Sunday, May 31, 2020
AYAM MASAK PAPRIK
RESEPI AYAM MASAK PAPRIK
sumber : Insta@Qasey Honey@you tube.
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ potong kecil-kecil
1 biji bawang besar ~ hiris kasar
1 biji cili merah ~ hiris menyerong
3 ulas bawang putih ~ hiris
2-3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
3 helai daun limau purut ~ carik-carik
10-15 biji cili padi ~ ketuk
1/2 batang lobak merah/kacang panjang ~ potong ikut suka
5-6 batang putik jagung (tak letak, tiada)
1/3 buku kecil bunga kobis (tak letak, tiada)
6 biji cendawan butang ~ hiris (saya tambah)
1 biji tomato ~ potong ikut suka (saya tambah)
1 cawan air atau secukupnya
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak secukupnya.
Tumis bawang putih hingga berbau wangi.
Masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak hingga cili masak dan garing.
Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram, kacau sebati.
Masukkan ayam, daun limau purut dan cili padi, kacau lagi.
Masukkan lobak merah, cendawan butang. Masukkan air. Perasakan dengan garam dan gula.
Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar dan cili merah. Biarkan mendidih seketika.
Sesuaikan rasa dan Siap !
Labels:
Ayam
MUFFIN CHOCOLATE CHIP
MUFFIN CHOCOLATE CHIP GEBU
(Adunan ini tidak perlu menggunakan mixer)
Bahan A :
80 gm gula perang
90 gm gula kastor
2 biji telur gred A
Bahan B : (diayak)
230 gm tepung gandum
15 gm double-action baking powder
30 gm serbuk koko
Bahan C :
110 gm susu segar
2 sudu besar chocolate emulco
150 gm minyak jagung
100 gm chocolate chip
Hiasan : Chocolate chips & Badam Keping
Cara-Cara :
1. Masukkan Bahan A ke dalam mangkuk dan kacau-kacau sebati dengan whisk.
2. Campurkan Bahan B dan kacau lagi.
3. Campurkan Bahan C dan kacau sebati.
4. Isikan adunan ke dalam paper cup 3/4 penuh. Masukkan cup ke dalam loyang cupcake.
5. Tabur sedikit chocolate chip dan badam sebagai hiasan.
6. Bakar pada suhu 200'C selama 25-30 minit hingga masak atau mengikut oven masing-masing.
Labels:
Muffin
Friday, May 29, 2020
BUTTER CHEESECAKE
BUTTER CHEESECAKE RECIPE
adapted from : bakewithpaws.com
Ingredients :
250 gm butter, room temperature
150 gm cream cheese, room temperature
120 gm caster sugar (I used brown sugar), ~ original recipe used 200 gm
5 eggs (large)
1/4 tsp vanilla extract
250 gm plain flour
1 1/2 tsp baking powder
1/4 tsp salt
Utensil : 8 inch pan
Method :
1. Allow butter and cream cheese to come to room temperature before use. Approximately 30 to 45 minutes for butter. Cream cheese may take more than 1 hour.
2. Preheat oven to 160'C. Line the bottom of a baking pan with non-stick baking paper.
3. Sift flour and baking powder. Add in salt and keep aside.
4. Cream butter and sugar with electric mixer till light and fluffy for 10 minutes, then add in cream cheese and mix until well combined.
5. Add egg one at a time and beat until well combined. Add in vanilla extract and beat until well combined. Gradually add in the flour mixture bit by bit on low speed. Lastly, mix with a spatula until well combined.
6. Pour the batter into the prepared cake pan and smooth the top.
7. Bake in the preheated oven at 160'C for 50 minutes or until an inserted skewer/toothpick comes out clean.
8. Remove cake pan from oven and let it cool for 10 minutes before removing from the cake pan. Let cake cool completely on wire rack.
