KEK PISANG

Tuesday, June 30, 2020

HOKKAIDO BAKED CHEESE TART DURIAN








HOKKAIDO BAKED CHEESE
TART DURIAN
sumber :    (Insta@duniaresepi)
kredit :    azizi zamani
(hasil :   18 pcs)




Bahan Kulit Tart :

100  gm  marjerin
30  gm  gula kastor
150  gm  tepung gandum
1  biji  kuning telur gred B   (saya guna gred A)


Cara-Cara :

Kacau marjerin dan gula kastor dengan sudip kayu sehingga rata.  Masukkan kuning telur, kacau sebati.  Masukkan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Masukkan ke dalam acuan tart dan trim bahagian atasnya sehingga kemas.  Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.  Bakar pada suhu 180'C selama 20 minit.  Angkat dan sejukkan dahulu sebelum di isikan dengan filling cheese.


Bahan Filling Cream Cheese :

250  gm  cream cheese   (suhu bilik)
200  gm  isi durian
40  gm  mentega
1  biji  putih telur
1  sudu teh  esen vanilla
1  biji  kuning telur   (untuk sapuan)
120  gm  Dairy Whipping Cream
60  gm  gula kastor


Cara-Cara :

1.  Satukan cream cheese, mentega, whipping cream, isi durian dan gula kastor ke dalam periuk.  Whisk di atas api perlahan sehingga licin dan tidak berketul.

2.  Tutup api, masukkan putih telur dan esen vanilla.  Kacau rata.  Kalau berketul, saya kacau pakai hand mixer dan mixer sehingga licin.

3.  Masukkan dalam plastic piping bag dan paipkan ke dalam kulit tart.  Masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit dan selepas itu sapukan dengan kuning telur.

4.  Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 200'C selama 6 minit sehingga sedikit keperangan bahagian atas.






BENDI GORENG TELUR









RESIPI BENDI GORENG TELUR
YANG MUDAH & SEDAP !
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

15  biji  bendi   (dipotong nipis secara menyerong)
2  biji  telur   (dipukul dengan garpu)
Sedikit garam
Serbuk perasa
Minyak masak


Bahan Kisar :

3  biji  cili merah   (dibuang biji)
2  ulas  bawang merah
1  ulas  bawang putih
Sedikit belacan   (saya tambah)


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2.  Masukkan bendi dan dikacau.  Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
3.  Agak-agak bendi dah separuh masak, bolehlah dicurahkan telur sekelilingnya.
4.  Biarkan telur 1/2 masak barulah dikacau.  Biarkan sekejap sehingga agak kering dan tutup api.
5.  Sedia dihidangkan.

Monday, June 29, 2020

SOS CHEESEY WEDGES










CARA-CARA MEMBUAT SOS CHEESY
WEDGES/FRIES HOMEMADE
sumber :    www.rasa.my@Are Peace




Bahan-Bahan :

1  tin  susu cair
1  sudu makan  tepung gandum   (bancuh dengan sedikit air)
1  kiub  pati ayam   (boleh juga guna  1/2 kiub sahaja)
4  sudu makan  mentega   (anggaran 1/4 cawan@56.7 gm)
6  keping keju cheddar@slice cheese
1  sudu teh  serbuk lada hitam
Sedikit pewarna kuning


Cara Penyediaan :

1.  Cairkan mentega dan masukkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali bancuhan tepung gandum.
2.  Kacau dengan api sederhana sampai semua bahan larut dan sebati.
3.  Masukkan bancuhan tepung gandum, kacau sehingga pekat.
4.  Siap ! dan masukkan ke dalam bekas.  Simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sehingga 1 minggu.

Sunday, June 28, 2020

NASTAR LUMER MUMPUNG








RESEP NASTAR LUMER MUMPUNG
sumber :    Insta@rengginangtahu
credit :    @victoriasatchy




Bahan Kulit Nastar :

100  gm  salted butter
25  gm  margarin
45  gm  gula halus   (me : gula icing)
125  gm  tepung protein rendah   (me : tepung serbaguna)
75  gm  tepung maizena
50  gm  susu bubuk full cream
2  butir  kuning telur ukuran kecil
1/8  sdt  vanilli bubuk


Filling :

Selai nenas homemade@store bought   ~  dibulat-bulatkan terlebih dahulu

Olesan :   kuning telur + susu cair + madu


Cara Membuat :

1.  Kocok butter, margarin, gula halus dan vanilli bubuk dengan mixer sampai mengembang sekitar 2 menit.

2.  Turunkan kecepatan hingga ke speed paling rendah, masukkan kuning telur, aduk rata.

3.  Masukkan campuran tepung terigu, maizena dan susu bubuk bertahap sampai tercampur rata menggunakan spatula.  Adonan siap digunakan.

