Thursday, August 31, 2017
MASAK LEMAK KUNING LABU...
MASAK LEMAK KUNING LABU
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
500 gm labu kuning ~ dikupas kulit & dipotong kiub kecil
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 labu bawang besar ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris
2 sudu besar udang kering atau ikan bilis
Garam secukup rasa
Daun kunyit ~ dicarik
Sedikit serbuk kunyit
2 batang serai ~ dititik
Sedikit lada hitam ~ ditumbuk kasar
Cara Memasak :
1. Masukkan kesemua bahan kecuali santan, cili merah dan daun kunyit ke dalam periuk. Rebus sehingga labu lembut.
2. Apabila sudah mendidih dan labu lembut, masukkan santan, cili merah, daun kunyit dan serbuk lada hitam.
3. Masakkan sehingga mendidih sekali lagi. Sesuaikan rasanya dan apabila sudah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan...
Labels:
Sayur
BISKUT SAMPERIT SUSU...
BISKUT SAMPERIT SUSU
PERISA PANDAN
rujukan : ruzitakitchen...
Bahan-Bahan :
200 gm susu pekat manis
400 gm tepung jagung
25 gm tepung gandum (saya tambah)
200 gm mentega (jika guna mentega berkualiti lagi sedap)
1 sudu teh pandan emulco (saya tambah)
Sedikit pewarna hijau (saya tambah)
Cara-Cara :
1. Pukul susu pekat manis dan mentega sekadar sebati sahaja. (Saya guna senduk kayu).
2. Masukkan pandan emulco dan pewarna hijau secukupnya, gaul sebati.
3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut. (Jangan terlampau keras nanti tidak terdaya nak menekan).
4. Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam acuan samperit dan tekankan ke atas dulang pembakar. Hiaskan dengan potongan ceri merah sebagai hiasan atau sebarang hiasan yang digemari.
5. Bakar di dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 15 minit atau sehingga kelihatan keperangan dikelililing/dibawah biskut...
Labels:
Biskut/Cookies
Sunday, August 27, 2017
MAJLIS PERTUNANGAN 2017...
27/7/2017 (Ahad) Sekitar acara majlis pertunangan anak bungsu (DR. ATIKAH BT MOHD AMIN) kepada abang & kakak ipar
En. Mohd Amin & Pn. Norhayati
sedikit buah tangan yang sempat dibuat untuk dibawa ke majlis berkenaan...
Labels:
Album Famili
KUIH LOMPANG...
KUIH LOMPANG
rujukan : resepicitarasawan...
Bahan A :
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Bahan B :
2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi atau tepung sago
2 cawan air
1 sudu teh esen rose
1 sudu teh air kapur
Bahan C :
1/2 biji kelapa parut putih *
sedikit garam * (* Gaulkan & kukus sebentar )
Cara-Cara :
1. Masak bahan A sehingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan bahan B, sebatikan dan tuangkan bahan A (air gula), gaul sehingga rata, kemudian ditapis.
3. Celupkan jari di dalam adunan, jika melekat pada jari, bolehlah digunakan. Panaskan pengukus dan acuan lompang.
4. Tuangkan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus selama 25-30 minit.
5. Jika mahukan lompang berwarna-warni, asingkan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan dengan pewarna pilihan pada setiap bahagian adunan tadi.
6. Setelah masak, biarkan sejuk dan keluarkan dari acuan. Hidangkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam...
Labels:
Kuih-muih
Saturday, August 26, 2017
RICH CHOCOLATE CHIP MUFFINS...
selepas keluar dari oven...
SUPER EASY RICH CHOCOLATE CHIP MUFFINS
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan A :
2 biji telur gred A/B (saya guna gred A)
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
Bahan B :
190 gm tepung gandum
1 sudu teh double action baking powder
1/2 sudu teh baking soda@soda bikarbonate
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan chocolate chips (tinggalkan sedikit untuk tabur)
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A, gaul rata.
2. Tuangkan adunan ke dalam muffin liner anggaran 3/4 penuh dan taburkan baki chocolate chips yang diasingkan tadi di atasnya.
3. Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170'C selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
NOTA : Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap dan lembut/moist.
(Menghasilkan : 20 biji saiz kecil (soufle cup 2.0 oz)...
Labels:
Muffin
ZUCCHINI-CHOCOLATE CHIP MUFFINS...
ZUCCHINI-CHOCOLATE CHIP MUFFINS
adapted from : allrecipes.com@edhoward; (Makes : 14)
Ingredients :
1 1/2 cups all-purpose flour
3/4 cup white sugar
1 tsp baking soda
1 tsp ground cinnamon
1/2 tsp salt
1 egg, lightly beaten (I use large egg)
1/2 cup vegetable oil
1/4 cup milk
1 tbsp lemon juice
1 tsp vanilla extract
1 cup shredded zucchini (I shred with the skin as well, but this is optional)
1/2 cup miniature semisweet chocolate chips
1/2 cup chopped walnuts
Directions :
1. Preheat oven to 350'F/175'C. Grease muffin cups, or line with paper muffin liners. Set aside.
2. Combine flour, sugar, baking soda, ground cinnamon and salt in a large bowl. Mix egg, oil, milk, lemon juice and vanilla extract in another bowl; then stir into dry ingredients until just moistened. Fold in zucchini, chocolate chips and walnuts. Fill prepared muffin cups 2/3 full.
