KEK PISANG

Tuesday, July 28, 2020

KARI TELUR









RESEPI KARI TELUR




Bahan-Bahan :

6  biji  telur yang telah direbus & dikupas kulit
2  biji  tomato   ~  dibelah 4 setiap satu
1  paket kecil  serbuk kari daging/ayam, dibancuh dengan sedikit air
1  cawan  santan atau secukupnya
1/2  sudu kecil  halba campur
1  biji  cili merah   ~  hiris serong
1  biji  cili hijau   ~  hiris serong
1  tangkai  daun kari
Garam & gula secukupnya
Minyak masak


Bahan Dihiris :

2  biji  bawang kecil
3  ulas  bawang putih
2  cm  halia


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali dengan lebih kurang 1 cawan minyak masak dan goreng telur yang telah direbus tadi kemudian angkat dan ketepikan.

2.  Panaskan sedikit minyak masak dalam periuk.  Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris tadi, daun kari dan halba campur sehingga kekuningan dan naik bau.

3.  Kemudian masukkan bancuhan pes kari tadi.  Tunggu sehingga pecah minyak.  Apabila kari sudah pecah minyak bolehlah dimasukkan santan dan sedikit air ikut kepekatan kuah yang dikehendaki.

4.  Perasakan dengan sedikit garam, gula dan boleh juga ditambah sedikit serbuk perasa, jika suka.  Setelah mendidih masukkan telur, tomato, cili merah dan cili hijau.  Biarkan masak seketika dan tutup api.  Sedia dihidangkan ..... SIAP!


TIPS :   Cara mudah untuk kupas telur rebus ialah dengan merendamkan telur yang baru mendidih di dalam air sejuk (air paip) dan kemudian kupas seperti biasa.

CREAM PUFF MONTOK !








RESEPI CREAM PUFF MONTOK
sumber :    Azlina Ina Fans




Bahan-Bahan & Cara-Cara :

1  cawan  air
1  sudu besar  gula kastor


Panaskan sampai berwap kemudian masukkan 100 gm marjerin (pakai marjerin tak perlu letak garam tapi kalau pakai Buttercup letakkan garam sikit).  Biarkan cair sampai mendidih.  Masukkan 100 gm tepung gandum dan kacau laju-laju, api kecil.  Setelah menjadi doh, masukkan adunan ke dalam mangkuk.  Semasa adunan masih panas, masukkan esen vanilla (anggaran 1/2 sudu teh) dan 3 biji telur (saya guna gred A) satu persatu (letak pewarna kalau nak).
Paipkan adunan ke dalam loyang yang dah di alas baking paper dan renjis-renjiskan air masak sebelum bakar bagi merangsang puff naik gebu.  Bakar suhu 150'C selama 20 minit api atas bawah (bergantung pada oven masing-masing) (saya guna suhu 200'C selama 20 minit api atas bawah dan 'ON' kipas).


Bahan Inti Kastad :

200  gm  whipping cream 'Dairy'
200  gm  Instand Custard
200  gm  air sejuk

(Mix sampai kental, ketepikan seketika).

Dalam mangkuk berasingan, mix 200 gm fresh cream sejuk (whipping cream Non-Dairy jenama 'VIVO') sampai soft peak.  Kemudian masukkan ke dalam adunan custard tadi.  Mix sampai sebati.
Belah tepi puff dan letakkan fillingnya ke dalam piping bag yang berisi nozzle lubang bulat, paipkan dari dalam menghala keluar, taburkan Snow Powder, jika suka.
SIAP !





SAMBAL SOTONG









RESEPI SAMBAL SOTONG
( Mariana Zainal )




Bahan-Bahan :

1  kg.  sotong
2  sudu besar membukit  gula pasir
1  sudu kecil  garam
1  keping  asam keping@asam gelugor atau air asam jawa
Sedikit halia   (hiris)
1  biji  bawang besar   (hiris bulat)
1/2  cawan  air   (untuk kuah)
3  senduk sayur  minyak masak,  untuk menumis sambal
Garam, gula, serbuk perasa


Bahan-Bahan Kisar :

20-25  tangkai  cili kering   (boleh tambah jika suka lebih pedas)
1 1/2  biji  cili besar
5  ulas  bawang putih
1/2  sudu kecil  belacan   (sikit saja)


Cara Memasak :

1.  Goreng sekejap sotong (tanpa minyak) untuk keringkan air sotong.  Kemudian toskan.

2.  Panaskan 3 senduk sayur minyak masak, masukkan sedikit hirisan halia (tujuannya untuk bagi cili yang kita tumis nanti cepat garing naik minyak) jangan buang ..... terus masukkan bahan kisar.

