KEK PISANG

Wednesday, April 20, 2016

BUBUR TEPUNG GANDUM




Bubur yang sangat enak tetapi kejadiannya agak kurang memuaskan hati
kerana tepungnya liat dan kenyal..kenapa ya!!!






BUBUR TEPUNG GANDUM
resipi asal  :    zila4ever...
sumber  :        Majalah SAJI Mac 2016...




Bahan Tepung :

1  cawan  tepung gandum
2  sudu besar  tepung jagung
Sedikit garam
Air secukupnya
Pewarna hijau & pandan emulco secukupnya (jika suka)


Bahan Kuah :

250  ml  santan
 1/2  cawan  gula
 1/2  cawan  air gula merah  (saya guna 2 ketul gula melaka jer)
    1  helai  daun pandan  -  disimpul
Air secukupnya -  jika perlu
Secubit garam


Cara-Cara :

1.  Satukan kesemua bahan tepung ke dalam bekas yang sesuai.
2.  Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung sebati dan menjadi doh yang lembut.  Cubit-cubit doh tepung.
3.  Masak air dalam periuk.  Apabila air mendidih, masukkan semua kepingan tepung tadi.
4.  Apabila kepingan tepung sudah masak, ia akan timbul.  Toskan dan ketepikan dulu.


Untuk Kuah :

1.  Masukkan santan dalam periuk bersama gula, air gula merah, daun pandan dan sedikit garam.
2.  Masak sampai santan mendidih.  Sekali-sekala kacau supaya santan tidak pecah minyak.
3.  Apabila sudah mendidih, masukkan kepingan tepung tadi dan kacau.  Bolehlah dihidangkan...

No comments:

Post a Comment