KEK PISANG

Sunday, December 31, 2017

MENGHABISKAN CUTI...




Menghabiskan cuti selepas balik dari perantauan selama 2 bulan sebelum kembali bertugas pada bulan Mac.  Bersantai-santai menikmati buah-buahan tempatan, pemberian dari jiran tetangga sambil menikmati pemandangan yang indah di sekeliling rumah...

KUIH CARA MANIS...









KUIH CARA MANIS
MENGGUNAKAN SUSU SEGAR



Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
2  cawan  susu segar
1  biji  telur gred A/B
1/2  sudu teh  garam halus
1  sudu teh  pandan paste/pewarna hijau
Gula pasir secukupnya  ~  untuk inti
1  helai  daun pandan  ~  sebagai berus untuk menyapu minyak pada acuan


Cara-Cara :

1.  Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar.  Kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk.  Pastikan adunan tidak bergentel.  Buat sehingga susu segar habis.  (Boleh juga diblend semuanya).

2.  Panaskan acuan kuih cara.  Pastikan apinya sederhana sahaja.

3.  Sapu acuan kuih cara dengan sedikit minyak menggunakan daun pandan tadi.

4.  Tuangkan adunan ke dalam acuan kuih cara sehingga agak-agak penuh.  Biarkan seketika sehingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).

5.  Sudukan sedikit gula dan tuangkan ke atas setiap kuih tadi.  Tutup acuan dengan tudung periuk.  Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit.  (Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tetapi jangan sampai hangus pula).

6.  Keluarkan dari acuan menggunakan lidi sate atau garfu... 

INFO :  Jika ingin menggunakan santan, sukatan :  1 cawan santan + 1 cawan air pandan, air dikisar bersama 4 helai daun pandan dan ditapiskan...

Saturday, December 30, 2017

SAUSAGES WITH SOY SAUCE...









SAUSAGES WITH SOY SAUCE
adapted from :  AFC@At Home with Marinka...



Ingredients :

1/2  white onion, sliced
4  shallots, sliced
2  chilli padi or more to taste bud, sliced
6-8  sausages, cut to your liking
1  tbsp  oil
40  gm  butter
2  tbsp  sweet soy sauce
1  tbsp  chilli sauce


Serving :

White rice
Fried shallots
Chilli
Spring onion


Method :

1.  Pour oil into a pan.
2.  Saute the sausages until the edges are brown.
3.  Add sliced shallots, onion and chilli padi.
4.  Add sweet soy sauce, mix it together.
5.  Add butter and chilli sauce, mix it together.
6.  Serve it with white rice, fried shallots, chillies and spring onion...

KUPANG GORENG...









KUPANG/KERANG GORENG
BERSAYUR
rujukan :    hanieliza...



Bahan-Bahan :

500  gm  isi kupang dan 1 sudu kecil serbuk kunyit (digaul rata)  (saya guna isi kerang rebus)
200  gm  kacang buncis  (dipotong pendek)
3  biji  cili merah  ~  dihiris  (tak letak)
1/2  batang  lobak merah  ~  dihiris memanjang  (saya tambah)
1  labu  bawang besar  ~  dihiris
2  ulas  bawang putih  ~  dihiris
2  sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris.
2.  Masukkan kupang/kerang, kacang buncis, lobak merah, cili merah (jika guna) dan bawang besar.
3.  Masakkan sebentar, agak-agak sayur dah lembut dan kacau rata.  Sesuaikan rasanya, tutup api.
4.  Sedia dihidangkan...

Friday, December 29, 2017

SAMBAL KICAP AYAM...









SAMBAL KICAP AYAM
rujukan :    hanieliza...



Bahan-Bahan :

500  gm  ayam
2  batang  serai  ~  diketuk
5  helai  daun limau purut  ~  dikoyak
2  biji  tomato  ~  dibelah 4 setiap satu
5  sudu besar  kicap
2  sudu besar  sos tomato
3  sudu besar  minyak masak
Garam  (sekiranya perlu)


Bahan dikisar :

20  tangkai  cili kering  ~  rebus sehingga lembut
5  ulas  bawang merah
1  labu  bawang besar
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia
1/2  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Buangkan kulit ayam dan potong kecil.  Basuh dan toskan.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3.  Masukkan ayam dan kacau.  Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4.  Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap.  Kacau rata.
5.  Masakkan hingga naik minyak.  Akhir sekali masukkan tomato, biarkan seketika.  Kacau rata.
6.  Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...


