KEK PISANG

Monday, July 31, 2017

PUDING TEMBIKAI...









PUDING TEMBIKAI
rujukan :    yatiememories...




Bahan-Bahan :

1  paket  serbuk agar-agar tanpa warna  (10 gm)
2  keping  roti gardenia *
4  cawan  air
1/2  cawan  gula pasir
1/2  cawan  susu pekat manis *
1  cawan  susu cair *  (tambahan)
2  sudu besar  mentega
1  sudu kecil  esen vanilla
Cincau dipotong kecil
Sedikit pewarna hijau & merah


Acuan/loyang :  8 inci/atau ikut pilihan


Cara-Cara :

1.  Masak serbuk agar-agar bersama gula pasir dan air sehingga serbuk agar-agar dan gula pasir hancur.

2.  Sementara itu, rendamkan roti di dalam susu cair dan carik-carikkan.  Masukkan susu cair, roti yang direndam tadi dan susu pekat manis.  Blend sehingga halus.

3.  Setelah serbuk agar-agar dan gula pasir hancur, masukkan bahan-bahan blend tadi ke dalam periuk berisi agar-agar, juga masukkan esen vanilla dan mentega.  Kacau sehingga mendidih dan pekat sedikit.  Tutup api.

4.  Ambil sedikit adunan (anggaran 1 cawan) dan warnakan dengan pewarna hijau (ini sebagai kulit tembikai).  Biarkan mengeras sedikit.

5.  Selepas itu ambil sedikit lagi adunan (anggaran 3/4 cawan) biarkan pada warna asal, curahkan/tuangkan di atas lapisan hijau tadi.  Biarkan mengeras sedikit.

6.  Adunan selebihnya diwarnakan dengan pewarna merah, kemudian tuangkan di atas lapisan putih@warna asal tadi.  Taburkan dengan potongan cincau tadi sebagai biji tembikai.  Biarkan sejuk.  Simpan di dalam peti sejuk...

SAMBAL TELUR BERSERAI...








SAMBAL TELUR BERSERAI
rujukan :    Majalah RASA Mei 2016...




Bahan-Bahan :

5  biji  telur  ~  rebus & goreng berkulit
8  biji  cili merah *
5  biji  bawang merah *
2  ulas  bawang putih *  ( * dikisar )
1  batang  serai  ~  dititik
Sedikit air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak di dalam kuali.  Masukkan bahan kisar.  Apabila sudah naik bau, masukkan serai, air asam jawa dan sedikit air.  Kacau perlahan.

2.  Akhir sekali masukkan telur yang digoreng tadi.  Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.  Kacau seketika.

3.  Angkat dan sedia dihidangkan...

SAYUR CAMPUR ANEKA...








RESIPI SAYUR CAMPUR ANEKA




Bahan-Bahan :

7-8  ekor  udang saiz sederhana  ~  dibuang kulit, cuci bersih & toskan
5  biji  jagung muda  ~  dibelah 2 atau ikut selera
1  bahagian  brokoli  ~  dipotong ikut selera
1/2  batang  lobak merah  ~  disagat kasar atau dihiris memanjang
13  biji  kacang sepat@snow pea  ~  dipotong 2
1  keping  sayur fucuk kering  -  dipatah-patah & rendam  sehingga lembut
1/2  biji  bawang besar  ~  dihiris kasar
3  ulas  bawang putih  ~  dicincang
1  sudu besar  sos tiram
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Sedikit hirisan daun sup, jika suka
Sedikit air, jika perlu


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak (anggaran 3 sudu besar), tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

2.  Masukkan udang, tumis seketika sehingga udang berubah warna kemerah-merahan.  (Jangan terlalu lama nanti udang keras).

3.  Masukkan sayur jagung, brokoli dan kacang sepat, kacau seketika.  Tuangkan sos tiram.  Tambahkan sedikit air.  Kacau perlahan.

4.  Akhir sekali, masukkan lobak merah, sayur fucuk yang direndam tadi (buangkan airnya), kacau perlahan sehingga sebati.

5.  Sesuaikan rasa, tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.  Tutup api dan sedia untuk dihidangkan semasa panas.  Taburkan dengan sedikit hirisan daun sup, jika suka...

Sunday, July 30, 2017

ZEBRA BUTTER CAKE...










ZEBRA BUTTER CAKE
adapted from :    anncoojournal.com




Ingredients :

220  gm  cake flour/plain flour
1/2  tbsp  baking powder
250  gm  salted butter, room temperature
160  gm  castor sugar
4  large  eggs, room temperature
2  tsp  vanilla extract
200  gm  natural yoghurt, room temperature
1.5  tsp  cocoa powder (sifted) and mix with 2 tbsp milk or water


Directions :

1.  Preheat oven to 170'C.  Grease a 8-inch round cake pan with butter or cooking spray, line base with parchment paper.  Sift plain flour and baking powder together, set aside.

