Thursday, July 21, 2016
ACAR IKAN
ACAR IKAN
sumber : Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan selar atau ikan tenggiri (saya guna 5 ekor ikan selar saiz kecil)
1/2 cawan air asam jawa
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji tomato - belah 4/6
Garam & gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Bahan Hiris :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah
1 labu bawang besar
1 sudu kecil biji sawi - jika suka
Cara Memasak :
1. Gaul ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan hiris hingga berbau wangi.
3. Masukkan air asam jawa, tomato dan serbuk kunyit. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula untuk mengimbangi rasa masam dan masin.
4. Apabila mendidih, masukkan ikan yang digoreng tadi, gaul sebati dan tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih dan lauk sampingan...
Labels:
Ikan
MASAK LEMAK SAYUR KOBIS
MASAK LEMAK KOBIS
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/4 biji kobis - hiris kasar, cuci & toskan
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 cawan air
2 cawan santan pekat (dari 1/2 biji kelapa atau 2 peket saiz kecil)
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Sayur kobis dipotong mengikut kesesuaian. Basuh dan toskan.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan santan pekat dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak (naik minyak).
4. Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan.
Labels:
Sayur
Wednesday, July 20, 2016
BINGKA ROTI PANDAN
BINGKA ROTI PANDAN
oleh : zaralovebaking...
sumber asal : My Resipi...
Bahan-Bahan :
5 keping roti putih - dicarik-carik
3 cawan santan/susu segar/susu cair
2 biji telur gred B
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh emulco pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit kranberi kering/kismis - hiasan
Cara Membuat :
1. Carik-carik kecil roti dan rendam sekejap bersama 2 cawan santan, tekan sedikit dengan sudu bagi roti terendam.
2. Sementara itu blend/kisar baki 1 cawan santan, telur, gula, emulco pandan, pewarna hijau dan tepung gandum. Blend/kisar jangan lama sangat cukup sekadar sebati semuanya. Tuangkan bahan yang di blender ke dalam roti yang terendam tadi, kacau rata kesemuanya.
3. Loyang saiz 8"x8" persegi/bulat disapu dengan minyak dan alas dengan kertas minyak. (Kalau ada acuan bingka boleh juga digunakan, sapukan dengan minyak/marjerin untuk elakkan dari melekat).
4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Taburkan dengan sedikit kranberi kering atau kismis (jika guna). Oven hendaklah dipanaskan terlebih dulu dalam 8-10 minit.
5. Bakar di dalam oven pada suhu 180'C selama 45 minit hingga 1 jam. Kalau sukakan permukaan atasnya garing, sambung masa bakar hingga 1 jam.
6. Setelah siap baru keluarkan dari oven. Sejukkan dalam 2-3 jam baru dipotong.
Labels:
Kuih-muih
KOBIS GORENG INDIAN STYLE
KOBIS GORENG INDIAN STYLE
sumber : resepicikguani.blogspot...
Bahan-Bahan :
1/4 biji kobis - dihiris
1 sudu teh biji sawi
2 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai cili kering - dipotong 1 cm
2 tangkai daun kari
2 biji bawang merah - hiris halus
2 tangkai cili hijau - hiris halus
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan 2 sudu makan minyak masak. Tumiskan bawang merah, cili hijau dan cili kering sehingga berbau wangi.
2. Masukkan biji sawi dan daun kari. Kacau rata.
3. Masukkan kobis, serbuk kunyit dan garam secukup rasa. Masukkan juga sedikit air untuk melayukan/melembutkan kobis. Kacau rata sehingga kobis layu.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Sayur
KARI AYAM
KARI AYAM
Oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam - potong kecil, buang kulit, cuci bersih & toskan
2 biji ubi kentang - potong 4 setiap satu
1 labu bawang besar - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
2 inci halia - hiris/titik
1 keping asam gelugur
2 paket santan (dalam 400 ml)
1 paket serbuk rempah kari BABAS (saiz kecil)
2 pelepah daun kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Gula & garam secukupnya
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih, halia sehingga berbau harum dan kekuningan.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan sedikikit air supaya rempah cair. Teruskan memasak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan ubi kentang.