3. Bake in preheated oven until a toothpick inserted into the center of a muffin comes out clean, 20 to 25 minutes. Serves and Enjoy!!!
Labels:
Muffin
SAMBAL KENTANG CAMPUR IKAN BILIS...
SAMBAL KENTANG CAMPUR
IKAN BILIS
rujukan : resepinannie.blogspot.my
Bahan-Bahan :
4 biji ubi kentang yang besar
1 cawan ikan bilis
2 biji bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Air asam jawa secukup rasa
Bahan Kisar Halus :
3 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas sehingga kembang
4 biji cili merah
4 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih yang besar
Belacan sebesar syiling 50 sen
Sedikit air
Cara Memasak :
1. Ubi kentang dikupas kulitnya serta dipotong ikut suka. Rebus cili kering atau rendamkan di dalam air mendidih sehingga kembang (toskan airnya). Kisarkan kesemua bahan kisar halus dan ketepikan.
2. Basuh ikan bilis dan toskan kemudian bolehlah digoreng ikan bilis sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan. Goreng pula ubi kentang sehingga empuk lembut, toskan dan ketepikan dulu.
3. Sediakan kuali dan masukkan sedikit minyak, tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi. Masukkan gula, air asam jawa dan kacau. Biarkan cili masak sampai bertukar warna dan pecah minyak.
4. Bila sambah sudah masak, masukkan bawang besar yang dihiris nipis membulat dan kacau sampai bawang layu. Masukkan ikan bilis dan ubi kentang goreng tadi kemudian masukkan garam secukup rasa, teruskan kacau sehingga sebati/mesra. Kacau sambal dalam 1-2 minit dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
TUMIS SUHUN PETOLA...
TUMIS SUHUN PETOLA
rujukan : RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
250 gm petola (anggaran 1 batang saiz sederhana panjang) ~ buang kulit ari & hiris bulat
100 gm suhun ~ direndam hingga lembut (anggaran 1 paket kecil)
1 sudu teh udang kering
3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
2cm halia muda ~ dihiris
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukupnya
Air secukupnya
Sedikit minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering hingga wangi.
2. Masukkan air secukupnya dan biarkan mereneh/mendidih.
3. Masukkan serbuk pati ayam dan garam secukupnya.
4. Kemudian masukkan pula petola dan suhun.
5. Selepas dua atau tiga minit, tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas...
Labels:
Sayur
Friday, August 25, 2017
APPLE CRUMBLE MUFFINS...
APPLE CRUMBLE MUFFINS
rujukan : seleraputeri.blogspot.my
Bahan Topping :
70 gm gula perang
60 gm tepung gandum
50 gm mentega ~ cairkan
1 sudu teh serbuk kayu manis
Bahan Muffin :
210 gm gula perang
140 gm minyak jagung
1 biji telur (saya guna gred A)
200 gm buttermilk
1/2 sudu teh soda bikarbonate
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla *
1/2 sudu teh esen epal * (atau 1 sudu teh esen vanilla *)
300 gm tepung gandum
230 gm epal hijau yang telah dibuang kulit & dipotong dadu
Cara-Cara :
Panaskan over terlebih dahulu pada suhu 200'C selama 30 minit.
Isikan loyang muffin dengan cawan kertas. Ketepikan.
Ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan.
Campurkan kesemua bahan-bahan topping dan gaul sehingga menjadi crumble. Ketepikan.
Sementara itu, satukan gula perang, minyak jagung dan telur di dalam mangkuk adunan.
Di dalam bekas berasingan, satukan buttermilk, soda bikarbonate, garam dan esen vanilla.
Masukkan campuran tepung ke dalam campuran minyak berselang-seli dengan campuran buttermilk.
Kacau sehingga sekadar sebati. (Jangan terlebih kacau). Masukkan epal yang dipotong dadu.
Sudukan adunan ke dalam cawan kertas dan taburkan dengan bahan topping di atas setiap muffin.
Turunkan suhu pada 170'C dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak sepenuhnya....
Labels:
Muffin
SAMBAL SARDIN...
SAMBAL SARDIN
sumber : MyResipi.com@Norhayani Mohd Nor
Bahan-Bahan : (untuk 2 orang)
1 tin kecil sardin
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut & toskan
1 sudu kecil pes asam jawa
1/4 cawan minyak masak
1 sudu besar kicap pekat manis
Sedikit garam & gula
Cara Memasak :
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering sehingga halus.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar sehingga garing dan pecah minyak.
3. Masukkan sardin, pes asam jawa, garam, gula dan kicap. Masak sehingga pekat.
4. Sedia dihidangkan...
Labels:
Sambal & Sos
Subscribe to:
Posts (Atom)