3.  Masukkan bahan kisar, gula, garam, bahan perasa, asam keping.  Tumis sehingga betul-betul masak dan naik minyak menggunakan api sederhana.  Dah elok naik minyak, masukkan sotong dan bawang besar, gaul rata, boleh masukkan air 1/2 cawan untuk kuah.  Dah mendidih ganas, bolehlah tutup api ..... SIAP!

Sunday, July 26, 2020

NASI LEMAK BUNGA TELANG









NASI LEMAK BUNGA TELANG
sumber :    qaseyhoney




Bahan-Bahan :

1  cawan  air bunga telang   (15-20 kuntum bunga telang rendam dalam air panas)
2  cawan  beras Basmathi   (rendam 20-30 minit)
3/4 - 1  cawan  santan
1  biji  bawang besar   (hiris)
1  inci  halia   (hiris kasar)
2  batang  serai   (titik)
2  helai  daun pandan   (simpul)
1  sudu besar  minyak masak


Bahan Pelengkap :

Ikan bilis   ~  goreng garing
Timun   ~   hiris
Telur dadar/telur rebus/telur mata
Kacang goreng   ~   jika suka
Sambal pilihan


Cara Memasak :

1.  Rendamkan terlebih dahulu bunga telang dalam air panas.  Nakkan warna yang lebih terang tambahkan lagi bunga telang tersebut.  Tetapi jangan terlalu banyak nanti rasanya jadi lain dan warnanya akan pekat dan tidak cantik.

2.  Jika menggunakan beras Basmathi, rendamkan terlebih dahulu selama 20-30 minit.  Beras biasa basuh seperti biasa dan tidak perlu direndam.  Toskan airnya.

3.  Dalam periuk masukkan beras yang telah dibersihkan.  Masukkan halia, bawang besar, daun pandan, serai dan garam secukup rasa.  Kemudian masukkan air bunga telang tadi (yang telah ditapiskan dan ambil airnya sahaja).

4.  Tambahkan santan dan sukat airnya seperti biasa.  Jika suka boleh tambahkan minyak masak.  Tak letak pun tak ape.  Kacau sehingga rata dan masak dengan menggunakan rice cooker dan masaklah seperti biasa sehingga nasi masak.

5.  Apabila dah masak, gemburkan dengan menggunakan garfu.  SIAP ! ... dan bolehlah dihidangkan terus.

ROTI JALA + KARI AYAM








RESIPI ROTI JALA
sumber :    FB@BIKMM@Zainab Abu Bakar




Bahan-Bahan :

1  cawan  tepung gandum
1  cawan  air
1/4  cawan  minyak masak
1  biji  telur gred A
Secubit garam
Pewarna ikut citarasa


Cara-Cara :

Satukan semua bahan, kisar sehingga sebati.
Sedia untuk dimasak (guna pan/kuali non-stick).
Jika guna kuali leper yang masak daging burger tu lenser dengan sedikit minyak masak pada kiraian yang pertama, yang seterusnya tidak perlu lenser minyak.









KARI AYAM BERSAMA KENTANG





Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   (potong ikut suka, cuci bersih & toskan)
2  biji  kentang   (kupas kulit & belah empat)
3  sudu besar  serbuk rempah kari   (bancuh dengan sedikit air)
2  tangkai  daun kari *
1  inci  halia   (hiris)
3  ulas  bawang merah   (hiris)
3  ulas  bawang putih   (hiris)
1  batang  kulit kayu manis *
3  kuntum  bunga lawang *
2  biji  buah pelaga *
1  sudu kecil  halba *
1  sudu kecil  garam
1  sudu besar  gula
2  sudu besar  cili kisar
200  ml  santan pekat atau santan kotak
700  ml  air
1  senduk  minyak masak


Cara Memasak :

1.  Panaskan minyak masak dan tumis bawang merah, bawang putih dah halia sehingga layu.
2.  Masukkan bahan bertanda(*) dan tumis sehingga wangi.
3.  Masukkan rempah kari dan tumis sekejap.
4.  Masukkan ayam dan kentang, perlahankan api dan tutup periuk.
5.  Bila ayam empuk, masukkan air, garam, gula, cili kisar dan masak sehingga mendidih.
6.  Masukkan santan dan kacau perlahan-lahan sehingga mendidih.
7.  Sesuaikan rasa, tutup api.  SIAP !

Friday, July 24, 2020

KEK KEJU JEPUN










KEK KEJU JEPUN BUDGET
sumber :    FB@Azlina Ina resepi
kredit :    permata pink




Step 1 :

200  ml  susu segar full cream
5  keping  cheese slice
70  gm  butter


Panaskan susu segar dan cheese slice sehingga larut, matikan api, masukkan butter kacau sehingga butter cair.  Biarkan suam.


