Aiskrim sumi jeli perisa mangga. Enak dinikmati ketika cuaca sedang panas sekarang ni. Resipi diambil dari rakan FB : Norien Kitchen. Buat banyak sedikit di atas permintaan anak-anak. Sekejap saja habis di makan oleh mereka. Alhamdulillah, terima kasih pada penyumbang resipi...
Saturday, April 30, 2016
Friday, April 29, 2016
TEMPAHAN...
29/4/2016 (Jumaat) - Tempahan Apam B Solo sebanyak 100 biji (berintikan kelapa)
dari Pn. Jaja, terima kasih...
Labels:
Tempahan
KUIH KETAYAP POLKA DOT & BELANG
KUIH KETAYAP POLKA DOT & BELANG
sumber : bicara kak noor...
Bahan Dadar :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan (tak letak)
1 1/2 cawan susu cair atau santan
1 tsp garam
Pewarna hijau atau pilihan
1 tbsp marjerin - dicairkan
Sedikit minyak untuk disapu pada kuali
Cara-Cara :
1. Satukan kesemua bahan di atas dan kisar dengan blender sehingga halus dan tidak berketul. (Asingkan sedikit adunan kemudian campurkan sedikit tepung lagi biar pekat, kacau sebati dan letakkan masing-masing dengan warna pilihan, masukkan ke dalam piping bag dan gunting kecil muncung beg).
2. Panaskan kuali, lenser dengan sedikit minyak dan sendukkan 1/2 adunan tadi layangkan kuali agar adunan tadi menjadi bulat (kemudian dengan cepat-cepat dot-dotkan atau buat corak belang-belang di atas adunan dengan warna pilihan anda).
3. Biarkan masak sehingga 2-3 minit, angkat, jangan terlalu lama (angkat dan terbalikkan bahagian yang bercorak letak ke bawah). Terus letakkan inti dan gulung. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
Bahan Inti :
160 gm gula merah *
125 ml air *
1-2 helai daun pandan * ( * dimasak sehingga gula larut & tapis. Sejukan )
300 gm kelapa parut putih
1 tbsp tepung ubi/pulut (untuk memekat)
Sedikit garam
Cara-Cara :
Air gula merah, kelapa dan sedikit garam digaul sebati. Masak sehingga kering. Bila agak kering, taburkan tepung ubi dan gaul sebati. (Inti boleh dibuat awal dan simpan di dalam peti ais. Gunakan bila perlu).
Labels:
Kuih-muih
Thursday, April 28, 2016
SWEET PINK MERINGUE COOKIES
SWEET PINK MERINGUE COOKIES
sumber : Paty's Kitchen...
Bahan-Bahan :
3 biji putih telur gred A, suhu bilik
1/4 tsp cream of tartar
1/4 tsp garam halus
100 gm gula halus@superfine sugar
100 gm gula icing - diayak
1/4 tsp esen vanilla
Pewarna pilihan
Cara-Cara :
1. Panaskan oven pada suhu 110'C. Sediakan loyang pembakar beralaskan kertas minyak. Ketepikan.
2. Pukul putih telur dan cream of tartar sehingga kembang@berbuih.
3. Masukkan sedikit garam dan teruskan memukul sehingga menjadi soft peak. Kemudian sambil pukul sambil masukkan gula halus sehingga habis. Pastikan tiada rasa berbintil bila dirasakan diantara dua jari.
4. Kemudian kaupbalikkan gula icing perlahan-lahan sehingga sekata dan sebati.
5. Masukkan juga esen vanilla, pewarna pilihan dan kaupbalik rata dan sebati.
6. Masukkan ke dalam piping bag dan paip di atas loyang yang telah disediakan tadi.
7. Bakar selama 1 - 1 1/2 jam sehingga meringue betul-betul kering dan mudah ditanggalkan dari loyang pembakar, tutup api oven dan biarkan meringue di dalam oven selama 1 jam lagi dengan pintu oven dibuka sedikit.
8. Sejukkan dulu sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara dan simpan.
Labels:
Biskut/Cookies
BLUEBERRY SMOOTHIE
BLUEBERRY SMOOTHIE
source : MyBasilLeaf.com...