2.  Beat butter and sugar until pale and fluffy at medium speed for about 5 minutes.  Reduce speed, add vanilla extract.  Add eggs, one at a time beating thoroughly after each addition.

3.  Add in 1/2 of the flour followed by the yoghurt and remaining flour, beating until just incorporated.

4.  Take out half of the plain batter and blend well with the cocoa paste.

5.  Spoon 3 heapful tablespoons of the plain batter into the middle of the cake pan.  Straight away spoon 2 heapful tablespoons of the chocolate batter on top.  Continue doing this until all the mixture has been used.  Then slightly tap and shake the cake pan to even the batter.

6.  Create feather patterns by inserting a skewer into the batter in one direction and draw the skewer up the opposite way.

7.  Bake in the preheated oven for about 45-50 minutes or a skewer inserted into the center of the cake comes out clean.

8.  Leave the cake to cool in the pan for 10 minutes, then turn out the cake onto a rack to cool completely before unmoulding the pan.

BERTAMBAHNYA AHLI KELUARGA...

 

 Bertambahnya ahli keluarga baru dengan kehadiran cucu kelima ku,
MOHAMMAD ZIDAN ASHRAF BIN MOHAMMAD SYAZWAN ASHRAF
14/7/2017 (JUMAAT)
lahir di Hospital Az Zahra, Bangi...

 Hari kelapan selepas tahnik...



BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM...









BEBOLA DAGING SOS LADA HITAM
rujukan :    dariduniadapurku.blogspot.my




Bahan-Bahan :

20-25  biji  bebola daging
1 1/2  sudu kecil  serbuk jintan manis
1/2  sudu kecil  lada hitam kasar
3  sudu besar  sos lada hitam
2  sudu besar  sos tomato
1  sudu besar  kicap manis
1/2  biji  bawang besar  ~  dipotong baji
1  biji  tomato  ~  dipotong 4 atau 5
1  tangkai  lada merah  ~  dihiris serong
5  ulas  bawang merah
3  ulas  bawang putih
1/2  inci  halia
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Goreng bebola daging sehingga masak keperangan.  Angkat dan ketepikan seketika.

2.  Bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk halus.

3.  Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk sehingga wangi.  Masukkan serbuk jintan manis dan juga lada hitam kasar.  Kacau lagi sehingga naik bau.

4.  Masukkan sos tomato, sos lada hitam dan kicap manis.  Tambahkan sedikit air.  Masukkan tomato, bawang besar dan lada merah yang telah dihiris.

5.  Masukkan bebola daging tadi dan kacau sebati dengan sos sehingga bergaul mesra dan pekat.  Tambahkan garam dan gula secukup rasa. 

6.  Sedia dihidangkan...


NOTA :   Sos-sos boleh dilebihkan kalau nak kuah banyak...

SUP BROKOLI KULIT TAUHU KERING...









SUP BROKOLI KULIT
TAUHU KERING
rujukan :    Majalah Sedap Mei 2016...




Bahan-Bahan :

200  gm  brokoli  ~  dipotong per kuntum
1  tongkol  jagung pipil  (tak letak)
1  batang  lobak merah  ~  hiris bulat
2  tangkai  daun sup  ~  ikat
10  biji  telur puyuh rebus
3  ulas  bawang putih  ~ diketuk
1/2  labu  bawang besar  ~  hiris panjang
1 1/2  sudu makan  kicap ikan@fish sauce
1500  ml  stok ayam  (saya guna air biasa dicampur dengan 1 kiub pati ayam)
2  sudu teh  garam
1/4  sudu teh  serbuk lada sulah
1  sudu teh  gula pasir
50  gm  kulit tauhu kering@fucuk  ~  potong & rendam hingga lembut
2  tangkai  daun bawang  ~  potong 1cm
1  sudu makan  minyak untuk menumis


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga terbit aroma.
2.  Masukkan lobak merah, biarkan seketika hingga sedikit lembut.
3.  Kemudian masukkan brokoli, jagung (jika guna), daun sup dan telur puyuh, kacau rata.
4.  Masukkan stok ayam, kicap ikan, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir, kacau hingga masak.
5.  Masukkan kulit tauhu kering (buangkan airnya) dan daun bawang, kacau rata.
6.  Sedia untuk dihidangkan...

Saturday, July 29, 2017

AYAM MERAH BUJANG...









AYAM MERAH BUJANG
rujukan :    Majalah RASA Mac. 2017...




Bahan-Bahan :

1  kg  ayam  ~  potong & bersihkan
1  biji  bawang besar  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  ketuk
2  batang  serai  ~  hiris
2  sudu makan  pes cili kering
2  sudu makan  sos tomato
2  sudu makan  sos cili
Garam, gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
1  cawan  air


Cara Memasak :

1.  Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit bersama sedikit garam.