Step 2 :

3  biji  putih telur   (saya guna gred A)
70  gm  gula icing
1  sudu teh  cream of tartar atau 1 sudu teh lemon juice


Pukul putih telur sampai berbuih sedikit, masukkan gula icing dan cream of tartar, mix sampai bertanduk sedikit (bila terbalikkan mangkuk adunan putih telur tak jatuh) jangan overbeat.


Step 3 :

3  biji  kuning telur   (gred A)
Esen Creamy Vanilla/Esen Vanilla secukupnya
70  gm  tepung gandum
10  gm  tepung jagung
1  sudu teh  baking powder


Mix kuning telur dengan esen creamy vanilla, masukkan adunan susu yang dah suam tadi (Step 1) mix sebati, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking powder (ayak dulu), mix sehingga sebati lagi.  Kemudian, masukkan adunan putih telur (Step 2) tadi, kaupbalik sehingga adunan rata.
Masukkan ke dalam loyang (saiz 7 inci).  Loyang pastikan sapu butter dahulu sekeliling dan bawah, alaskan baking paper pada bahagian bawah sahaja.
Bakar secara 'water-bath' (loyang kek isi dalam loyang berisi air panas) selama 60 minit suhu 150'C - 170'C hingga masak (ikut oven masing-masing).  Pastikan panaskan oven dahulu dan air dalam loyang panas juga.
SIAP !


Thursday, July 23, 2020

BASIC MUFFIN RECIPE










BASIC MUFFIN RECIPE
adapted from :    bakebyanintrovert.com




Ingredients :

2  cups  all-purpose flour   (260 gm)
1/2  cup  granulated sugar   (100 gm)
2  tsp  baking powder
1/2  tsp  salt
3/4  cup  fresh milk,  room temperature   (180 ml)
1/2  cup  unsalted butter,  melted and cooled   (114 gm)
2  large  eggs,  room temperature
2  tbsp  coarse sugar,  optional


Instructions :

1.  Preheat the oven to 350'F/176'C.  Line a muffin pan with paper liners; set aside.
2.  In a small bowl, whisk the flour, sugar, baking powder and salt together.
3.  In a medium bowl, whisk the milk, melted butter and eggs together until well combined.
4.  Add the flour mixture and stir with a silicone spatula just until combined.
5.  Divide the batter evenly between the muffin cups and sprinkle the tops with coarse sugar if using.
6.  Bake for 20-25 minutes, or until a toothpick inserted into the center comes out with only a few moist crumbs attached.
7.  Transfer muffins to a wire rack to cool completely.  Muffins are best the day they are made but they can be stored for later use.


Notes :

You can use oil instead of butter but keep in mind that the texture of the muffins will be much softer.


SUP AYAM SIMPLE









RESEPI SUP AYAM SIMPLE
sumber :    cookpad.com@Nurul Razali




Bahan-Bahan :

1/2  ekor  ayam   ~  dipotong kecil, cuci bersih & toskan
1  biji  bawang besar   ~  dimayang
3  ulas  bawang putih   ~  hiris
1  ruas/bahagian  halia   ~  hiris
1  bunjut  rempah sup
4  biji  kentang   ~  dipotong ikut suka
1  batang  lobak merah saiz sederhana   ~  dipotong ikut suka
1  sudu besar  minyak masak
2  sudu kecil  garam
Sedikit serbuk lada hitam
Daun sup & daun bawang   ~  dihiris untuk taburan


Cara Memasak :

1.  Sediakan bahan-bahan.  Panaskan minyak masak dalam periuk dan tumis bawang, halia, bawang putih dan sup bunjut sampai naik bau.

2.  Masukkan lobak merah dan kentang.  Masukkan sedikit air dan biarkan masak sehingga empuk.  Masukkan ayam dan tambah air sehingga menutupi ayam.

3.  Masukkan serbuk lada hitam dan kacau.  Biarkan mendidih sehingga ayam masak.  Masukkan garam.  Sesuaikan rasa, tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang ... SIAP !


Wednesday, July 22, 2020

KOREAN CHEESE BREAD









KOREAN CHEESE BREAD (VIRAL)!
sumber :    FB@Zuita Aisyah




Bahan-Bahan :

Roti bun secukupnya   (guna yang readymade seperti gambar dibawah)


Bahan Sos Garlic :

3  sudu besar  butter atau marjerin
6  ulas  bawang putih   (cincang halus)
1/2  cawan  susu segar
1  biji  telur   (saya guna gred A)
2  sudu besar  madu
Sedikit parsley kering atau mixed herb pun boleh


Cara-Cara :

Cairkan butter atau marjerin dalam periuk dengan menggunakan api yang perlahan sahaja.  Kemudian masukkan semua bahan sos garlic kecuali telur.  Sebelum masukkan telur tutup api terlebih dahulu.  Biarkan sedikit suam, selepas itu masukkan telur baru dikacau bagi sebati...Siap!