3. Selepas itu masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum di tambah sedikit air lagi dan biarkan mendidih.
4. Masukkan santan, teruskan masak dengan api perlahan. Setelah ubi kentang empuk, masukkan asam gelugur, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan rasa dan kepekatan kuah yang diingini. Jika terlebih pekat, tambahkan air panas secukupnya dan masak lagi.
Labels:
Ayam
JUS EPAL ASAM BOI
JUS EPAL ASAM BOI
oleh : zaralovebaking...
Bahan-Bahan :
2 biji epal hijau - potong 4 setiap satu
1 gelas air
3 biji limau kasturi
4 biji asam boi warna putih
Gula atau air gula secukupnya
Ais kiub secukupnya
Cara-Cara :
Kisarkan kesemua bahan kecuali asam boi sehingga hancur kemudian tapiskan. Tuangkan ke dalam gelas, masukkan ais kiub secukupnya. Akhir sekali masukkan beberapa biji asam boi ikut citarasa dan hidangkan...
Labels:
Minuman/Jus
RESIPI BUBUR NASI AYAM ALA MC. D YANG SEDAP & SIMPLE...
RESIPI BUBUR NASI AYAM ALA MC.D
YANG SEDAP & MUDAH
sumber : FB : resipimasakanlengkap.com...
Bahan-Bahan :
1 cawan beras - cuci bersih & toskan
1 inci halia - dihiris
1/2 batang lobak merah - dihiris memanjang seperti mancis@julienne
1 biji lada merah - hiris
Isi ayam secukupnya - direbus & dicarik-carik, air rebusannya digunakan untuk nasi nanti
Serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam secukupnya
Ikan bilis goreng
Daun sup & daun bawang - hiris
Bawang Goreng
Sedikit minyak bijan
Air secukupnya
Cara Memasak :
1. Pertama sekali, rebus isi ayam sehingga empuk. Pastikan air rebusannya banyak untuk memasak nasi dan untuk 'kuah' bubur.
2. Kemudian asingkan ayam dan air rebusan ayam. Isi ayam yang direbus tadi dicarik-carik dan ketepikan seketika.
3. Tanak beras dengan air rebusan ayam tadi. Kacau dan masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit sehingga nasi kembang dan lembik. Tambahkan air lagi jika perlu.
4. Selepas bubur sudah masak, masukkan halia, hirisan lobak merah, serbuk secukup rasa Maggi/pati ayam dan garam secukupnya. Sesuaikan rasanya.
5. Masukkan hirisan isi ayam yang dicarik-carik tadi ke dalam bubur.
6. Hidangkan di dalam mangkuk, hiaskan dengan ikan bilis goreng, serta masukkan beberapa titik minyak bijan, daun sup dan daun bawang, bawang goreng, hirisan lada merah. Boleh juga ditambah dengan sedikit lada putih/sulah sebagai perasa jika suka...
Labels:
Bubur
Tuesday, July 19, 2016
AYAM PAPRIK...
AYAM PAPRIK
sumber : FB : Resipi Orang Kampung...
Bahan-Bahan :
2 keping isi ayam bahagian dada - dipotong kecil atau dihiris memanjang
4 biji bawang merah - hiris halus
4 ulas bawang putih - hiris halus
1/2 inci halia - hiris halus
1 batang serai - titik
1 sudu besar cili kering kisar
1/2 batang lobak merah - hiris memanjang seperti mancis
4 batang kacang panjang - dipotong dalam 2 inci atau beberapa batang kacang buncis dipotong 2
2 biji buah tomato - di belah 4
Sedikit bunga kobis - dipotong kecil
6 biji cili padi - titik
5 helai daun limau purut
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar garam atau secukupnya
1 labu bawang besar - dimayang bulat
1 biji lada benggala - dipotong bulat atau 1 tangkai cili merah - hiris serong
Sedikit sos ikan jika suka
Sedikit air jika perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan serai sehingga berbau wangi dan bawang kekuningan.