Ingredients :
1 cup fresh or frozen blueberries
1 cup vanilla yogurt
2 tbsp milk
1 tbsp condensed milk
1/2 cup crushed ice
Method :
Blend all ingredients together in a blender until smooth and serve chill...
Labels:
Minuman/Jus
ROTI KAPIT CHEESE
ROTI KAPIT CHEESE
sumber : FB: Dapur Kecil Zaira..
Bahan-Bahan :
Roti putih secukupnya
Mayones secukupnya
Keju Mozzarella
Sosej pilihan dihiris (saya guna Lof Daging Ayam brand 'Ayamas' digoreng sedikit tidak perlu garing
2 biji telur
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam
Cili flakes
Daun sup dihiris kasar
Cara-Cara :
1. Sapu mayones pada sekeping roti.
2. Taburkan keju Mozzarella sepenuh roti.
3. Susun hirisan sosej/lof daging ayam.
4. Taburkan sedikit serbuk cili + serbuk lada hitam + daun sup.
5. Taburkan lagi keju Mozzarella.
6. Letakkan sekeping lagi roti di atasnya. Tekankan sedikit.
7. Celupkan ke dalam telur (yang dikocok dengan garam + serbuk lada hitam + cili flake).
8. Gorengkan di dalam sedikit minyak menggunakan api sederhana kecil.
9. Balikkan, masak sehingga kuning keemasan, angkat dan siap untuk dihidangkan bersama sos pilihan.
Tips :
1. Mayones boleh digantikan dengan garlic spread
2. Boleh di pelbagaikan inti dan keju
3. Untuk 'citarasa malaysia'; letak sedikit sos cili atau hirisan cili merah di dalamnya..
Labels:
Roti
Tuesday, April 26, 2016
APAM NASI WARNA WARNI...
APAM NASI WARNA WARNI KAK NOOR
sumber : bicara kak noor...
Bahan-Bahan :
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir atau secukupnya
1 paket yis Mauripan
2 cawan nasi sejuk (nasi semalam)
3 cawan air
Kelapa parut putih secukupnya
Cara-Cara :
1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam mangkuk besar kecuali nasi dan air, gaul dan ketepikan seketika. Sementara itu, kisar nasi bersama air sehingga betul-betul hancur dan campurkan dengan bahan-bahan yang digaul tadi dan biarkan sebati.
2. Perapkan selama 3 jam atau lebih sehingga adunan naik dan berawan.
3. Panaskan kukusan terlebih dahulu. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan dan gaul sebati setiap satu bahagian sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan kecil-kecil dan kukus selama 10-15 minit. Setelah masak keluarkan dari acuan, gaulkan dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam...
Labels:
Kuih-muih
JUS KEDONDONG@AMRA ASAM BOI
JUS KEDONDONG@AMRA ASAM BOI
sumber : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
10 biji buah kedondong@amra - dibelah 4, jika buah yang agak tua potong & keluarkan empulurnya
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula pasir
5 biji asam boi warna putih
3 biji asam boi warna merah - untuk hiasan
Ais kiub secukupnya
Cara-Cara :
1. Masukkan buah kedondong@amra, air, gula pasir dan asam boi putih ke dalam blender dan kisar sehingga halus. (Kisar sekali dengan kulit buah kedondong@amra tanpa mengupasnya tetapi harus dibersihkan terlebih dulu kulitnya (jika suka).
2. Tapis dan tuangkan ke dalam gelas. Masukkan ais kiub dan taburkan asam boi merah untuk mendapatkan warna yang menarik dan rasa yang lebih sedap.
3. Sedia untuk dihidangkan sejuk..
Labels:
Minuman/Jus
Monday, April 25, 2016
SUP AYAM MUDAH
SUP AYAM MUDAH
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong ikut citarasa, cuci bersih & toskan
2 biji ubi kentang - dipotong kiub
1/2 batang lobak merah - dibelah 2 & potong kiub
1 sup bunjut ADABI
1 biji bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris halus
1 pokok daun sup - cincang kasar
Bawang goreng secukupnya
Garam & gula secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Masukkan kesemua bahan kecuali daun sup, bawang goreng ke dalam periuk dan didihkan di atas api@dapur.
2. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan sedikit serbuk perasa. Kacau rata.
3. Teruskan memasak menggunakan api sederhana kecil sehingga ayam dan sayur-sayuran lembut/empuk.
4. Masukkan daun sup, kacau rata. Tutup api.
5. Taburkan sedikit bawang goreng dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Ayam
TUMIS BROKOLI
TUMIS BROKOLI
Bahan-Bahan :
400 gm brokoli
1 paket jagung muda - dipotong serong
100 gm isi ayam - dihiris
1 tangkai cili merah - dihiris
1/2 cawan air
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
2 sudu makan minyak masak
Sedikit sos tiram
Garam@serbuk perasa Maggi secukup rasa
Bahan Tumis : (dihiris atau ditumbuk)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Sayur brokoli dipotong kecil, dicuci bersih dan dicelur di dalam air panas seketika (anggaran 5 minit) kemudian diangkat dan ditoskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga berbau wangi. Masukkan sedikit sos tiram, kacau rata.
3. Masukkan hirisan ayam. Biarkan masak seketika dan ayam berubah warna.
4. Masukkan brokoli, jagung muda, garam@serbuk perasa Maggi secukup rasa dan air, kacau rata. Biarkan mendidih seketika.
5. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan bancuhan air + tepung jagung tadi. Kacau rata, sesuaikan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
JUS TEMBIKAI LONGAN
JUS TEMBIKAI LONGAN
Bahan A :
1/4 biji buah tembikai merah - ambil isinya
4 tbsp gula pasir secukupnya
50 ml air sejuk
Isi buah longan
Bahan B :
Sirap longan dalam tin
1/2 tsp sirap ros (saya guna pati oren Sunquick)
Cara-Cara :
1. Kisar buah tembikai, gula pasir, buah longan (asingkan sedikit untuk hiasan) dan air sehingga halus.
2. Tuangkan ke dalam jag dan masukkan bahan B serta buah longan yang diasingkan tadi.
3. Kacau sebati dan sejukkan di dalam peti sejuk.
4. Sedia untuk dinikmati.
Labels:
Minuman/Jus
Sunday, April 24, 2016
CHIKOO MILKSHAKE@SAPOTA MILKSHAKE
CHIKOO MILKSHAKE@ SAPOTA MILKSHAKE
source : wererecipes.com..(serves : 2/3 glasses)
Ingredients :
4 medium chikoo
1 cup milk
1/2 cup crushed ice
1/8 tsp vanilla essence - optional
1 tbsp sugar - optional
Method :
1. Remove the skin of chikoo properly.
2. Cut the chikoos in quarters and remove the seeds.
3. Put chikoo in a juicer or mixer and add milk. Add sugar if you feel the chikoo are not to sweet.
4. Add a drop of vanilla essence. Alternatively you can add vanilla ice cream too.
5. Blitz into smooth milkshake.
6. Open the jar and add ice cubes. Blitz again.
7. Pour the milkshake into serving glasses and serve chilled...
Labels:
Minuman/Jus
PULUT MANGGA THAI
PULUT MANGGA THAI
sumber : citarasawan...
Bahan-Bahan :
2 biji mangga - potong ikut suka
250 gm beras pulut susu - rendam seketika anggaran 30 minit & toskan
150 ml santan + 1/4 tsp garam
2 helai daun pandan - carik-carikkan
Bahan Sos Santan :
150 ml santan KARA
150 ml air
4 sudu besar gula perang
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan - disimpul
4 sudu kecil tepung jagung - larutkan dengan sedikit air
Cara-Cara :
1. Toskan pulut dan kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas bersesuaian.
2. Gaulkan bersama santan sehingga rata. Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.
3. Kukus semula selama 20 minit atau sehingga masak.
4. Sos Santan : Satukan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Masak sehingga gula larut. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan masak sehingga sos nampak pekat.
5. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.
Nota : Jika pulut di rendam selama 4 jam, tambahkan masa mengukusnya.
Labels:
Pencuci mulut
Subscribe to:
Posts (Atom)