KEK PISANG

Wednesday, March 30, 2016

PUDING COKLAT SOS KASTAD










PUDING COKLAT SOS KASTAD
sumber  :   DapurkuSayang@Dayang Jack...




Bahan-Bahan :

  10  gm  serbuk agar-agar  (plain)
500  ml   susu segar
250  ml   susu cair
200  ml   air
 3/4  cawan  gula pasir
    3  sudu besar  susu pekat manis
    3  sudu besar  serbuk koko  (dibancuh dengan sedikit air panas)
    2  sudu besar  tepung kastad  (dibancuh bersama 2 sudu besar air)
    2  sudu besar  mentega
    1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

     Larutkan serbuk agar-agar dan gula bersama 200 ml air sehingga mendidih.  Kemudian masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat manis.  Kacau sebati dengan api perlahan.  Setelah itu masukkan bancuhan serbuk koko, esen vanilla, bancuhan tepung kastad dan mentega.  Sebatikan dan biarkan seketika.  Tutup api.  Tuangkan ke dalam bekas/acuan pilihan.  Sejukkan.


Bahan Sos :

2 1/2  cawan  susu segar/susu cair
      3  sudu besar  tepung kastad
      5  sudu besar  gula pasir
      1  sudu teh  esen vanilla


Cara-Cara :

     Satukan kesemua bahan sos di dalam periuk.  Kacau sehingga tepung larut.  Kemudian dipanaskan dengan api kecil sehingga sos kelihatan pekat.  Tutup api dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi (tunggu sedikit suam sebelum dituangkan ke dalam bekas puding).  Sejukkan terlebih dahulu kemudian hiaskan dengan coklat cair & coklat urai jika suka...

Monday, March 28, 2016

PUDING COKLAT KUKUS











PUDING COKLAT KUKUS
sumber  :   SAJI September 2015 (sedap & moist)...




Bahan Puding :

100  gm  mentega
  70  gm  gula perang
225  gm  tepung naik sendiri
    2  biji  telur saiz besar  (saya guna gred A)
110  ml   susu segar
 1/2  sudu kecil  kopi segera  (larutkan dengan 1 sudu besar air panas)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla


Cara-Cara :

1.  Pukul mentega dan gula sehingga sebati (tidak perlu naik).
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masukkan kesemua bahan lain kecuali tepung dan sebatikan.
3.  Masukkan tepung dan kaup balik beberapa kali sehingga sebati.
4.  Sapukan mentega pada loyang atau ramekin dan tuangkan adunan.
5.  Kukus selama 1 jam hingga 1 jam setengah sehingga puding masak (cucuk lidi keluar bersih), pastikan air sentiasa mencukupi untuk kukusan.
6.  Berhati-hati ketika terbalikkan kek ke atas pinggan.  Tuangkan sos coklat di atas dan hidang.
7.  Boleh juga dihidangkan bersama ais krim vanilla atau coklat.
8.  Untuk kelainan, esen vanilla boleh diganti dengan sedikit kikisan kulit limau.


Bahan Sos :

  50  gm  mentega
100  gm  krim masakan
100  gm  coklat couverture semi sweet  (saya guna coklat susu jenama Beryl)


Cara-Cara :

     Cairkan kesemua bahan secara double boil sehingga larut.  Sedia untuk dihidangkan bersama puding...

PAVLOVA LAGI!!!!










PAVLOVA KE-II
sumber  :   Ilham Dapur...




Bahan-Bahan :

    2  biji  putih telur gred A
115  gm  gula kastor
 1/2  sudu teh  jus lemon atau cuka makan
 1/2  sudu teh  tepung jagung
Sedikit pewarna ungu


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 140'C dan sediakan dulang pembakar yang telah dialas dengan kertas minyak.

2.  Di dalam mangkuk pengadun yang kering dan bersih, putar putih telur sehingga berbuih dahulu kemudian masukkan jus lemon dan putar sehingga berkrim kemudian baru masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar sehingga gula betul-betul larut dahulu selepas setiap kali masukkan gula, putar sehingga kental. 

3.  Masukkan tepung jagung, sedikit pewarna ungu dan putar lagi sehingga bertanduk, maksudnya bila diangkat mixer meringue tidak jatuh.

4.  Tuangkan meringue di atas dulang pembakar, ratakan buat bentuk bulat.  Bakar di dalam oven selama 30-35 minit, bila dah masak buka sedikit pintu oven dan biarkan meringue sejuk di dalam oven dahulu selama 10-15 minit kemudian keluarkan dan sejukkan sepenuhnya sebelum diletakkan hiasan topping dan buah-buahan segar pilihan.