4.  Pipihkan adonan, isi dengan selai nenas, bulatkan.   (me :  selai nenas : 7 gm dan kulit nastar : 10 gm dan saya pakai acuan kerang).

5.  Panggang di oven dengan suhu 150'C selama 15 minit.  Keluarkan, tunggu sampai uap hilang lalu olesi dengan olesan.   (saya skip cara ini, saya oles terus bakar jer).

6.  Panggang kembali selama 15 menit dengan suhu 140'C, sampai berwarna keemasan.
SIAP !




Saturday, June 27, 2020

AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS










RESIPI AYAM GORENG CILI
HALIA MASAM MANIS
sumber :    FB/O Resepi@angelic.argan




Bahan-Bahan :

1/4  ekor  ayam   (potong ikut suka, lumur garam kunyit & goreng)   ~  ketepikan
3  biji  bawang merah   (sederhana besar)
2  biji  bawang putih
1  inci  halia
1/2  inci  belacan
4  biji  lada merah
6  biji  cili padi
1-2  keping  asam keping
1  sudu kecil  sos tiram
1  sudu kecil  cuka makan
1  sudu kecil  sos ikan
1  batang  serai   (diketuk)
Hirisan bawang besar   (me : guna bawang Holland)
Minyak masak untuk menggoreng
Garam, gula/gula merah   (jika suka)


Cara Memasak :

Kupas dan blend (saya tumbuk tapi jangan lumat sangat) bawang merah/putih, halia, cili padi, lada merah dan belacan.  Kemudian masukkan ke dalam minyak masak yang dipanaskan (api sederhana).  Goreng/tumis sehingga naik bau, masukkan sedikit air supaya tidak kering sangat sambil masukkan garam.  Kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu kecil dan sedikit jer gula merah, masukkan juga sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka makan dan serai yang diketuk tadi, goreng/masak sampai naik bau, kalau kering sangat masukkan air sedikit mengikut keadaan.  Masukkan ayam yang dah digoreng tadi dengan hirisan bawang besar, gaul sehingga bawang besar layu dan bolehlah tutup api.
Sedia dihidangkan.


Friday, June 26, 2020

DAGING MASAK KICAP









RESIPI DAGING MASAK KICAP
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

250  gm  daging batang pinang
1  sudu besar  cili kering kisar
1  sudu besar  sos cili
3-4  sudu besar  kicap manis
Sedikit cuka makan
1  biji  bawang besar   ~  hiris
4  tangkai  cili padi atau cili hijau & merah
1  biji  tomato   ~  belah 4/6   (saya tambah)
Daun bawang/daun sup/daun ketumbar   (tak letak sebab tiada)
Garam & gula
Minyak masak


Bahan Tumis :

3  ulas  bawang merah   ~  hiris
2  ulas  bawang putih   ~  hiris
1/2  inci  halia   ~  hiris
1  batang  serai   ~  titik/ketuk
1  batang  kulit kayu manis
2  kuntum  bunga lawang


Cara Memasak :

1.  Daging dipotong seperti kiub.  Jangan dihiris nipis atau kecil.  Daging kemudiannya dilumur garam dan serbuk kunyit.  Ketepikan.  Sementara itu, boleh disediakan bahan-bahan lain.

2.  Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bawang putih, bawang merah dan halia yang dihiris.  Masukkan sekali bunga lawang dan kayu manis serta serai.  Tumis sehingga wangi.

3.  Masukkan cili kering kisar dan kacau rata sehingga cili garing.  Masukkan daging dan kacau rata.

4.  Masukkan sedikit air dan biarkan daging sehingga empuk.  Jika belum empuk, boleh tambah air.

5.  Setelah daging empuk, masukkan sos cili, kicap manis dan cuka.  Biarkan kuah mendidih lama-lama supaya ianya sebati dengan air daging.
NOTA :   Masukkan air secukupnya untuk dijadikan kuah.