Bahan Topping Cheese :

200  gm  cream cheese   (suhu bilik)
1/2  cawan  whipping cream 'dairy'
2  sudu besar  gula


Cara-Cara :

Campurkan semua bahan dan kisar dalam pengisar.  Apabila dah selesai kisar dan sebati, tuangkan ke dalam piping bag.


Cara Menyediakan Roti Korean Garlic Bread :

Roti Bun dibelah 6 tetapi jangan sampai putus.  Kemudian paipkan sos cream cheese di celah-celah belahan roti itu.  Mahu lagi sedap paip la banyak-banyak, melimpah gitu.  Kemudian celupkan atau curahkan sos garlic supaya kena dikeseluruhan bun yang telah di letakkan di dalam dulang pembakar.  Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dan bakar selama 10-15 minit dengan suhu 160'C (ikut oven masing-masing).
Siap!...untuk dihidangkan.




AYAM SAMBAL BALI









RESEPI AYAM SAMBAL BALI
sumber :    resepichenom.com




Bahan Kisar Halus :

5-6  biji  bawang merah kecil
4-5  ulas  bawang putih
2  biji  bawang besar
1  cm  halia
1  sudu kecil  belacan


Bahan Untuk Ayam (Separuh Masak ) :

Minyak masak
1/2  ekor  ayam *   (dipotong ikut suka)
Sedikit garam *
Sedikit serbuk kunyit *   ( * gaul sebati & goreng separuh masak )


Bahan-Bahan Lain :

4  batang  serai   (dititik)
2  tangkai  daun kari
3  sudu besar  cili kisar   (boleh lebihkan jika suka pedas)
Sedikit air   (untuk berkuah)
Sedikit gula nisan/gula melaka
Sedikit air asam jawa
2-3  sudu besar  kicap manis
Garam secukup rasa


Cara Memasak :

1.  Sediakan bahan-bahan untuk kisar halus.  Hiris kasar bawang merah, bawang putih, halia dan bawang besar.  Masukkan semuanya ke dalam blender, tambah air sedikit dan belacan, kisar sehingga halus.

2.  Di dalam kuali, panaskan minyak masak secukupnya, tumis serai sampai naik bau.  Masukkan daun kari, bila dah wangi masukkan bahan kisar tadi.  Kacau sekejap kemudian tambah cili kisar.  Masak sampai pecah minyak.

3.  Kemudian masukkan air dari blender tadi dan sambung masak sampai sambal pecah minyak dan warna bertukar sedikit gelap.

4.  Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi, masukkan gula nisan/gula melaka dan kicap manis.

5.  Tambah sedikit air asam jawa, garam dan serbuk perasa (jika suka).  Tutup kuali sekejap supaya ayam cepat masak.  Boleh tambah sedikit air kalau masakan kelihatan kering.




Tuesday, July 21, 2020

CHEESE TART

 Mango Filling
 Nutella Filling








RESIPI CHEESE TART
sumber :    Insta@zulfaza_loves_cooking




Shell Tart :

125  gm  marjerin
50  gm  gula aising
1  sudu teh  esen vanilla
1/2  biji  kuning telur gred A
250  gm  tepung gandum
5  gm  susu tepung Nespray full cream
1/2  sudu besar  air sejuk dari peti ais


Cara-Cara :

Pukul marjerin dan gula aising sehingga sebati.  Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu tepung, air sejuk dan tepung.  Uli sebati dengan senduk kayu sehingga menjadi doh.  Tekan doh ke dalam acuan tart 4.5 cm.  Buang lebihan doh tepi acuan sehingga kemas.  Cucuk bahagian tengah dengan garfu.  Buat sehingga habis adunan doh.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170'C menggunakan api atas bawah selama 20-25 minit.


Bahan Filling :

250  gm  cream cheese   (suhu bilik)
50  gm  gula kastor
25  gm  mentega
1  biji  telur gred A/B
25  gm  whipping cream 'dairy'
20  gm  tepung gandum


Inti :   
Jem blueberry/strawberry
Apricot gel untuk glaze  (optional)


Cara-Cara :

1.  Satukan gula kastor, cream cheese dan mentega.  Pukul sehingga ringan dan licin.

2.  Masukkan telur dan pukul sebati.

3.  Tambahkan whipping cream dan gaul rata.

4.  Akhir sekali masukkan tepung dan kacau sehingga adunan sebati.

5.  Masukkan adunan cheese ke dalam piping bag dan paipkan ke dalam shell yang telah diisikan dengan inti.  Paipkan sedikit blueberry jem sebagai hiasan - guna pencungkil gigi untuk mencorakkannya.

6.  Bakar pada suhu 180'C selama 8-10 minit.  Kalau terlebih bakar, filling cheese akan merekah.  Bila dah sejuk bolehlah disapu dengan glaze nak bagi nampak berkilat jika suka.