Lapisan/Topping Krim :

200  ml  whipping cream (Non-Dairy yang dah manis)
 1/2  sudu teh  esen vanilla
Nutella secukupnya  (letak dalam piping bag)
Secubit garam
Buah-buahan segar pilihan secukupnya


Cara-Cara :

1.  Putar whipping cream dengan esen vanilla dan secubit garam sehingga kental kemudian ratakan di atas pavlova biar tinggi sedikit, paipkan Nutella secukupnya.

2.  Susun buah-buahan segar pilihan secukupnya, paipkan Nutella di atas buah atau boleh juga dihias ikut citarasa.

PUDING ROTI PELANGI









PUDING ROTI PELANGI
sumber  :   FB@Grup MAHN...




Bahan-Bahan :

10  gm  serbuk agar-agar  (1 paket)
500  ml  air
3  keping  roti putih  (dicarik-carik)
2  biji  telur gred B
3  sudu besar  susu pekat manis
1  tin  susu cair
3  sudu besar  oren Sunquick  (atau ikut rasa)
1  sudu kecil  esen vanilla
Gula secukup rasa/manis
Pewarna pilihan


Cara-Cara :

     Masak serbuk agar-agar bersama air sehingga mendidih.  Kisarkan roti, telur, susu pekat manis, susu cair, oren Sunquick, esen vanilla dan gula sehingga sebati.  Masukkan kesemua bahan kisaran ke dalam agar-agar tadi sehingga mendidih.  Tutup api dan bahagikan kepada 4 bahagian.  Satu bahagian dibiarkan kosong manakala 3 bahagian lagi ambil sedikit dari agar-agar kosong dan letakkan pewarna pilihan.
     Tuangkan sedikit agar-agar berwarna pada loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu dengan air dan buat tompok-tompok sehingga habis.  Lebihan agar-agar tanpa warna dituangkan ke atasnya.  Tunggu sehingga keras dan terbalikkan loyang untuk mendapatkan bahagian berwarna di bahagian atas.

Sunday, March 27, 2016

PAVLOVA (ANNA OLSON)...







PAVLOVA
source from  :   Bake with Anna Olson...




Ingredients :

   4  large  egg whites, at room temperature
   1  cup  white sugar
   1  tbsp  cornflour
3/4  tsp  cream of tartar
   1  tsp  vanilla extract


For the assembly :

   1  cup  whipping cream (UHT Anchor Dairy)
1/2  finely grated lemon zest
   3  tbsp  white sugar
1/2  tsp  vanilla extract
Fruits of your choice


Method :

1.  Preheat the oven to 275'F.  Trace a circle 8-inches across using marker pen on parchment paper, then flip the paper over onto a baking tray.

2.  Whip the egg whites first on low speed, then once the whites are foamy increase the speed and slowly pour in the sugar while whipping.  Continue to whip until the whites on high speed until they hold a firm peak when beaters are lifted.  Then stir in the cornstarch and cream of tartar together in a small bowl and then fold this into the meringue by hand, then fold in the vanilla extract.

3.  Dollop the entire meringue into the drawn circle and spread using a spatula, creating an upward "swoosh" from the base to create lines going up (this gives the pavlova a pretty shape).

4.  Bake the pavlova for about 60-90 minutes  -  it will still seem soft on the outside when warm, but if the meringues does not cool to have a crunchy exterior, you can return the meringue to the oven for an additional 15-30 minutes more.  If the pavlova begins to brown, crack open the oven door and continue baking.  Once out of the oven, cool the pavlova completely on the baking tray.

5.  For assembly :  Whip the whipping cream to a soft peak and fold in the lemon zest, vanilla extract and then the sugar until firm.

6.  Spread the cream onto the pavlova, arrange fruits of your choice and serve..

Note  :   The pavlova meringue can be baked hours ahead, but should be assembled right before serving...

PAVLOVA



 27/3/2016 (Ahad)  -  Tempahan Pavlova dari cucu saudara ku
Pn. Zarifah Adnan, terima kasih...


Saturday, March 26, 2016

CHOCOLATE CHIP MUFFINS









CHOCOLATE CHIP MUFFINS
sumber  :   zaralovebaking...