6.  Akhir sekali, masukkan tomato, bawang besar yang dihiris, cili padi atau cili besar hijau dan merah.  Sebelum dihidangkan, tabur dengan daun bawang atau daun saderi.

7.  Sedia untuk dihidangkan dan dinikmati.

P/S :   Lebih sedap jika daging ada lemak dan urat-urat halus antara daging.


SAMBAL TELUR DENGAN KENTANG









SAMBAL TELUR DENGAN
KENTANG GORENG
sumber :    aynorablogs.com




Bahan-Bahan :

2  biji  kentang   ~  potong ikut suka
3  biji  telur
1  biji  bawang besar *
10  tangkai  cili kering *   ~  rendam dulu hingga lembut
2  ulas  bawang putih *
1  inci  halia *
1  sudu besar  serbuk kunyit *   ( * dikisar )
Garam & gula secukupnya
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng & menumis


Cara Memasak :

1.  Goreng seketika kentang, sekadar masak.  Angkat dan ketepikan.
2.  Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.  Tambahkan 1/2 cawan air.  Biarkan mendidih.
3.  Pecahkan telur ke dalamnya dan kacau rata.
4.  Kemudian masukkan kentang yang digoreng tadi.  Gaul rata.
5.  Akhir sekali perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
6.  Sesuaikan rasa.  Sambal telur dengan kentang goreng siap untuk dihidangkan.


Thursday, June 25, 2020

ROTI PISANG YOGURT











RESIPI ROTI PISANG YOGURT
sumber :    menudapozati.blogspot.com




Bahan-Bahan :

1 3/4  cawan  tepung gandum
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1/4  sudu teh  garam
1/2  cawan  minyak jagung
1/2  cawan  yogurt asli   (135 gm)
1  cawan  gula perang
2  biji  telur gred A
1  cawan  pisang emas   (terpulang jenis pisang yang nak diguna   ~  dilenyek/diblend untuk teksture halus)
1/2  cawan  chocolate rice
Sedikit chocolate rice   ~  untuk ditabur di atas adunan roti


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 180'C api atas bawah selama 20 minit.

2.  Griskan acuan/loyang roti berukuran 7" x 4" dan alaskan dengan baking paper.

3.  Satukan tepung gandum, serbuk penaik, soda bikarbonate dan garam.  Ayak bahan tersebut dan gaul rata.

4.  Dalam mangkuk berlainan, satukan gula dan telur.  Pukul dengan menggunakan hand whisk hingga semua gula larut.

5.  Kemudian, masukkan minyak jagung, pisang yang diblend dan yogurt.  Gaul hingga semua sebati.

6.  Masukkan adunan tepung dan chocolate rice tadi ke dalam adunan pisang dan gaul hingga semua rata.  Jangan overmix.

7.  Tuangkan adunan ke dalam acuan/loyang, taburkan chocolate rice dan bakar selama 40 minit@hingga masak.

8.  Biarkan selama 15 minit selepas masak.  Kemudian baru keluarkan roti dan sejukkan di atas wire rack.
SIAP !


IKAN DORI MASAM MANIS










IKAN DORI MASAM MANIS
BERNANAS
sumber :    tiffinbiru@CMG




Bahan-Bahan :

2  keping fillet  ikan Dory
1/2  sudu kecil  garam
1  sudu kecil  serbuk lada sulah
1  biji  putih telur
4  sudu besar  tepung jagung
1/4  bahagian traffic light  capsicum   (merah, hijau & kuning ~ dipotong berbaji)  (tak letak)
1 1/2  cawan  nanas   ~  dipotong kiub   (me : ganti dengan tomato)
1  biji  bawang besar   ~  dibelah 6
3  ulas  bawang putih   ~  cincang halus
3  sudu besar  cili kisar
3  sudu besar  sos tomato *
3  sudu besar  sos cili *
2  sudu besar  sos plum *
1  sudu kecil  sos ikan *    ( * bahan-bahan sos, disatukan & kacau rata )
1  cawan  air
1  sudu kecil  tepung jagung  +  2 sudu besar  air   =  dikacau rata
1  sudu kecil  bijan   ~  digoreng tanpa minya hingga wangi
Sedikit hirisan daun bawang   ~  untuk hiasan   (me : guna daun kucai)
Minyak masak


