Sunday, September 29, 2013
KEK PANDAN MARMAR
KEK PANDAN MARMAR
Sumber : tiffinbiru - CMG
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahannya :
125 gm mentega - cair & sejukkan
125 gm gula kastor
125 gm tepung gandum - diayak
4 biji telur gred A
1/2 tbsp ovallate
2 tbsp susu pekat manis
1/2 tbsp esen vanilla
1/2 tbsp coklat emulco
1 tbsp serbuk koko
1/2 tbsp pes pandan
Badam cincang/hiris untuk hiasan (optional)
Loyang : 7 inci, digris & dialas dengan kertas minyak
Cara Membuatnya :
Panaskan oven pada suhu 170'C, lenser tin bulat berukuran 7 atau 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
Dalam mangkuk pengadun, masukkan tepung, gula kastor, ovallate, telur dan susu pekat manis, kacau rata hingga semua sebati. Kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga kembang dan gebu (lebih kurang 7-8 minit). Kemudian tuangkan mentega cair dan gaul rata dengan spatula.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu diletak pandan pes, kacau rata. Satu lagi diletak esen vanilla, coklat emulco dan serbuk koko, kacau sebati. Sudukan secara berselang-seli antara adunan pandan dan coklat. Mulakan di bahagian tengah tin hingga siap.
Taburkan dengan badam cincang/hiris dan bakar selama 40-45 minit atau hingga masak. Keluarkan kek dan terbalikkan di atas redai, buang kertas alas dan biar kek sejuk.
Labels:
Kek
KEK KURMA
KEK KURMA (8 inci)
Sumber : dapurkakpah
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
1 1/2 cawan kurma (dibuang biji & dihiris)
3/4 cawan gula kastor
4 biji telur - gred B
1 cawan minyak jagung
2 cawan tepung gandum *
1 tsp. soda bikarbonat *
2 tsp. baking powder * (bertanda * diayak bersama)
1 tsp. esen vanilla
2 tbsp. susu segar
Loyang : 8 inci
Cara-cara :
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan putih gebu.
2. Masukkan kurma dan esen vanilla, pukul lagi.
3. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang telah diayak. Kacau sebati.
4. Kemudian masukkan susu segar diikuti dengan minyak jagung. Kaup balik hingga sebati.
5. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digris dan dialas dengan kertas minyak.
6. Bakar pada suhu 170'C selama 45 minit atau hingga masak sempurna.
Labels:
Kek
Merasmikan kuali pemanggang ajaib.
IKAN CENCARU SUMBAT
Rujukan : morisaid.blogspot.com
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 ekor ikan cencaru (dibersih & dibelah belakangnya)
Bahan Sumbat :
2 genggam cili kering (direndam & toskan)
1 tbsp. udang kering (direndam & toskan)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/4 inci belacan
Secubit garam
Sedikit air asam jawa
Cara Memasak :
Tumbukkan kesemua bahan sumbat kecuali air asam jawa hingga lumat. Masukkan sedikit air asam jawa dan digaul rata. Sementara itu, gaulkan ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit hingga rata. Sudukan bahan tumbuk ke dalam belahan ikan.
Ikan sedia untuk dibakar. Alas dengan daun pisang atau foil ketika membakar ikan (jika mengguna kuali biasa).
SAMBAL KICAP
Bahan-bahan :
6 biji cili merah
7 biji cili api
2 biji bawang besar
1/2 cawan kicap
6 biji limau kasturi
Garam secukupnya
Cara Penyediaan :
1. Hiriskan cili merah dan cili api halus-halus.
2. Potong bawang besar dalam bentuk dadu kecil.
3. Kesemua bahan tadi dimasukkan ke dala mangkuk.
4. Perahkah limau kasturi. Tuangkan kicap dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidangkan.
Labels:
Ikan
NASI MINYAK dari blog CMG
Sambal Ayam yang simple jer
Kari Daging
NASI MINYAK
Rujukan dari : tiffinbiru - CMG
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
4 cawan beras basmathi (direndam 20 minit & ditoskan)
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak jagung
4 tbsp. minyak sapi
4 cawan air
1 biji bawang besar (dihiris halus)
2 helai daun pandan - disimpul
3 ulas bawang putih *
4 cm halia * (* dikisar halus)
2 tsp. garam halus
Secubit gula
Bahan Rempah Tumis :
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Sedikit pewarna kuning atau hijau
Cara Memasak :
1. Panskan minyak jagung dan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan bahan rempah rumis dan bawang besar hingga berbau harum dan bawang sedikit layu. Masukkan bahan kisar dan daun pandan. Tuangkan air dan biarkan mendidih.
2. Masukkan susu cair, garam dan secubit gula. Bila mendidih, tutupkan api dan tuangkan ke dalam rice cooker, masukkan beras, kacau rata dan tanak seperti biasa.
3. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan titiskan pewarna, taburkan kismis dan daun ketumbar jika suka. Biarkan nasi betul-betul masak.
4. Gemburkan nasi dengan garpu/chopstick dengan perlahan, sekadar bergaul mesra. Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup/bawang, gajus goreng dan kacang pis (jika suka).