Labels:
Kek
IKAN CENCARU BAKAR
IKAN CENCARU BAKAR BERSAMA
AIR ASAM & SAMBAL KICAP
sumber : makanapaaje.blogspot.com
Bahan-Bahan :
Ikan cencaru secukupnya (atau apa-apa ikan pilihan seperti kembong, pari, talapia dll.)
Serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Lidi/pencungkil gigi
Cara Memasak :
Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit sehingga rata.
Lilitkan daun pandan keseluruhan badan ikan tadi.
Sematkan dengan lidi/pencungkil gigi yang bersih.
Sediakan pemanggang ajaib, pan non-stick atau bakar di dalam oven.
Bakar sehingga ikan masak.
Bahan Air Asam :
1/2 - 1 sudu besar pes asam jawa Adabi
2 biji lada merah
8 biji cili api hijau
1 1/2 labu bawang besar
Sedikit belacan ~ bakar sehingga naik bau
Garam & gula secukupnya
Cara Penyediaan :
Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau.
Basuh dan toskan. Ketepikan.
Bancuh pes asam jawa dengan sedikit air sehingga sederhana pekat.
Masukkan belacan, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sehingga semuanya larut dan rata/sebati.
Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi.
Perasakan rasanya. Jika rasa sudah cukup, hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.
Bahan Sambal Kicap :
1 biji cili merah
8 biji cili api hijau
1 labu bawang merah
1 biji limau nipis (me : guna 6 biji limau kasturi)
Kicap lemak manis secukupnya (me : guna anggaran 1/2 cawan)
Garam & gula secukupnya
Cara Penyediaan :
Hiris bawang besar, lada merah dan cili api hijau.
Basuh dan toskan. Ketepikan.
Tuangkan kicap secukupnya dalam mangkuk dan tambahkan perahan air limau nipis. Kacau rata.
Masukkan pula garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga semuanya larut dan rata.
Kemudian masukkan bahan yang telah dihiris tadi. Perasakan rasanya.
Jika sudah cukup rasanya, hidangkan bersama dengan ikan bakar tadi.
Labels:
Ikan
Thursday, May 28, 2020
SAMBAL PARU
RESEPI SAMBAL PARU
sumber : salamisimon1.blogspot.com
Bahan-Bahan :
400 gm paru
2 batang serai ~ dititik
2 keping asam gelugor
1 labu bawang besar ~ hiris kasar
Minyak masak
Serbuk kunyit/garam/gula melaka/perasa pilihan secukupnya
Bahan Kisar :
30 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas hingga lembut & toskan
10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
1 sudu kecil belacan
1 cm halia
Cara Memasak :
1. Rebus paru sehingga empuk.
2. Angkat dan toskan. Hiris nipis.
3. Gaulkan paru dengan 1 sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil garam.
4. Panaskan minyak masak dan goreng paru tadi. (Saya inginkan paru goreng yang tidak garing, jadi saya gorengkan sebentar sahaja dan kemudian diangkat serta toskan paru goreng tadi).
5. Tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan minyak bekas gorengan paru tadi di dalam kuali.
6. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan tambahkan serai, gula serta asam gelugor. Gunakan api sederhana dan biarkan sehingga pecah minyak.
7. Masukkan paru yang digoreng tadi dan gaul rata. Jika terlalu kering, tambahkan sedikit air panas.
8. Tambahkan hirisan bawang besar, garam dan perasa pilihan secukupnya.
9. Kacau beberapa kali sehingga bawang besar layu dan tutup api dapur.
Siap ! untuk dinikmati.