Bahan-Bahan :

  125  gm  tepung gandum
      1  tsp  baking powder
   1/2  tsp  baking soda
    75  gm  minyak jagung/masak
    75  gm  susu segar perisa coklat
    75  gm  gula kastor
      1  biji  telur gred A/B
1 1/2  tbsp  serbuk koko
      2  tsp  serbuk Nescafe *
      1  tbsp  air panas *  (* dilarutkan bersama)
      1  tsp  chocolate emulco
   1/2  tsp  esen vanilla
Sedikit chocolate chip & hirisan badam  -  untuk tabur atas muffins


Cara-Cara :

1.  Kacau sebati minyak, susu segar, gula, telur, bancuhan Nescafe, chocolate emulco dan esen vanilla.
2.  Satukan tepung, baking powder, baking soda dan serbuk koko dan diayak.  Masukkan sedikit demi sedikit bahan yang diayak ke dalam bancuhan tadi dan kacau sebati dengan menggunakan spatula sehingga adunan tidak bergentel.
3.  Sudukan ke dalam papercups 3/4 penuh.  Taburkan dengan chocolate chips dan hirisan badam di atasnya.
4.  Bakar pada suhu 170'C selama 20 minit sehingga masak.  (Yields :  18 biji)

KUIH SERIMUKA PANDAN



 Untuk dibawa ke rumah anak sehingga tidak sempat dipotong.
Bawa dengan loyangnya sekali dan dipotong dirumahnya...







KUIH SERIMUKA PANDAN  (9" bulat)
sumber  :   jendeladapursurianti@Surianti Ramli; (sedap & lembut)...




Bahan Lapisan Bawah :

2  cawan  beras pulut susu, cuci bersih, rendam selama 20-25 minit & toskan
1  cawan  santan
1  cawan  air
Secubit garam

-   Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut bersama bahan di atas selama 30 minit sehingga masak.  Setelah masak, kacau sebati dan tekan-tekankan supaya padat di dalam loyang.


Bahan Lapisan Atas :

      3  biji  telur  gred A/B
   3/4  cawan  tepung gandum
   3/4  cawan  gula pasir
      1  cawan  jus pandan  (kisar 5 helai daun pandan bersama 1 cawan air, tapiskan ambil jusnya jadikan 1 cawan)
1 1/4  cawan  santan
Beberapa titis pewarna hijau


-   Satukan kesemua bahan, kacau sebati dan tapiskan.  Masak di atas api perlahan sambil dikacau selama 2-3 minit (masak naik wap).  Jangan kacau terlalu lama, nanti jadi keras bergentel dan permukaan serimuka akan menjadi tidak licin.

Cara-Cara :

-   Tuangkan lapisan atas ke dalam loyang berisi pulut tadi.  Balut tudung periuk kukusan dengan kain/tuala untuk mengelakkan air menitis di atas bahagian lapisan atas.  Kukus selama 40 minit sehingga masak, tutup api.

*  Penting :  tunggu sehingga serimuka betul-betul sejuk, anggaran 4-5 jam sebelum dipotong.  Kalau potong semasa panas, akan jadi lembik bahagian atasnya...

KEK MANGGA AZLINA INA









KEK MANGGA
sumber  :   FB/Grup MAHN@Azlina Ina...




Bahan-Bahan :

   3  biji  telur gred A/B
   1  sudu besar  ovallette
3/4  cawan  gula halus/kastor
Sedikit pewarna kuning

-  Mix sampai kembang dan gebu.
-  Sementara itu ayakkan..

1 1/4  cawan  tepung gandum
      1  sudu teh  baking powder
      1  sudu teh  soda bikarbonate
      1  sudu teh  cream of tartar

-  Masukkan ke dalam bahan mix pes mangga sunquick 1 sudu besar dan puri mangga 2 sudu besar (jika suka).

-  Mix sebati baru masukkan bahan tepung dan mix dalam 3 minit hingga sebati.

-  Matikan mixer dan masukkan 5 sudu besar minyak masak/jagung dan kacau rata menggunakan senduk/sparula.

-  Panaskan kukusan dan kukus dalam bekas aluminium foil 8inci x 4 inci selama 20 minit menggunakan api besar.  Kalau loyang bersaiz 6 inci kukus selama 30 minit sehingga masak.

-  Bila kek telah sejuk tuangkan cream cheese.


Bahan Cream Cheese :

250  gm  cream cheese
 1/2  cawan  susu pekat
 1/4  cawan  whipping cream (UHT Anchor Dairy)
 1/4  cawan  susu cair

-  Pukul semua bahan cream cheese sehingga sebati dan tiada berbintil kemudian tuangkan di atas kek dan sejukkan di dalam freezer selama 10 minit.  Sementara itu sediakan pudingnya.


  1  biji  mangga
   1  sudu besar  serbuk gelatin halal
1/4  cawan  air suam

-  Mangga dikisar dengan sedikit air.

