Kek sangat moist & sangat sedap...
KEK COKLAT CHEESE LAVA BERHANTU
rujukan : kakzusemanisgula & Norazlita Aziz@Masam Manis...
Kek Chocolate Moist Anis
Bahan A :
1 cawan susu cair *
1 cawan minyak jagung/minyak masak *
1 cawan susu pekat manis *
1 cawan serbuk koko *
1 cawan gula halus/gula kastor *
--- bahan-bahan bertanda * disatukan dalam periuk...
2 biji telur gred A ~ dikocok dengan whisk & ketepikan seketika
1 cawan tepung gandum *
1/2 sudu teh baking soda@soda bikarbonate *
1/2 sudu teh baking powder *
1/4 sudu teh garam halus * ( * disatukan & diayak )
Cara-Cara :
Satukan bahan A di dalam bekas.
Masak di atas api (double boiler) sehingga sebati dan gula hancur.
Masukkan telur yang telah dikocok terlebih dahulu. Kacau sebati.
Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak.
Kemudian masukkan ke dalam bekas yang disukai (masukkan separuh bekas).
Kukus selama 30-45 minit dengan api sederhana atau sehingga masak. (untuk bekas seperti di atas, kukus selama 20 minit sehingga masak).
Sejukkan kek sebentar.
Bahan Keju :
250 gm cream cheese (lembutkan disuhu bilik dahulu)
500 ml Dairy UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
Cara-Cara :
Satukan cream cheese dengan susu pekat manis. Putar sehingga lembut.
Masukkan UHT Whipping Cream. Putar sehingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan menggebu (jangan putar lama sangat takut UHT Whipping Cream mencair semula).
Asingkan/simpankan sedikit adunan cheese untuk lorekan di atas kek nanti.
Bahan Coklat Leleh :
250 gm coklat masakan gelap ~ potong kecil-kecil
250 ml Dairy UHT Whipping Cream
1 sudu besar mentega
1 sudu besar paste Hazelnut/Nutella
1 sudu teh esen vanilla
Cara-Cara :
Satukan kesemua bahan kecuali esen vanilla dalam mangkuk tahan panas dan masak di atas api (secara double boiler) sehingga menjadi ganache. Akhir sekali tambahkan esen vanilla dan gaul rata. Biarkan sejuk seketika.
Penyediaan Melapis Kek Berhantu :
1. Kek yang telah disejukkan.
2. Tuangkan adunan cheese ke atas kek, ratakan. Biarkan adunan cheese mengeras dahulu baru dituangkan adunan ganache.
3. Lorekkan dengan baki adunan cheese yang diasingkan tadi ikut citarasa.
4. Ketebalan adunan setiap lapisan terpulang dan agak-agak sahaja...