Cara Memasak :

1.  Fillet ikan Dory dipotong kiub (sebesar saiz ibu jari orang dewasa), kemudian perap dengan jus limau nipis atau jus limau kasturi selama 15 minit.  Cuci bersih dan toskan.  Gaul isi ikan tadi dengan serbuk lada sulah dan 1/2 sudu kecil garam hingga rata, perap 20 minit.  Kemudian gaulkan dengan putih telur dan tepung jagung hingga rata.  Goreng terendam hingga kuning keemasan.  Angkat dan toskan.  Ketepikan untuk kegunaan kemudian.

2.  Dalam kuali yang sama, keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 4 sudu besar.  Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing, guna api kecil dan kacau sentiasa.  Masukkan bahan-bahan sos (*), kacau dan tuangkan air.  Biarkan mendidih.

3.  Masukkan nanas dan bawang besar, masak hingga lembut.  Tambah traffic light capsicum dan isi ikan Dory yang telah digoreng tadi.  Gaul rata dan tuangkan bancuhan tepung jagung.  Masak hingga pekat.  Sesuaikan rasa dan jika perlu masukkan sedikit garam atau boleh guna sos ikan.  Masak sekejap lagi dan tutup api.  Tabur dengan bijan dan hirisan daun bawang. 

4.  Hidangkan.


Wednesday, June 24, 2020

MUFFIN PISANG COKLAT










RESIPI MUFFIN PISANG COKLAT
sumber :    dapozati.blogspot.com




Bahan Kering :

1  cawan  tepung gandum
2  sudu besar  serbuk koko
1/2  sudu teh  soda bikarbonate
1  sudu teh  serbuk penaik@baking powder
Sedikit garam


Bahan Basah :

3/4  cawan  pisang yang sudah dilecek
1/2  cawan  minyak jagung atau minyak masak
1/2  cawan  gula perang
1  biji  telur yang dipukul sedikit   (saya guna gred A)
Chocolate chips secukupnya


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 160'C selama 15 minit.

2.  Ayakkan semua bahan kering ke dalam mangkuk.  Ketepikan.

3.  Campurkan semua bahan basah ke dalam mangkuk lain dan kacau rata.

4.  Masukkan bahan kering yang sudah diayak ke dalam campuran bahan basah.  Kacau dengan whisk sekejap sahaja.  Jangan terlebih kacau nanti muffin akan keras selepas dibakar.

5.  Letakkan kertas muffin ke dalam loyang muffin.  Sudukan adunan tadi sehingga 3/4 penuh.  Taburkan chocolate chips di atas adunan muffin tadi.

6.  Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing).  Cucuk dengan lidi sate untuk pastikan muffin sudah masak atau tidak.
SIAP!


DAGING SALAI MASAK LEMAK









RESIPI DAGING SALAI MASAK
LEMAK CILI PADI
sumber :    Azie Kitchen




Bahan-Bahan :

Daging salai secukupnya   ~  hiris nipis
2  biji  kentang   ~  potong ikut suka   (saya tambah)
1/2  kg  santan pekat segar
1  batang  serai   ~  dititik
Garam secukup rasa
1  keping  asam gelugor
1  helai  daun kunyit   ~  hiris halus   (optional)


Bahan Tumbuk :

8-12  tangkai  cili padi   (ikut pedas yang disukai)
1-2  inci  kunyit hidup


Cara Memasak :

1.  Rebus daging salai bersama bahan tumbuk dan kentang sehingga agak-agak daging dan kentang empuk.  Jika belum lembut, boleh tambah air dan rebus lagi.

2.  Setelah daging dan kentang empuk, masukkan serai dan santan secukupnya.  Sentiasa dikacau supaya kuah cantik.  Jangan sehingga kuah pecah minyak.

3.  Setelah mendidih, masukkan asam gelugor dan garam secukup rasa.  Tutup api.  Sedia dihidangkan.
NOTA :   Kuah mestilah pekat, baru sedap.  Jika suka, boleh masukkan daun kunyit yang dihiris halus setelah masak.