingga kental. Masukkan sedikit pewarna dan perisa ikut pilihan dan chocolate rice dan kaup balik secara perlahan hingga rata.
Panaskan pengukus. Masukkan adunan ke dalam acuan lompang yang di alas dengan cawan kertas (no. 8). Jarakkan acuan supaya apam boleh mengembang sepenuhnya. Tuangkan adunan hingga penuh.
Kukus selama 15-20 minit.
Labels:
Apam
AYAM BERLADO
dari : Majalah SAJI Mac 2012
AYAM BERLADO
dari : Majalah SAJI Mac 2012
Bahan-bahan :
1 kg/ekor ayam (potong kecil)
8 tangkai cili merah - kisar kasar
Minyak masak untuk menggoreng
1 tbsp. cuka
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Bahan Kisar :
6 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Cara menyediakan :
1. Ayam digaulkan dengan serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
3. Masukkan ayam goreng dan gaulkan sebati. Tambahkan garam secukup rasa.
4. Apabila sudah sebati, masukkan sedikit cuka dan gaulkan rata. Angkat dan hidangkan.
Labels:
Ayam
SUP SAYUR BERTELUR
SUP SAYUR BERTELUR
oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1/2 potong sayur kubis cina (yang panjang)
1/2 batang lobak merah (potong ikut suka)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 biji bawang merah (hiris)
1 biji telur (pukul sikit)
sedikit ikan bilis
sedikit daun kucai (untuk taburan)
sedikit bawang goreng (untuk taburan)
garam dan lada sulah secukupnya
Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga berbau harum dan garing. Masukkan lobak merah, gaul rata. Masukkan telur yang telah dipukul ringan tadi. Gaul sebati. Masukkan sayur serta sedikit air. Perisakan dengan garam dan serbuk lada sulah secukupnya.
Akhir sekali masukkan daun kucai. Gaul sebati dan tutup api. Ketika menghidangkan, taburkan dengan sedikit bawang goreng.
Labels:
Sayur
Wednesday, February 22, 2012
Salam semua! Disebabkan masih ada baki keladi ni maka saya mencuba resipi ini pula iaitu Apam Keladi. Sayang pula nak buang baki keladi ni. Almaklumlah keladi ni harganya agak mahal. Resipi ini dari buku. Rasanya sedap dan gebu sekali. Cubalah.
APAM KELADI
oleh :Pn. Azimah Mansor
guna acuan putu ayu
dalam pelbagai acuan
APAM KELADI
oleh : Chef Azimah Mansor
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
300 gm keladi (dipotong dadu & dikukus)
400 gm tepung superfine
350 gm gula kastor
250 ml santan (100 ml santan pekat + 150 ml air)
1 tbsp. baking powder
5 biji telur (gred B)
11 gm yis segera (1 tbsp.)
1 tsp. garam
1 tsp. esen keladi
sedikit pewarna ungu
Cara-cara :
1. Keladi dan santan dikisar halus. Ketepikan.
2. Telur, gula dan garam dipukul hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan tepung, yis dan baking powder. Pukul rata-rata.
4. Masukkan adunan santan dan esen sambil dikacau rata.
5. Perap selama 1 jam.
6. Panaskan kukusan dan acuan lompang disapu sedikit minyak. (Boleh juga guna papercup yang diletakkan dalam acuan lompang).
7. Isikan adunan 3/4 tinggi acuan.
8. Kukus selama 15 minit.
Labels:
Apam
Tuesday, February 21, 2012
oleh : Yatiememories.blogspot.com
Salam semua! Hari ini saya mencuba resipi dari blog Yatiememories untuk menghilangkan rasa bosan dirumah. Kuih ini sedap dan kemanisannya pun sederhana iaitu tidak terlalu manis. Tetapi potongan kuih ini tidak berapa cantik kerana ianya dipotong ketika ianya belum betul-betul sejuk sebabnya kerana terlalu ingin merasanya. Disini saya salinkan resipinya. Minta izin dari tuanpunya resipi ini. Tqvm. (resipi asal kuih lapis labu)
KUIH LAPIS KELADI
oleh : Yatiememories.blogspot.com
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan A :
2 cawan air
1 1/4 cawan gula halus
1/2 tsp. garam
2 helai daun pandan - disimpul
Bahan B :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air
Bahan C :
1/2 cawan santan pekat
Bahan D :
1 cawan keladi (rebus )
sedikit pewarna ungu (jika suka)
Cara membuat :