Labels:
Sambal & Sos
KARI AYAM
RESEPI KARI AYAM
(Mariana Zainal)
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ basuh bersih & potong ikut suka
1 biji kelapa ~ kisar dengan 3 1/2 cawan air, perah, tapis, ambil santannya
5-6 biji kentang ~ potong ikut suka
3-4 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji bawang besar ~ hiris
5 ulas bawang putih ~ hiris
Sedikit halia ~ hiris
3 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan Pes :
4 sudu besar membukit serbuk kari ayam & daging *
1 peket kecil serbuk cili * ( * satukan sehingga pes menjadi sebati)
1 1/2 keping asam keping@asam gelugor
1 sudu teh gula
1 sudu besar membukit garam
3 tangkai daun kari
Sedikit bahan perasa
1 1/2 cawan air
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak, tumis bunga lawang, kulit kayu manis, bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
Masukkan bahan pes kari & serbuk cili tadi, sentiasa dikacau jangan sampai hangit, rempah kena masak elok, bila dah naik minyak dan warna rempah dah berubah warna (macam nak garing) masukkan santan, guna api sederhana.
Apabila dah naik wap dan kuah mula mendidih, masukkan ayam dan kentang.
Sentiasa dikacau sehingga kuah mendidih. Bila dah mendidih ganas, ayam dan kentang pun dah lembut, sesuaikan rasanya. (Jika kuah agak pekat bolehlah ditambah 1/2 cawan air panas).
NOTA : Jika guna santan kotak kecil, guna 1 kotak dan masukkan sebelum masukkan ayam dan kentang, maksudnya bila bahan rempah dah garing baru masukkan santan, bagi naik minyak sekejap, baru masukkan ayam dan kentang, kacau sekejap dan masukkan 3 cawan air. Masak seperti biasa sehingga ayam dan kentang empuk/lembut.
Labels:
Ayam
Wednesday, May 27, 2020
RENDANG DAGING LEBARAN
RENDANG DAGING LEBARAN
(Mariana Zainal) ~ A keeper (sedap sangat)
Bahan-Bahan :
1 kilo daging ~ potong ikut suka (me : guna daging batang pinang)
4 cawan santan pekat ~ daripada 2 biji kelapa, kalau tiada guna santan kotak - 2 kotak kecil
4 cawan air
1 1/2 keping asam gelugor
2 sudu besar gula
2 sudu kecil garam ~ jika kurang sila tambah
Sedikit bahan perasa, jika suka
4 sudu besar kerisik ~ kalau guna dalam peket kecil, guna 4 peket
3 helai daun kunyit ~ hiris halus
5 helai daun limau purut
3 senduk minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
30 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dalam air panas & toskan
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Halia (sebesar ibu jari, nak 2)
Lengkuas (bubuh sedikit saja)
5 batang serai
1 1/2 sudu besar biji ketumbar *
1 1/2 sudu besar jintan manis * ( boleh disangrai tanpa minyak atau tidak perlu di sangrai, ikut pilihan)
(kisarkan semua bahan ini hingga halus).
Cara Memasak :
Panaskan minyak masak.
Tumiskan bahan kisar sehingga pecah minyak.
Masukkan daging, santan, air dan daun limau purut.
Masak sehingga kuah mula kering.
Masukkan asam gelugor@keping, gula, garam dan bahan perasa, teruskan masak sehingga kuah rendang pekat, tabur hirisan daun kunyit, gaul seketika dan tutup api.
Siap !
INFO : Jika daging masih liat boleh ditambah air. Masaklah sehingga daging empuk.
Labels:
Daging
RESEPI PULUT KUNING
RESEPI PULUT KUNING RICE COOKER
sumber : www.rasa.my@Nazra Queen
Bahan-Bahan :
300 gm beras pulut ~ basuh & toskan air (me : guna beras pulut susu)
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa ~ anggaran 200-250 ml
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3. Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Selepas 10 minit, agak-agak air dah mengering, kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
7. Tekankan butang 'ON' pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi 'warm' sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
8. Siap dan sedia untuk dinikmati.
Labels:
Nasi
NASI TOMATO
AYAM MASAK MERAH
NASI TOMATO (Cepat, Senang, Sedap)
*** Untuk hidangan : 3-4 orang
Bahan Untuk Nasi :
3 pot beras
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ketul kiub pati ayam
1 cm halia
2 sudu besar Planta@marjerin untuk menumis
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 biji tomato (buah)/2 sudu besar tomato puree
5 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil garam@secukup rasa
Bahan Untuk Ayam (Masak Merah) :
1/2 ekor ayam
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai ~ dititik
1/2 kiub pati ayam
2 senduk cili giling
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam + Secukup Rasa
1 labu bawang Holland
Cara Memasak Nasi :
1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan (masukkan 1/3 cawan air + beras dalam rice cooker), biarkan seketika.