TIPS :  Sos tomato boleh digantikan dengan 3 biji tomato yang dikisar dengan cili, kemudian ditumis hingga pekat dan naik minyak...

PANDAN CHIFFON CAKE...









PANDAN CHIFFON CAKE
source :    cookbook...



Egg yolk batter :

6  egg  yolks  (I use grade A)
2  tbsp  pandan juice
150  gm  coconut milk
1/4  tsp  salt
4  tbsp  cooking oil
1/4  tsp  pandan essence
few drops green food colouring
80  gm  caster sugar
140  gm  plain flour


Egg white meringue :

6  egg  whites  (grade A)
1/4  tsp  cream of tartar
100  gm  caster sugar


Method :

1.  To make egg yolk batter :  combine egg yolks,pandan juice, coconut milk, salt, cooking oil, pandan essence, green food colouring and caster sugar in a mixing bowl until well combine.  Fold in flour and mix until it forms batter.  Set aside.

2.  To make egg white meringue :  beat egg whites and cream of tatar until mixture forms soft peaks.  Gradually add in sugar (100 gm), beating at high speed until frothy and stiff peaks form.

3.  Gently fold beaten egg white meringue into egg yolk batter in three batches until well blended and no streaks of white batter seen.

4.  Pour batter into ungreased 9-inch/22cm tube pan.  Bake in preheated oven at 170'C for about 30-40 minutes or until cooked.

5.  Remove from oven, invert cake onto table until completely cooled before unmoulding from the pan...

Thursday, December 28, 2017

BUBUR DURIAN KACANG HIJAU...









BUBUR DURIAN KACANG HIJAU
rujukan :    yatiememories...



Bahan-Bahan :

2  cawan  kacang hijau  ~  rendam selama 1 jam
Air secukupnya untuk merebus kacang hijau
2  cawan  santan pekat
2  cawan  santan cair
1  ketul  gula Melaka
1/2  cawan  gula pasir  (boleh tambah jika suka manis)
1  sudu besar  minyak masak
2  helai  daun pandan  ~  belah & disimpul
1  sudu kecil  garam
Isi durian secukupnya


Cara-Cara :

1.  Rebus kacang hijau bersama air, garam dan masukkan 1 sudu besar minyak masak.. (* tujuannya biar cepat empuk).

2.  Bila kacang hijau telah empuk dan kembang, masukkan gula pasir.  Kemudian masukkan pula gula Melaka yang diracik.  Kacau sehingga gula larut dan sebati.

3.  Masukkan isi durian, diikuti pula santan cair ke dalam periuk bersama daun pandan.  Kemudian masukkan santan pekat dan gaul sebati.  Biarkan mendidih sebentar dan tutup api.

4.  Setelah siap bolehlah dihidangkan... (kalau tidak suka durian, tidak perlu letak)...

Wednesday, December 27, 2017

IKAN BERLADA...









IKAN BERLADA




Bahan-Bahan :

5  ekor  ikan kembung  (lumur dengan sedikit garam & serbuk kunyit kemudian goreng)
1  biji  tomato  (belah 4)
3  ulas  bawang putih *
3  ulas  bawang merah *
1  biji  tomato *  ( kisar )
1  tangkai  daun bawang  (hiris)
3  sudu besar  cili kisar
1  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  sos cili/sos tomato
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  gula
Minyak masak untuk menggoreng


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak.  Goreng ikan hingga masak.  Ketepikan.
2.  Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga terbit bau.
3.  Masukkan cili kisar, sos tiram, sos cili/sos tomato, garam dan gula.  Kacau rata hingga terbit minyak.
4.  Masukkan tomato.  Biarkan seketika hingga tomato sedikit layu.
5.  Masukkan ikan goreng dan gaul rata pada keseluruhan ikan.
6.  Taburkan hirisan daun bawang bila menghidang...

PENUTUP WALIMATULURUS DISEMBER 2017...


 24/12/2017 (Ahad) -  Penutup Majlis Walimatulurus untuk tahun 2017
Hanis Azlan, anakanda kepada En. Azlan Sipon & Pn Rozaini...






Family Gathering...

 24/12/2017 (Ahad) Famili anak sulung & kedua...



 Cuti-cuti di KL...