KEK PISANG

Wednesday, May 30, 2018

APAM PISANG CHOCOLATE RICE...










APAM PISANG CHOCOLATE RICE
rujukan :    khaizu72bz.blogspot.my & Fiza's Cooking...




Bahan-Bahan :

5  biji  pisang emas  (kalau guna pisang besar dalam 3 biji)
1  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonat
1/4  sudu teh  esen pisang
Secubit garam
70  ml  minyak masak
1/2  cawan  gula perang
2  biji  telur gred A
1  sudu besar  susu pekat manis
1  sudu teh ovalette
3  sudu besar  chocolate rice


Cara-Cara :

Panaskan kukusan.  Balut tutup kukus dengan kain.
Sediakan acuan kecil atau loyang saiz 8 inci bulat dan oleskan dengan sedikit minyak.
Lecek pisang sehingga halus.  Kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat, ketepikan.
Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, garam dan baking powder.  Kemudian ayak, ketepikan.
Dalam bekas lain, pukul telur, susu pekat manis, ovalette, gula perang dan minyak sehingga pekat dan berkrim.  Kemudian masukkan adunan pisang yang dilecek tadi.  Kacau sebati.
Kemudian masukkan pula tepung dan gaul rata.  Akhir sekali masukkan chocolate rice dan gaul sempurna.  Tuangkan adunan ke dalam acuan kecil atau loyang.
Kukus adunan selama 20-25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang.
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.  Hidangkan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.  Makan tanpa kelapa pun sedap...

RESEPI BISKUT BUAH KANA...












RESEPI BISKUT BUAH KANA
VERSI CELORENG
rujukan :    FB/Pn. Amanda Rania Zafreene &
daridapur.com...




Bahan-Bahan :

150  gm  butter  (gunakan pure butter untuk lagi sedap)
90  gm  gula aising
1  biji  kuning telur gred B
180  gm  tepung gandum
100  gm  tepung jagung
1/2  sudu teh  baking powder
Jem buah-buahan secukupnya  ~  sebagai filling


****  Untuk mencantikkan biskut ini, boleh gunakan pewarna pilihan dan juga biskut ini boleh dicantumkan bersama menggunakan jem buah-buahan...


Cara-Cara :

1.  Ayak terlebih dahulu tepung gandum bersama tepung jagung dan juga baking powder supaya sebati.  Ketepikan.

2.  Pukul butter bersama gula aising dan kuning telur sehingga sebati.  Tidak perlu sampai kembang.

3.  Masukkan bahan-bahan ayak tadi sedikit demi sedikit sambil menguli dengan tangan.  (Kalau nak masukkan pewarna, masukkan pada ketika ini).  Bila sudah siap rehatkan adunan biskut kana ini dalam masa 10 minit.

4.  Ambil sedikit doh dan bentukkan ke dalam acuan buah kana (gambar seperti di atas).  Selepas dikeluarkan daripada acuan, susun biskut ke atas dulang pembakar yang sudah disapu/digris dengan lapisan nipis marjerin.

5.  Bakar pada suhu 170'C - 180'C bergantung pada oven masing-masing selama 20-25 minit sehingga masak.  Selepas dikeluarkan dari oven, sapukan jem ketika biskut masih panas...


NOTA :    Untuk mencantikkan biskut ini, bolehlah gunakan pewarna yang anda mahu...

SOSEJ SAMBAL...










SOSEJ SAMBAL
rujukan :    rabiatunsweettouch...




Bahan-Bahan :

5-6  batang  sosej  ~   dicelur seketika, toskan & dipotong 2 atau 3
4  ulas  bawang merah *
1  ulas  bawang putih *   ( * ditumbuk )
4  sudu besar  cili giling
Sedikit kicap lemak manis  ~   untuk warna sambal yang menarik
1  biji  bawang besar saiz sederhana  ~  dihiris
1  biji  cili hijau  ~  dihiris kasar
Sedikit air
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak


Cara-Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali.  Tumiskan cili giling bersama bahan tumbuk sehingga naik minyak dan masak.  Kacau sebati.

2.  Masukkan sedikit gula dan kicap lemak manis secukupnya.  Jika terlalu kering, masukkan sedikit air.

3.  Perasakan dengan garam secukup rasa.  Masukkan sosej, cili hijau dan juga bawang besar.  Kacau-kacau sehingga semuanya sebati.  Angkat dan sedia dihidangkan...