2. Blend bawang merah + bawang putih + kiub pati ayam + halia. Panaskan Planta/marjerin, (boleh tambahkan sedikit minyak masak kalau nak).
3. Tumis bahan blend + bunga lawang + kulit kayu manis sehingga naik bau.
4. Blend tomato dengan sedikit air. Tapis dan masukkan ke dalam bahan tumis. (Boleh guna tomato puree + sedikit air) + sos tomato, kacau sebati.
5. Masukkan bahan tumis ke dalam periuk nasi tadi + garam + air secukupnya dan kacau sebati. Masak seperti biasa sehingga masak. (Air agak-agak seperti masak nasi biasa, kalau bahan tumis dan letak banyak air, tak perlu tambah air lagi).
(INFO : Me : letak anggaran 8 1/2 pot air, sukat menggunakan pot beras).
Cara Memasak Ayam Masak Merah :
1. Blend bawang merah + bawang putih + halia (tumiskan) dalam kuali. Masukkan serai.
2. Masukkan kiub pati ayam + cili giling + gula + garam + Secukup Rasa (guna api paling kecil).
3. Selepas 15 minit, masukkan ayam (boleh gorengkan dahulu separuh masak jika suka). Kacau sebati, tutup kuali dan biarkan selama 1/2 jam sambil pantau dan kacau-kacau seketika.
4. Bila dah hampir masak, masukkan bawang Holland yang dah dihiris bulat. Biarkan dengan api perlahan 5-10 minit.
Siap !
Untuk Acar :
1/2 batang timun ~ potong ikut suka
1/2 batang lobak merah ~ potong ikut suka
1 ulas bawang merah ~ hiris
1 biji lada merah ~ hiris
4-5 sudu besar cuka makan
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Sedikit air suam-suam panas
Cara Penyediaan :
Potong timun & lobak merah ikut suka, campurkan kesemua, masukkan ke dalam bekas bertutup dan goncang-goncang sebati. Biarkan 1/2 jam dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Siap !
Labels:
Set Nasi
SYAWAL 2020 !
24/5/2020 (Ahad) Anakanda sulung, Johor
Anakanda ke 4 & isteri
Anakanda ke 4 di perantauan.
25/5/2020 (Isnin) Anakanda ke 2 & keluarga
di Beranang
Labels:
Album Famili
FUDGE BROWNIES
FUDGE BROWNIES (tekstur kenyal)
(Fara Sulaiman)
Bahan A :
180 gm dark chocolate compound
90 gm butter
Bahan B :
100 gm tepung gandum
35 gm serbuk koko atau serbuk coklat
1 gm baking powder (1/4 sudu teh)
Bahan C :
2 biji telur gred A atau B
150 gm gula aising ~ ayak
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-Cara :
1. Pukul manja Bahan C.
2. Ayak Bahan B.
3. Cairkan Bahan A secara double boiler.
4. Masukkan Bahan A yang dicairkan tadi ke dalam Bahan C. Gaul sebati menggunakan spatula atau whisk.
5. Masukkan Bahan B dan gaul sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 8 x 8 inci, alas baking paper (lebihkan baking paper untuk memudahkan brownies dikeluarkan dari loyang).
7. Masa membakar menggunakan oven biasa, 15 minit pertama Suhu 150'C menggunakan api atas bawah kemudian 25 minit dengan Suhu 140'C dan menggunakan api bawah sahaja.
Labels:
Brownies
Subscribe to:
Posts (Atom)