2. Masukkan cili kisar, cili api dan kacau sampai cili masak, garing dan pecah minyak.
3. Masukkan isi ayam dan biarkan sampai ayam agak masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, sedikit sos ikan (jika guna), gula dan garam secukup rasa. Masukkan sedikit air jika perlu.
5. Masukkan lobak merah, bunga kobis dan kemudian barulah dimasukkan kacang panjang atau kacang buncis. Biarkan seketika sehingga sayur-sayuran agak lembut.
6. Kacau sampai masak sebelum dimasukkan tomato dan daun limau purut, hirisan bawang besar dan lada benggala atau cili merah tadi.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan...
Labels:
Ayam
KUIH PUTRI AYU CERIA
KUIH PUTRI AYU
sumber : FB...
Bahan-Bahan :
3 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovallete
Pewarna pilihan
Cara Membuat :
Pukul telur, gula kastor dan ovallete sehingga gebu dan putih. Masukkan santan dan pukul sehingga berbuih dan matikan mixer. Masukkan tepung gandum, baking powder dan kaup balik sehingga sebati. Bahagikan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pilihan pada setiap bahagian adunan tadi.
Letakkan sedikit kelapa (bahan inti) ke dalam acuan putri ayu yang telah disapu dengan sedikit minyak, tekankan padat dan tuangkan adunan secara berselang-seli dan kukus selama 8-10 minit dengan api sederhana.
Bahan Inti :
1 1/2 biji kelapa parut putih
3 sudu besar tepung ubi
Sedikit garam
# kesemua bahan inti digaul sebati sebelum digunakan..
Labels:
Kuih-muih
KEK PISANG CHOCOLATE RICE
KEK PISANG CHOCOLATE RICE
sumber : DapurTanpaSempadan...
Bahan-Bahan :
150 gm mentega
200 gm tepung kek/tepung naik sendiri *
1/4 sudu teh soda bikarbonate * ( * diayak bersama)
100 gm gula perang atau 150 gm gula kastor
3 biji telur gred A/B
100 ml susu segar
100 gm pisang - dilecek halus
50 gm coklat urai@chocolate rice
1/3 cawan pisang - didadu besar
1/4 cawan kekacang pilihan secukupnya - dicincang untuk hiasan
Beberapa titik esen pisang
Cara Membuat :
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Lenser acuan bersaiz 8 inci dengan mentega , alas dasar acuan dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dengan gula sehingga sebati. Masukkan telur satu demi satu sambil terus memutar sehingga kembang dan berkrim. Masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar sehingga habis, putar rata.
3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang, gaul dengan spatula. Tambahkan coklat urai dan pisang dadu, gaul rata dan sebati.
4. Tuangkan ke dalam acuan, ratakan dan taburkan dengan cincangan kekacang pilihan di atasnya.
5. Bakar selama 40-50 minit atau sehingga masak sepenuhnya.
Labels:
Kek
DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN
DOUBLE CHOCOLATE MUFFIN
Majalah AROMA April 2013...
Bahan-Bahan : (makes : 24 pcs)
1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/4 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus@gula kastor
1/2 cawan chocolate chips
75 gm mentega - cairkan
2 biji telur gred A/B
3/4 cawan susu sejat@susu cair
Twin chocolate chips untuk tabur - hiasan
Cara Membuat :
1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Ketepikan dulu.
2. Pukul mentega, telur, gula dan susu sejat menggunakan garfu/whisk sampai sebati.
3. Masukkan bahan yang diayak bersama chocolate chips dan kaupbalik sehingga sebati. (Jangan terlebih gaul nanti muffin keras selepas dibakar).
4. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan twin chocolate chip di atasnya.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.
Labels:
Muffin
Subscribe to:
Posts (Atom)