2.  Sementara itu, panaskan minyak dan goreng ayam sehingga tiga perempat masak.  Angkat dan ketepikan.

3.  Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis dan tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan serai sehingga naik bau.

4.  Seterusnya, masukkan cili kisar, sos cili, sos tomato, kcau dan masukkan sedikit air.

5.  Akhir sekali, masukkan ayam, garam dan gula secukupnya, kacau rata.  Kecilkan api dan biarkan mereneh seketika sebelum diangkat, taburkan dengan sedikit hirisan daun bawang, jika suka dan sedia dihidangkan...

TUMIS SAMBAL BELACAN SAYUR BENDI...







TUMIS SAMBAL BELACAN 
KACANG BENDI
rujukan :    resipinannie.blogspot.my




Bahan-Bahan :

15  biji  kacang bendi  ~  dipotong kecil serong
1  biji  telur saiz besar
Garam & gula secukup rasa


Bahan Tumbuk Lumat :

3  biji  cili merah
1  biji  bawang merah
1  ulas  bawang putih
1  sudu kecil  belacan bakar
2  sudu makan  udang kering


Cara Memasak :

     Bendi dibersihkan dan dipotong kecil serong.  Panaskan anggaran 4 sudu besar minyak masak dan tumiskan kesemua bahan tumbuk lumat tadi.  Kacau dan biarkan masak sampai wangi dan pecah minyak.  Jika sambal kelihatan kering tambahkan sedikit lagi minyak.  Kemudian masukkan telur dan terus kacau biarkan telur masak seketika.  Masukkan bendi, garam secukup rasa dan jika perlu masukkan sedikit gula.  Kacau sampai bendi masak tetapi jangan masak terlalu lama nanti bendi menjadi lembik...



 
 Puff Pastry berintikan sosej berkeju untuk minum petang...


Friday, July 21, 2017

AYAM MASAK LEMAK CILI API...








AYAM MASAK LEMAK CILI API
rujukan :    iresipi.com




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam  ~   potong kecil, cuci bersih & toskan
15-20  biji  cili api *
1  inci  kunyit hidup *  (* ditumbuk lumat )
1  batang  serai  ~  dititik
1  biji  kentang  ~  dipotong ikut citarasa  (tambahan)
1  keping  asam gelugur  ~  jika suka
1  helai  daun kunyit  ~  dihiris
1  kotak  santan KARA atau santan segar 1 paket  (200 ml)
1  cawan  air
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali dengan api paling kecil.  Masukkan ayam (tidak perlu letak minyak).  Tujuannya untuk bagi air ayam keluar agar nanti kuah lemak tidak rasa bau hanyir ayam.

2.  Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam.  Gaul dan panaskan sekejap saja.  Kemudian angkat ayam bersama cili dan serai tadi.  Ketepikan seketika.

3.  Panaskan santan di dalam periuk.  Panaskan dengan api kecil sehingga santan mendidih.  Kemudian masukkan kembali ayam yang telah digaul bersama cili api, kunyit dan serai tadi ke dalam santan di atas api kecil.  Masukkan kentang dan sedikit air ikut kesesuaian.  Sentiasa dikacau agar santan tidak pecah minyak dan kentang menjadi empuk.  Masukkan asam gelugur (jika guna).  Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali hirisan daun kunyit.  Biarkan mendidih seketika, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...

HOMEMADE SALTED CARAMEL...







HOMEMADE SALTED CARAMEL RECIPE
adapted from :    sallysbakingaddiction.com




Ingredients :

1  cup  granulated sugar  (200 gm)
6  tbsp  salted butter, room temperature cut up into 6 pieces  (90 gm)
1/2  cup  heavy cream/UHT Dairy Whipping Cream  (120 ml)
1  tsp  salt


Directions :

1.  Heat granulated sugar in a medium saucepan over medium heat, stirring constantly with a high heat resistant rubber spatula or wooden spoon.

2.  Sugar will form clumps and eventually melt into a thick brown, amber- coloured liquid as you continue to stir.  Be careful not to burn.

3.  Once sugar is completely melted, immediately add the butter.  Be careful in this step because the caramel will bubble rapidly when the butter is added.

4.  Stir the butter into the caramel until it is completely melted, about 2-3 minutes.  A whisk helps if you find the butter is separating from the sugar.

5.  Very slowly, drizzle in 1/2 cup of heavy cream while stirring.  Since the heavy cream is colder than the caramel, the mixture will rapidly bubble and/or splatter when added.

6.  Allow the mixture to boil for 1 minute.  It will rise in the pan as it boils.

7.  Remove from heat and stir in 1 teaspoon of salt.  Allow to cool down before using.

8.  Make ahead tip :  You can make this caramel in advance.  Make sure it is covered tightly and store it for up to 2 weeks in the refrigerator.  Warm the caramel up for a few seconds before using in a recipe.  This caramel is 'OK' at room temperature for a day if you're travelling or gifting it...