Tuesday, May 29, 2018

BISKUT CORNFLAKE MADU...










BISKUT CORNFLAKE MADU




Bahan-Bahan :

4  cawan  cornflakes  (brand Kellogg's)
1/4  cawan  madu
1/4  cawan  mentega  (80 gm)
1 1/2  sudu besar  gula perang
Papercup secukupnya
Sprinkles sebagai hiasan  (optional)
Ceri merah/hijau dihiris kecil sebagai hiasan  (optional)


Cara-Cara :

1.  Cairkan mentega, madu dan gula perang dengan api yang kecil.  Kacau sehingga mentega cair.  Manakala cornflakes dihancurkan/diramaskan sedikit dan dimasukkan ke dalam bekas/mangkuk besar.

2.  Campuran mentega, madu dan gula perang dituangkan ke dalam bekas/mangkuk berisi cornflakes tadi.  Gaulkan rata sehingga semua cornflakes diselaputi dengan campuran mentega, madu dan gula perang.

3.  Sudukan ke dalam papercup dan taburkan hiasan pilihan (jika suka) ke atasnya.  Susunkan di dalam loyang pembakar dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu yang bersesuaian.  (saya guna suhu 140'C-150'C)...

Sunday, May 27, 2018

MOIST STRAWBERRY CUPCAKES...










MOIST STRAWBERRY CUPCAKES
adapted from :    anncoojournal.com
makes :   12 pcs




Ingredients :

2 1/2  tbsp  strawberry jam
80-100  gm  fresh strawberries  ~  chop to small pieces
150  gm  plain flour
1 1/4  tsp  baking powder
1/4  tsp  salt
100  gm  caster sugar
125  gm  butter  ~  softened
3  egg  whites  ~  use large egg at 70 gm each, room temperature  ~  lightly beaten
1/2  tsp  vanilla extract
2  drops of rose pink food colouring
70  gm  full cream milk/whipping cream


Method :

1.  Preheat oven to 180'C.  Position the rack in the middle of the oven.

2.  Sieve plain flour, baking powder and salt together, set aside.

3.  Beat sugar dan butter until light and fluffy.

4.  Add egg whites, vanilla extract and food colouring, and beat until combined.  (the mixture will look rather watery at this stage).

5.  Add flour mixture in three additions, alternating with milk in two additions, beating until just combined.  Do not over beat.

6.  Fold in the strawberry jam with a spatula until just combined and lastly add in the chopped strawberries.

7.  Fill batter into the prepared cupcake liners to 3/4 full.  Bake for 25 minutes until centres bounce back when lightly tough or when skewer inserted comes out clean.

8.  Decorate as desired if you wish...

KUIH TEPUNG PELITA...









KUIH TEPUNG PELITA
rujukan :    LiNaPg@Teratak Mutiasa Kasih...




Bahan Lapisan Hijau :

1  cawan  tepung beras
1  cawan  gula 
5  cawan  air *
4  helai  daun pandan dikisar dengan sedikit air, perah, tapis ambil jusnya *
1  sudu kecil  air kapur  (kali ini saya skip)
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit garam


Bahan Lapisan Putih :

4  sudu besar  tepung beras  (ratakan)
2  sudu besar  tepung ubi
1  cawan  santan pekat
3  cawan  air
Sedikit garam


Bahan Lain :

Gula untuk ditabur di tengah lapisan (jika suka)
Bekas kecil/daun pisang dibentuk sampan


Cara-Cara Bahagian Hijau :

Satukan semua bahan lapisan hijau di dalam periuk, kacau atas api kecil sehingga kelihatan meletup-letup dan nampak berkilat.  Kemudian tuangkan ke dalam acuan yang disediakan.  Taburkan gula di atas lapisan hijau (jika suka lebih manis).  Biarkan seketika.


Cara-Cara Bahagian Putih :

Satukan semua bahan lapisan putih di dalam periuk, lakukan proses yang sama seperti Bahagian Bawah (lapisan hijau) tadi.  Kacau sehingga masak berkilat dan ada letupan kecil.  Tutup api dan tuangkan ke atas bahagian hijau tadi...

AYAM MASAK HITAM...









AYAM MASAK HITAM
sumber :    Insta@resepisedap...