-  Larutkan serbuk gelatin di dalam 1/4 cawan air suam, gaul sebati.  Masukkan di dalam puri mangga yang dikisar tadi dan kacau rata.

-  Tuangkan di atas cream cheese tadi, kalau nak tambah mangga kiub pun boleh atau hias ikut citarasa.

-  Sejukkan selama 4 jam atau lebih...

Thursday, March 24, 2016

CUCUR PISANG aka CEKODOK









CUCUR PISANG aka CEKODOK
sumber   :   Ruzita's Kitchen... (sedap & lembut)..




Bahan-Bahan :

      5  biji  pisang berangan  -  lecek hancur
1 1/2  cawan  tepung naik sendiri
      1  biji  telur gred A/B
      6  sudu besar  gula pasir  (saya guna gula perang)
   1/4  cawan  susu segar
Minyak secukupnya untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Pisang di lecek hancur.
2.  Masukkan gula dan kacau rata.
3.  Masukkan telur dan kacau sebati.
4.  Masukkan tepung dan kacau sehingga adunan sebati.
5.  Masukkan susu segar dan kacau sebati
6.  Panaskan minyak secukupnya, jemput-jemputkan adunan ke dalam minyak panas dan goreng sehingga masak kekuningan.
7.  Angkat, toskan dan sedia dinikmati bersama kopo/teh panas...

Wednesday, March 23, 2016

PISANG SIRA aka PISANG AIR GULA










PISANG SIRA aka PISANG AIR GULA
sumber   :   Naz@ovenkecil.blogspot..




Bahan-Bahan :

   5  biji  pisang nangka
   1  cawan  air
1/2  cawan  gula pasir
   5  kuntum  bunga cengkih
   2  kuntum  bunga lawang
   1  helai  daun pandan  -  disimpul
Setitis pewarna kuning  (jika suka)


Cara-Cara :

1.  Masak gula pasir bersama air di dalam periuk.  Masukkan juga daun pandan.  Biarkan sehingga mendidih dan gula larut.

2.  Sementara itu kupas kulit pisang dan belah pisang kepada dua bahagian memanjang.

3.  Kecilkan api dapur.  Titiskan sedikit pewarna kuning (jika guna) dan masukkan pisang bersama bunga cengkih dan bunga lawang.  (Pewarna ni kalau tak nak letak pun tak apa - ikut citarasa).

4.  Tutup periuk dengan tudungnya dan renehkan sehingga pisang empuk/lembut.  Tutup api.  Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau boleh disejukkan dahulu di dalam peti sejuk sebelum dinikmati...


Info  :   Pisang yang sesuai untuk resipi ini, sebaiknya pisang nangka, pisang raja atau pisang nipah@pisang kebatu.  Sebabnya, jenis pisang ini sedikit keras isinya.  Jadi bila direbus dalam air gula ni, tak lah ia lembik.  Boleh juga guna pisang lemak manis@pisang emas.  Pencuci mulut yang banyak terdapat di Kelantan...

Monday, March 21, 2016

BANANA CUPCAKES









BANANA CUPCAKES
sumber   :   Ilham Dapur ; (sedap & gebus)...




Bahan-Bahan :    (12 biji)

      2  biji  pisang saiz besar @ 150-160 gm, timbang tanpa kulit
  160  gm  gula halus  (saya guna 1/2 gula kastor & 1/2 gula perang)
  170  gm  all-purpose flour
1 1/2  sudu teh  baking powder
      2  biji  telur  (saya guna gred A)
  110  ml   minyak masak sayur  (saya guna minyak jagung)
      1  sudu teh  ovallette
   1/2  sudu teh  garam
   1/2  sudu teh  esen vanilla
Hirisan badam secukupnya
Cawan kertas secukupnya


Cara-Cara :

1.  Panaskan oven pada suhu 170'C.  Susunkan cawan kertas dalam dulang pembakar.  Ketepikan.
2.  Satukan tepung serbaguna, baking powder dan garam di dalam mangkuk yang sesuai.
3.  Di dalam mangkuk yang besar, satukan pisang dan gula, lecekkan pisang menggunakan garfu.
4.  Kemudian masukkan telur, esen vanilla, minyak masak, ovallette dan tepung.
5.  Putar sebati sehingga kembang dan adunan menjadi ringan dengan kelajuan tinggi selama 2-3 minit.
6.  Masukkan adunan ke dalam cawan kertas pada paras 3/4 sahaja dan taburkan dengan sedikit badam.
7.  Bakar di dalam oven selama 18-20 minit atau sehingga keperangan...