1. Masakkan bahan A hingga gula larut dan sejukkan. Ketepikan dahulu.
2. Dalam bekas lain, satukan bahan B. Gaul rata dan masukkan bahan A ke dalam bahan B.
3. Kacau hingga sebati, tapiskan adunan dan bahagikan kepada 2 bahagian sama rata.
4. Satu bahagian masukkan bahan C (santan) dan satu bahagian lagi bahan D (keladi) serta sedikit pewarna ungu.
5. Bahagikan pula setiap bahagian pada 3 bahagian supaya jumlah cecair sama iaitu 3 ungu dan 3 lagi putih.
6. Masukkan adunan keladi ke dalam loyang 8 inci yang telah disapu minyak terlebih dahulu dan kukus selama 7 minit.
7. Kemudian masukkan adunan santan dan kukus selama 7 minit.
8. Ulang hingga habis. Adunan akhir kukus 20 minit dengan api sederhana supaya permukaan kuih licin dan cantik. Sejukkan barulah dipotong.
Nota : resipi asal kuih lapis labu tapi ditukar keladi kerana tiada stok labu dirumah.
Labels:
Kuih-muih
Monday, February 20, 2012
Apam Polka Dot
Apam Polka Dot - tempahan dari jiran ku Pn. Alin
sebanyak 70 biji, tqvm. (20/2/2012 - Isnin)
Labels:
Tempahan
RICH COCOA PUDDING
RICH COCOA PUDDING
RICH COCOA PUDDING
oleh : rossitamz-kitchen.blogspot
dicuba oleh : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus
1/2 cawan susu tepung/susu krimer (saya guna coffemate jer)
1/2 tsp. garam halus
4 tbsp. tepung jagung
4 1/4 cawan air biasa
1/2 tsp. esen vanilla
10 gm serbuk Jelly Konnyakku/serbuk agar-agar (saya guna Konnyakku)
3 tbsp. mentega
Bahan lain : susu cair secukupnya
Buah-buahan dalam tin secukupnya
Cara membuat :
1. Satukan kesemua bahan kecuali mentega dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua larut.
2. Tapiskan ke dalam periuk dan masakkan dengan api sederhana hingga bancuhan menjadi pekat. Tutup api.
3. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu.
5. Sejukkan dan hidangkan bersama susu cair dan buah-buahan dalam tin jika suka.
Labels:
Puding
Sunday, February 19, 2012
PUDING MARBLE
PUDING MARBLE
PUDING MARBLE
oleh : serojakitchen.blogspot.com
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
160 gm gula kastor/gula pasir
800 ml air biasa
1 biji telur
60 gm mentega
1/2 tin susu cair
1 tbsp. tepung kastad
1 tbsp. serbuk koko (bancuh dengan sedikit air panas)
1/2 tsp. esen vanilla
sedikit pewarna lain yang digemari
Cara membuat :
Satukan serbuk agar-agar, gula kastor dan air. Masakkan hingga mendidih dan gula larut. Pukul telur sebentar dan masukkan susu cair dan tepung kastad - kacau rata dan tuangkan ke dalam agar-agar tadi sambil dikacau lagi. Kemudian masukkan mentega dan kacau lagi. Tutupkan api. Tapiskan jika perlu.
Bahagikan kepada 2 bahagian dan letakkan pewarna yang digemari dan tuangkan ke dalam acuan/loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu secara berselang-seli hingga habis. (salah satu daripada bancuhan tadi dicampurkan dengan serbuk koko yang telah dibancuh tadi).
Sejukkan sebentar dan simpan dalam peti sejuk.
(menghasilkan : 13 biji acuan bunga ros seperti di atas).
Labels:
Puding
Monday, February 13, 2012
KEK KUKUS ISABELLA NESTUM
buku : Kek Kukus oleh : Chef Zubaidah
KEK KUKUS ISABELLA NESTUM
Bahan-bahan :
250 gm mentega
100 gm tepung naik sendiri
100 gm tepung superfine
200 gm Nestum biasa
200 gm gula kastor
5 biji telur (gred B)
200 gm susu pekat manis
1 tsp. esen vanilla
Pewarna pink
Cara membuat :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan susu pekat manis dan esen vanilla.
4. Akhir sekali masukkan tepung naik sendiri, tepung superfine dan Nestum.
5. Gaul rata. Acuan : 8" bulat - griskan dan alas.
6. Ambil sedikit adunan dan warnakan dengan warna pink.
7. Tuangkan adunan kosong sehingga separuh acuan dan sudukan warna pink di atasnya.
8. Hiaskan ikut citarasa dan kukus selama 30 minit/hingga masak.
Nota : Kek ini agak manis. Kurangkan gula atau susu pekat jika tidak suka manis. Kek ini sedap.
Labels:
Kek
Bergambar di Kelab Salahuddin Abd. Aziz di Shah Alam sempena majlis
kahwin anak sahabat saya Erol - 8/1/2012 (Ahad)
Labels:
Majlis kahwin
Subscribe to:
Posts (Atom)