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~  dipotong kecil
10  tangkai  cili kering
3  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
Halia sebesar ibu jari
1  biji  tomato  ~  potong ikut suka  (buat hiasan)
1  biji  bawang besar  ~  potong ikut suka
Kicap lemak manis secukup rasa
Rempah untuk menumis  (2 biji pelaga, 1 kuntum bunga lawang & 1 batang kulit kayu manis)


Cara Memasak :

1.  Kisar bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia.

2.  Ayam dipotong kecil, gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit dan goreng separuh masak.

3.  Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar, biarkan sehingga pecah minyak.

4.  Masukkan ayam goreng tadi, tambahkan kicap lemak manis secukupnya kemudian tambahkan air dalam 1/2 cawan dan tutup kuali dan biarkan sehingga mendidih.

5.  Masukkan gula, garam secukup rasa, tomato dan bawang besar.  Biarkan mendidih seketika dan apabila kuah dah pekat, tutup api dan sedia dihidangkan...

Thursday, May 24, 2018

LOMPANG LAICI YEO'S...





sangat sedap, saya buat 1/2 adunan dari resepi dibawah dan menghasilkan : 8 biji kuih lompang...






LOMPANG LAICI YEO'S
rujukan :    resepicitarasawan...




Bahan A :

80  gm  gula pasir
500  ml  minuman Laici Yeo's
2  helai  daun pandan  ~  disimpul


Bahan B :

140  gm  tepung beras  (saya guna Cap Teratai)
30  gm  tepung ubi
1/2  sudu teh  esen laici
1/2  sudu teh  air kapur


Bahan C :

1/2  biji  kelapa parut putih + 1/4  sudu teh  garam  ~  gaul & kukus sebentar   


Acuan lompang  ~  dilenser sedikit minyak


Cara-Cara :

1.  Satukan bahan A dan masak sehingga mendidih.  Keluarkan daun pandan.
2.  Satukan bahan B.  Tuangkan bahan A dan whisk sehingga rata dan tapis.
3.  Untuk lompang berwarna, masukkan sedikit pewarna yang disukai.
4.  Panaskan pengukus dan acuan lompang.
5.  Tuangkan adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh dan kukus selama 20-25 minit.
6.  Sejukkan dan keluarkan dari acuan.  Hidangkan dengan kelapa parut putih...(saya tak letak kerana tiada stok di rumah)...

AGAR-AGAR LAICI...










AGAR-AGAR LAICI
sumber :    buku resipi Chef Norzailina Nordin...




Bahan-Bahan :

1  tin  laici
200  ml  sirap laici
400  ml  air
11  gm  serbuk agar-agar
3/4  cawan  gula pasir
400  ml  susu cair


Cara-Cara :

1.  Kisar enam buah laici.  Ketepikan.
2.  Masar air dan serbuk agar-agar sehingga larut.
3.  Masukkan gula, masak sehingga gula larut.
4.  Tuangkan susu cair, sirap laici dan laici kisar.  Kacau sehingga mendidih dan tuangkan ke dalam acuan pilihan.  Biarkan suam seketika kemudian masukkan ke dalam peti sejuk...

CRANBERRY ORANGE MUFFINS...










CRANBERRY ORANGE MUFFINS
adapted from :    littlesweetbaker.com...
yields :    14 pcs...




Ingredients :

2 1/2  cups  all-purpose flour  (310 gm)
4  tsp  baking powder  (15 gm)
1/2  tsp  salt  (2.5 gm)
1/2  cup  vegetable oil  (125 ml)
1 1/4  cups  sugar  (250 gm)
2  large  eggs
1/2  cup  milk  (125 ml)
Zest of one orange  (about 1 tablespoon)
1  tsp  vanilla extract  (5 ml)
1/4  cup  freshly squeezed orange juice  (62 ml)
1 1/2  cups  fresh cranberries  (I use  1 cup  dried cranberries)


Directions :

1.  Preheat oven to 425'F.  Spray a 14 cup muffin tray with non-stick cooking spray or line with paper liners.

2.  In a large bowl, toss together the flour, baking powder and salt.  Set aside.

3.  In a medium bowl, whisk together the vegetable oil, sugar, eggs, milk, orange juice, vanilla extract and orange zest.  Slowly add to the dry ingredients.  Mix well JUST combined, then fold in the cranberries.  Divide the batter amongst the 14 muffin cups.

4.  Bake at 425'F for 5 minutes, then reduce the oven temperature to 375'F and bake for another 13-15 minutes...  (Oven temperature may varies, adjust accordingly)...