Labels:
Nasi
Wednesday, September 25, 2013
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI - enak & rangup
sebelum dibakar
selepas dibakar
BISKUT LIDAH KUCING PELANGI
Oleh : Citarasawan & Fatmah Bahalwan - tq pada kedua-duanya
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 tsp emplex
Pewarna : ungu, biru, hijau, kuning, oren & merah
Cara-cara :
1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati.
3. Masukkan tepung dan kaupbalik dengan spatula hingga rata dan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan letakkan pewarna berlainan.
5. Masukkan setiap adunan berlainan warna ke dalam piping bag dan potong bahagian muncungnya.
6. Picitkan lurus mendatar ke dalam loyang lidah kucing mengikut susunan warna pelangi.
7. Bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 150'C selama 15 minit. (Jangan dibiarkan permukaan atas biskut keperangan kerana ini akan menenggelamkan corak pelangi).
8. Biarkan sejuk terlebih dahulu dan simpan didalam bekas kedap udara.
Labels:
Biskut/Cookies,
Cake
Tuesday, September 24, 2013
PUDING ROTI PELANGI
bahagian bawah
bahagian atas
bila dah dipotong dapat pelbagai warna yang menarik
dari adunan yang sama - bahagian yang ini untuk dibawa oleh En. hubby ke surau malam ni
PUDING ROTI PELANGI (7x7 inci)
Sumber : Majalah SAJI September 2013
dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
3 keping roti putih
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
10 gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula kastor (lain kali kena kurangkan sikit sebab agak manis)
2 tbsp. mentega
3 cawan air
1 tsp esen vanilla
Sedikit pewarna biru, ungu, merah, oren, kuning & hijau
Cara Menyediakan :
1. Didihkan 3 cawan air dengan serbuk agar-agar dan gula di dalam periuk. Kacau hingga larut.
2. Kisar roti, telur, susu cair, susu pekat hingga halus. Masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi. Masukkan juga mentega dan esen vanilla. Kacau sehingga agak pekat.
3. Bahagikan kepada 5 bahagian dan warnakan. Sediakan loyang (basahkan loyang terlebih dulu bagi memudahkan puding keluar dari loyang), tuangkan yang pertama dengan warna biru, diikuti dengan warna ungu, merah, kuning dan hijau. Sejukkan kemudian potong dan hidangkan. (SELAMAT MENCUBA).
Labels:
Puding
Monday, September 23, 2013
BISKUT LIDAH KUCING COKLAT
BISKUT LIDAH KUCING COKLAT
Sumber : Citarasawan
Dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
250 gm mentega
170 gm gula kastor
100 ml putih telur
170 gm tepung gandum *
50 gm tepung jagung *
30 gm serbuk koko *
1/4 tsp emplex * (yang bertanda * diayak & ketepikan dulu)
1 tsp chocolate emulco
1 tsp coffee emulco (optional)
Hiasan : croquent secukupnya atau ikut pilihan
Loyang lidah kucing digris dengan sedikit mentega
Cara-cara :
Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil diputar hingga sebati. Tambahkan chocolate emulco dan coffee emulco (jika suka) dan gaulkan hingga rata dan sebati. Masukkan campuran tepung dan gaulkan hingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag, guntingkan sedikit bahagian muncungnya dan picitkan memanjang ke dalam loyang.
Taburkan dengan croquent atau hiasan pilihan jika suka. Bakarkan selama 10-15 minit pada suhu 150'C.
Labels:
Biskut/Cookies
PUDING ROTI BERSOS KASTAD
PUDING ROTI BERSOS KASTAD
Sumber : Majalah SAJI September 2013, Hanamemories & Mamawandiha
Dicuba : zaralovebaking.blogspot.com
Bahan-bahan :
8 keping roti putih/gardenia
500 ml susu segar *
4 tbsp. gula kastor *
2 tbsp. mentega * - dicairkan
2 biji telur * (A/B)
1 tsp. esen vanilla
1 tbsp. tepung jagung *
1 tsp. serbuk kayu manis *
2 tbsp. kismis
8 biji kurma - dihiris halus (saya tambah)
Bahan Sos Kastad :
1 tin susu cair
1/4 tin air (sukatan ikut tin susu cair)
2 tbsp. tepung kastad
2 tbsp. gula pasir
Acuan aluminium foil 7" x 7"
Cara-cara :
1. Koyakkan/dadukan roti dan susunkan didalam loyang yang telah digris dengan sedikit mentega.
2. Gaul rata kesemua bahan bertanda * didalam mangkuk dan tuangkan ke atas roti tadi.
3. Biarkan seketika anggaran 20-30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
4. Taburkan kismis dan hirisan kurma (jika suka) di atasnya.
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit hingga permukaan atasnya sedikit keperangan.
Untuk Sos Kastad :
Campurkan kesemua bahan untuk sos kastad ke dalam periuk dan kacaukan di atas api sederhana dan kacau hingga agak pekat. Sejukkan sebentar dan hidangkan puding roti bersama sosnya. (sangat sedap).
Labels:
Puding
Subscribe to:
Posts (Atom)